Assalamualaikum wbt,
La Tahzan
La tahzan,
Sekiranya dunia ini seperti
tidak memihak kepadamu
La tahzan,
Sekiranya kamu rasakan
dirimu sering sakit
dihenyak dugaan
La tahzan
Sekiranya segala
yang kamu terima
terasa seperti tidak berpadanan
dengan apa yang kamu usahakan
Demi Tuhan yang
menciptakan alam ini
Sesungguhnya kita adalah umat dan insan terpilih
Terpilih di dalam rahmat iman dan Islam
Terpilih mendukung amanat Yang Mencipta
Terpilih menjadi umat Rasul pilihan
La tahzan
Kiranya bersedih itu
membuatkan kau lemah
Maka bangkitlah
Kita insan kuat
Yang menjunjung anutan mulia
bergembiralah seadanya
La tahzan
ya ikhwan wa akhawat
Kegembiraan kita
di hari akhir sana
pabila bertemu
Kekasih Agung
Kegembiraan yang abadi
lantaran itu...
La tahzan.
Zurina
30 Nov 04
K. Lumpur.
*Coretan untuk my special bestfriends Ika dan Rusiha, dan to all of you as my brothers and sisters in Islam. Moga berbahagia selalu :)
4 comments:
Siti, thanx. Huhuhu Terharu plak, ada org dedicate special poem for *me* as one of the main person. And congrates, dah berjaya 'menceburi' bidang baru nampak;)
I'm not into sastera2 ni actually,tak faham sgt sebenarnya hehe.
Bidang baru? :)
Tak juga, pernah merangkul Johan Penulisan Puisi Peringkat Negeri Sembilan dan tempat ke-empat Peringkat Kebangsaan pada tahun 1997, lama jugak tuh hehe.
Jarang menulis, kerana sememangnya malas untuk menulis, dan tidak begitu pandai dalam berbahasa. Sekadar menggunakan bahasa-bahasa direct kerana mmg perlu diakui mmg diri tidak pandai bersastera hehe.
ops..terlupe plak bab tu.. hehe rupenyer penulis yg hebat. kite sendiri tak penah menang ape2, cuma selalu keluar kat dlm majalah sekolah jer.. :p
ala.. sebenarnyer, apa sahaja yg berbentuk puisi samada dlm bhs yg tersurat atau tersirat adalah sesuatu yg akan berkesan kat dlm hati sbb dibaca dengan perlahan dan ada rythm tersendiri. Sbb tu ada terkesan di hati. :) Macam al-Quran yg dibaca perlahan supaya mengesankan dlm hati kan:)
na'am, balaghatul Quran :)
Sebaik-baik dan seindah-indah bahasa dan sastera will be the holy Quran.
Teringat petikan ceramah seorang ustaz di dalam sesi Al-Kuliyyah Jumaat lepas,
"sekiranya kita mahu mendengar kata-kata Allah, bacalah Al Quran, tetapi jika kita mahu berdialog dgn Allah, dirikanlah solat"
fahamtum? :)
Post a Comment