Monday, September 19, 2005

Apartheid

Iran ada hak mutlak - Mahmoud
PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU (PBB) 18 Sept. - Presiden Iran, Mahmoud Ahmadinejad memberitahu Perhimpunan Agung PBB (UNGA) semalam bahawa negaranya memiliki hak mutlak untuk menghasilkan sumber tenaga nuklear.

Mahmoud turut menuduh Amerika Syarikat (AS) mencabuli perjanjian nuklear sejagat.

Dunia ini dipenuhi diskriminasi dan kemiskinan yang seterusnya mencetuskan kebencian, peperangan dan keganasan, kata Mahmoud.

Menurut beliau, ketenteraman sebenar yang berkekalan hanya boleh dicapai dengan bertunjangkan keadilan dan kerohanian.

Presiden Iran itu menyifatkan keganasan dan senjata pemusnah besar-besaran sebagai dua ancaman besar terhadap keamanan sejagat.

Berhubung isu nuklear, Mahmoud menyelar beberapa negara yang menandatangani Perjanjian Pengawalan Senjata Nuklear (NPT) tetapi telah menyalurkan bahan, teknologi dan peralatan bagi membina senjata nuklear kepada rejim Zionis.

Tindakan tersebut tidak memungkinkan Asia Barat menjadi zon bebas nuklear, tegas Presiden Iran itu.

Bagi memastikan ketelusan dalam program nuklear Iran sendiri, Mahmoud menyatakan kesediaannya negara ini bersedia untuk mengadakan perkongsian serius dengan sektor awam dan swasta dari negara lain dalam melaksanakan program pemprosesan semula uranium di Iran.

Dalam wawancara dengan CNN sebelum ucapannya di PBB, Mahmoud menyelar dasar aparteid nuklear yang menentukan siapa yang berhak untuk menjalankan program nuklear dan siapa yang tidak berhak.

Beliau membayangkan kemungkinan Iran bertindak untuk menaikkan harga minyak bagi mencegah tindakan lanjut Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Eropah (EU) untuk membawa kes nuklear Teheran ke Majlis Keselamatan PBB. - Reuters


*******************************************************************************

Tak adil,kan?

Iran tak boleh ada nuklear, habis US boleh pulak?

Naper tak kacau Korea Utara skang ni? Iran juga yang nak disentuh.

It is no more to apartheid towards nuclear, it is more to apartheid towards muslim rite now. Bias and unfair treatment to muslim countries.

Don't you think so?

I do.

Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Kelly Still In The Box
Writer/director Richard Kelly told SCI FI Wire that he's still developing an SF movie called The ... Kelly acquired the rights to Matheson's story, which was turned into an episode of the 1980s TV show The Twilight Zone entitled "Button, Button.
I'm just blogging around looking for info, my blog is still a work in progress,as most of my time goes on my Spyware Scaner related site Spyware Scaner is my passion...lol

Anonymous said...

Nice Blog. If you ever are interested in losing weight or gaining muscle please visit my Bodybuilding site. Thanks again!