Friday, September 02, 2005

Sahabat

Assalamualaikum wbt,

Entah mengapa ingatan ini kuat padanya, yang tidak tahu masih di seberang laut atau sudah kembali ke tanah air.

Sahabat,

Kufaham perasaan gundah gulanamu, kufaham perit sedihmu.

Sikap berdiammu membuat aku resah, sejak berbulan yang lalu.

Sabar yer, perbanyakkan sabar.

Tidak pasti dapat kuukur kesedihanmu,

Tapi benar-benar aku ingin melihat kau bahagia, tersenyum gembira.

Benar-benar aku berharap aku dapat bertemu lagi denganmu, mendengar suara halusmu, bertanya khabar dan bergurau senda.

Luka itu akan pergi, percayalah.

Aku tak mahu kehilanganmu sahabatku, walaupun usia perkenalan kita hanya sekejap cuma.


Khas untuk sahabat baikku Zura,UK.

No comments: