Assalamualaikum wbt,
Ahlan wa sahlan wa marhaban to my blog today,moga ada manfaat yang boleh kita timba hari ni.
Recently ramai yang menyatakan pada saya mengenai kiamat sudah hampir.
Sudah ada tanda-tandanya.
Sudah jelas apa yang pernah diterangkan oleh Rasulullah 1426 tahun dahulu.
No dispute on that, i totally agree.
Walau bagaimana pun...
Sementara menunggu kiamat besar tiba, bukankah kita punya kiamat kecil yang entah biler akan menjenguk diri?
Mati...
Mati itu sebenarnya adalah kiamat kecil bagi kita. Jadi, adalah lebih baik kita bersedia setiap masa, betulkan? :)
Rasulullah s.a.w. menyatakan bahawa mereka yang banyak mengingati mati ini sebagai manusia yang cerdik. Kisah ini diriwayatkan daripada Ibnu Umar r.a. bahawa telah datang seorang lelaki Ansar bertemu Rasulullah yang sedang berkumpul dengan para sahabat baginda,lalu lelaki itu bertanya,
``Siapakah yang paling cerdik dan mulia wahai Rasulullah?''
Lantas baginda bersabda,
``Secerdik-cerdik manusia ialah orang yang paling banyak mengingati mati serta yang gigih membuat persiapan menghadapi kematian itu. Merekalah orang yang paling cerdik. Mereka meninggalkan dunia dengan kemuliaan dan menuju akhirat dengan keagungan.''(Riwayat Ibnu Majah dan Abi al-Dunya).
Hidup ini hanya sekelip mata cuma, di sepanjang perjalanan hidup ini pasti akan ada banyak cubaan yang menimpa, tak kiralah besar atau kecil.
Yang penting, kita punya matlamat yang perlu dituju. Banyakkan persiapan diri masing-masing. Prioritizekan apa yang perlu :)
Kita cuma berkelana untuk sekejap sahaja...
Always remember that.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment