Thursday, January 27, 2005

Pengorbanan dan defence

Assalamualaikum wbt,

Pengorbanan bagi seorang anak adalah berkorban dan berbuat sehabis baik untuk ibu bapanya, dan bagi seorang kakak atau abg, melepaskan hajat bersemarak di hati hanya untuk melihat kesenangan adik-adiknya.

Bagaimana pengorbanan yang dituntut oleh Allah kepada kita sebagai hamba?

Adakah perlu?

Allah minta kita bersabar, bersabar di dalam membuat ibadah, bersabar untuk tidak melakukan sebarang maksiat, bersabar di dalam menghadapi setiap dugaanNya.

Sukarkah kita untuk berkorban agar melepaskan pakaian yang cantik tetapi tidak menutup aurat, semata-mata kerana Allah? Beratkah kaki kita untuk keluar melangkah atau berbuat sesuatu untuk usaha-usaha dakwah atas sebab mahu berseronok di rumah?

Bukankah untuk mendapatkan rahmat Allah kita perlu banyak berkorban? Berkorban nafsu, berkorban keinginan yang bukan sedikit mahunya, berkorban perasaan yang membara untuk diluahkan dengan serta merta apabila kita mahu marah contohnya,berkorban harta dan jiwa jika perlu, semata-mata mahu raihkan redha Tuhan.

Persoalan diri dan semua yang patut ditanya, apakah sudah kita melakukan pengorbanan yang dituntut atas dasar Islam? Masih berlewa-lewaankah kita lagi sedang saudara kita sedang merana disembelih oleh golongan kuffar di luar sana, tak mahukah kita berkorban sedikit masa memikirkan usaha yang perlu dilaksana untuk kita tinggikan nilai Islam, dalam kehidupan kita dan juga untuk manusia sejagat, serta sedikit masa untuk mengimplementasinya?

Seruan pada hari ini hanyalah satu. Korbankan sedikit masa santai anda untuk melakukan sesuatu yang berfaedah. Yang menjana kebaikan, dan yang menghapuskan kemaksiatan, li llahi Ta'ala.

Mungkin banyak lagi yang belum kita korbankan untuk kemaslahatan agama Allah, fikir-fikirkan.

Satu peringatan buat diri dan semua.

Bak kata satu cerita English yang ditonton kelmarin:

" If at one particular stage you do feel so comfortable, it is time for you to revise your defence".

Tanda lekanya da'ie adalah dengan banyaknya masa rehatnya dalam berdakwah - excerpt dr salah satu blog ketika blog hopping.

Sering kalilah kita menilai pertahanan diri kita, takut-takut kita terleka.

Wassalam.


No comments: