Assalamualaikum wbt,
(1)
Minggu ini telah 2 kali saya diberi teguran, teguran membina dan saya appreciate sampai bila-bila.
Sejak 2 minggu lepas kehidupan saya seperti tak terkatakan kesibukan dan tekanannya. Manakan tidak, dgn Business Planning 2005 presentation, FMD corporate video dan persediaan project Marketing, saya terasa seperti tak punya masa untuk benda-benda lain. Mengejar masa dan kerja, penat, thrill, panic dan sebagainya.
"Kita ini biasanya menganggap kerja yang kita lakukan sehar-harian ini sebagai kerja utama, sedangkan kerja utama kita adalah kerja-kerja Allah. Sebab itu kita asyik merasakan kesibukan dan tidak kecukupan masa". Aduh,betul-betul terkesan teguran tersebut.
"Yela..ana rasa hidup kita terlalu sibuk dengan benda2 yang sebenarnya tak begitu penting bagi kita. Hidup tanpa masa untuk diri sendiri - Imam Ghazali kata manusia yang sibuk dengan benda2 yang tiada kena mengena dengan hidupnya ialah manusia yang jauh dari ALLAH!" Kata-kata seorang sahabat yang buat saya tersenyap dan hampir menangis. Begitu jauhkah saya dgn Tuhan?
Ya Allah, Kau redhakanlah setiap langkahku dalam mengharungi kehidupan ini.Aku dah tak punya apa di dunia ini selain dariMu, jangan Kau palingkan wajahMu dariku di dunia ini dan di akhirat nanti.
(2)
One of my direct staff, Pn Rohani passed away pada malam Raya Aidiladha yang lepas. Perginya beliau pada 11.45 malam Sabtu, tetapi saya tidur awal hingga selepas solat Subuh pagi Raya kedua baru saya dapat tahu beliau sudah tiada. Alhamdulillah sempat mengunjungi beliau di ICU 2 hari sebelum beliau meninggal dunia. Mmg beliau di dalam keadaan nazak dan memerlukan bantuan pernafasan ketika lawatan saya itu. Pada mulanya saya merenung wajahnya, tetapi tidak rasa apa kecuali kasihan dan berdoa moga dia kuat, namun bila bergerak balik ke kenderaan untuk kembali ke pejabat, cuba membayangkan kalau ibu saya yang berada di tempat Pn Rohani, air mata sudah mula bergenang. Sungguh tabah anak-anak beliau dalam menghadapi kematian ibu mereka. Kalau saya, sudah pasti menangis tak keruan agaknya.
Teringat lagi, beliau selalu supplykan saya makanan kalau lapar sgt-sgt dan berada di dalam keadaan yang tak membenarkan saya ke kantin untuk membeli makanan. Mmg tempat beliau dan Kak Awie akan jadi tumpuan saya kalau Kak Imah takde supply biskut.Beliau menderita sakit otot sejak awal tahun lepas, tetapi alhamdulillah di dalam sakit-sakit beliau, arwah dikurniakan kekuatan untuk mengerjakan haji bersama anak lelaki dan suaminya pada musim haji yang lepas. Semoga beliau berada di dalam rahmat Allah sentiasa.
Innalillahi wa inna ilaihi raji'un buat Allahyarhamah.
(3)
Sepupu saya accident terlanggar lori yang tak berikan signal untuk membelok, menyebabkan sepupu saya patah tangan dan kaki bersama seorang sahabat rapatnya yang cedera di peha. Saya melawatnya bersama dengan adik perempuan saya Eqa di Hospital Seremban. Mengerang sepupu saya ini kesakitan, tetapi yang saya kagumkan lidahnya tak lepas-lepas menyebut kalimah Allah.
Sempat saya usap rambutnya dan berkata "Sabar byk2 k, Allah sayang Nana sbb itu Dia bagi dugaan. Hendak jadi doktor kena jadi kuat, Allah akan bagi Nana peluang jadi doktor sbb Nana dah merasa sakitnya menjadi seorang pesakit." Saya harap doa saya akan dikabulkan.
(4)
Saya bertanya izin ibu untuk ke Acheh, saya tidak jangkakan kebenaran mahupun penolakan kerana biasanya keputusan ibu agak unpredictable. Tapi alhamdulillah ibu benar-benar minta saya ke sana, malah menyuruh saya membawa adik saya. Eqa mmg sudah menyatakan hasrat ingin mengikut sebelum itu, ketika saya belum menyuarakan hasrat kami kepada ibu. Saya tanyakan mengapa ibu benarkan saya ke sana, tak takutkah saya ditenggelami tsunami di sana nanti? Jawabnya hanya pendek "Pergilah agar ada kesedaran hidup di sana".

Tersenyum saya dengan jawapan ibu, alhamdulillah :). Harap-harap kaki saya cukup panjang untuk ke sana, moga moga.
(5)
Menonton rancangan Hajj: A Journey of A Lifetime by NTV7, saya sudah tidak sabar mahu ke sana lagi. Insya-Allah kalau umur saya panjang, akan mengikut ibu saya ke sana untuk mengerjakan haji pada 2010 bersama kakak dan ayah. Sekali lagi, moga-moga kaki saya cukup panjang langkahnya untuk ke sana lagi. Kali ini bukan untuk umrah, tetapi untuk mengerjakan ibadat kelima dalam rukun Islam. Doakan untuk kami yer :)
Wassalam.

No comments:
Post a Comment