Assalamualaikum wbt,
:)
Subhanallah walhamdulillah, masih lagi kita berpeluang untuk menghirup nafas pada pagi yg mulia ini.
Tersenyum saya pagi-pagi ini, mengingatkan beberapa peristiwa pada minggu lepas.
1. Berdiri di hadapan seorang lelaki yang sedang membaca surah (tak sure surah apa, mungkin suratul Kahfi) pada pagi Jumaat sambil mendengar iPod dlm train. Tenang sahaja dia membaca tanpa ambil kisah ttg org lain.
2. Bermimpi bermain dengan baby Ainul di dalam kereta (tak sure baby lelaki ke perempuan sbb kecil sgt and tak tanya Ainul waktu dlm mimpi tu). Skang ni Ainul tgh pregnant, insya Allah deliver bulan 6 ni. Moga semuanya selamat :)
3. Buat project presentation pada hari Sabtu dgn pakai abaya (padahal kalau pegi UIA sometimes pakai baju kurung or seluar jek), malam tu dpt Best Female Dress during AF Nite. Hoho, segan sungguh dibuatnya. Tapi Pokcik Mizie kiter dpt award pasangan paling menyerlah, apa taknya..dari jauh mata dah silau sbb Mizie and Ida pakai baju melayu and baju kurung warna kuning yang memancar2 keke, sorry aa Mizie, gurau jek hihi. Pergi ke AF Nite dgn Aida and Abg Mufis yg picked me up dr UIA, syukran jazeelan ek Aida n Abg Mufis, moga murah rezeki insya Allah :) Jumpa all my bestfriends malam tu, Ika, Jie, Farah, Ayu n Aida. Aini and Siha jek takde. Siha takde sbb kat Penang. Oo Siha, main2 tukar citer Korea ngan Jie ek? Nak join bleh? Ekeke...Jie rasanya merupakan ibu paling sibuk mengejar anak dlm majlis tu, sbbnya Fahim begitu aktif mengusha Sirah(or Seerah) anak Abg Jas hehe. Takpe Jie, ada rezeki ko leh jadi besan ngan Abg Jas hehe. Fawwaz luka sedikit kat dahi sebab terjatuh waktu main ngan Amni, tapi lepas tu derang ok. Hany and Zainal pakai baju sama kaler, warna hijau, cuma Nufayl jek pakai baju Cina warna kuning emas. Everything went well that nite, i'm happy since lama tak jumpa Mizie and Ida, seronok sembang2. Best gak dpt peluk and cekik Jie, lama dah tak buat mcm tu kat dia hehe. Aida pun lama gak tak jumpa walaupun kami satu building, sbb lunch tak sama. Puas jugaklah jumpa hari tu sbb dpt sembang dlm keta ngan Aida n Abg Mufis. Cuma terkilan tak dpt join gathering DCBA kat rumah Kak Sarah, sbb kena prepare slide presentation utk project presentation pada hari yg sama. Next timelah ek kalau ada rezeki :)
Puas dpt jumpa insan2 yg dah lama tak jumpa mcm Mudin n Walida (warna sedondon biru laut lagi pasangan ni malam tu hehe), Lina Yusof,Kak Nisa', Laili, Shima, Fathiah, Momay, Ise and Ehsan :) Sempat juga sembang dgn Kak Ja, wife Abg Faizal pasal kakinya yg sakit, moga cepat sembuh insya Allah :)
(2)
Alhamdulillah last 2 weeks berjaya menghadirkan diri ke usrah muslimat, topik yang dibawa dlm usrah adalah mengenai Futur, iaitu berhenti selepas memulakan perjalanan ataupun langkah (ni definisi secara literal).
Ustazah import from Gombak beri pengisian mengenai masalah futur di dalam perjuangan dakwah. Pengisian itu sendiri sudah menjadi satu nikmat, berjumpa dengan para sahabiah itu pun satu nikmat, malangnya nikmat2 ini yang telah lama saya tidak kecapi sejak sekian lama kerana kesibukan kerja dan study. Betullah ungkapan yang sering saya dengar dan baca di buku-buku dahulu, bahawa cabaran kita yang ingin mengabadikan diri pada tujuan dakwah pada hari ini makin sukar, dengan kesibukan yang tak henti-henti, dan cabaran mad'u yang semakin lama sudah semakin jauh dengan Islam hasil asakan hiburan dan kenikmatan duniawi. Mungkin sudah sampai masanya kita bertanya, di manakah priority kita di dalam menjalani kehidupan yang singkat ini? Soalan yang berbunyi mudah, namun nak menjawabnya, mungkin tidak semudah yg disangka.
Ketika ustazah beri pengisian, hati sendiri sudah tertanya-tanya, sudah futurkah aku? Dah berapa lama tak join usrah, dah berapa lama tak bersusah-susah untuk buat program amar makruf nahi munkar? Dah berapa inci tebalnya hati kita keras untuk merasa kasihan ataupun geram melihat penderitaan saudara-saudara seakidah di negara lain, Palestin contohnya? Tertunduk sekejap hati menghitung sudah berapa lama dibiarkan hati tidak merasa nikmat ilmu dan tazkeerah di sepanjang usrah malam itu. Alhamdulillah Allah permudahkan jalan untuk join usrah pada malam Jumaat tersebut memandangkan tiada presentation yang perlu saya bentangkan di dalam kelas untuk keesokan harinya, makanya mudah sungguh lidah ini mengatakan persetujuan untuk hadir. Betul-betul bersyukur Allah bukakan jalan dan peluang untuk bersama mendengar pengisian yang jarang2 saya boleh ikuti.
Teringat pengisian dr Ustaz Anuar Ridhwan during AF Nite, katanya hidup kita ini perlu bersepadu instead of seimbang, kalau kita kerja, perlu seiringkan amal dan keluarga, begitu juga dengan amal dan family, perlu kita sepadukan ketiga-tiga unsur ini.
Oklah yer, beransur diri dahulu. Next week banyak pembentangan yang perlu saya buat, banyak perkara yang perlu dianalisa dsb. Insya Allah kita berjumpa lagi nanti, assalamu'alaikum :)
No comments:
Post a Comment