Friday, April 28, 2006

Usrah

Assalamualaikum wbt,

:)

Not so much to update, cuma perjalanan usrah Nisa' semalam sgt best untuk diceritakan. Rasa sgt best sbb dipermudahkan Allah utk join usrah kali ini.

Semalam Nisa' menjemput Abu Urwah(Bro Saari Sungib) dan Ummu Urwah (Kak Aliza) untuk memberi pengisian dan pandangan mengenai perjalanan Nisa', especially dgn pengalaman Abu Urwah yang luas di dalam membentuk JIM sebagai satu badan dakwah yang berorientasikan pendekatan berbentuk kemasyarakatan instead of politics.

He briefed us on the history of penubuhan JIM dan sebagainya, manakala Ummu Urwah menceritakan pengalaman beliau di dalam mengharungi kehidupan sebagai isteri kepada seorang tahanan ISA. Very interesting, tetapi minda saya sudah letih disebabkan sudah 3 hari tidak cukup tidur menyiapkan tugasan, makanya daripada 100% yang diperbincangkan, saya cuma tangkap the geeze, mungkin 30% jer kot. Ditambah pula di depan saya ketika itu terdapat satu buku hasil karangan Abu Urwah mengenai pembabitan beliau dengan JIM dan juga wakil kepada calon KEADILAN (tak sure ler tahun berapa sbb saya mmg tak check details), maka saya mula membelek2 buku, and last2 satu buku tu saya khatam baca sambil mendengar sket2 apa yg Abu Urwah and Ummu Urwah ceritakan kan depan (hehe..sorry ler Kak Mas..saya khusyuk baca buku Abu Urwah..tu yg tak pk soalan apa nk tanya..tapi takpe..Kak Yder, Kak Faza and Dijah dah power tanya soalan apart from Kak Mas as the sifu :D)

Pergi usrah ngan Kak Adinura..memula masuk keta mcm takut jek sbbnya muka dia cam serius..tapi agak dlm hati dia tgh penat kot, so tak berani nk tanya apa2. Sempat jumpa Umi Kak Adinura, pastu baru kitorang aktif bercakap. Mmg salutelah Kak Adinura bawak keta, giler ganas! Hehe..cekap sgt2. Bolehlaa kot racing F1 after this ek akak*wink* :D . Saya sgt2 menghargai biler mana ketika kami bercakap mengenai opportunity utk membuka business, and saya menyatakan kekhuatiran mengenai risiko membuka business sbb takut rugi. Kak Adinura reply " Kitakan ada Allah, kalau Allah boleh beri rezeki kepada Non Muslim disebabkan mereka berusaha, apatah lagi kita. Kita ini lebih drpd mereka sbb kita punya senjata yg lebih kuat sbb kita ada doa". Fuh, terkunci mulut time tu sambil merenung apa yg Kak Adinura cakap sambil berjalan menuju tempat usrah. Mcm ni, nak resume baliklah my plan nak buka kilang gula kekeke. Kak Adinura ckp, try jer, we will learn along the process, pastu ckp pasal ada org Melayu yg dpt duit ratus2 ribu dlm seminggu sbb supply brg pd Petronas. Banyak kemudahan sebenarnya utk org Melayu ni buat business, tp tak nak digunakan. Nantilah kalau bebetul tekad nak buka business, org pertama yg akan dicari adalah Kak Adinura hehe.

Kat usrah tu jumpa ramai ler insan2 yg aktif dlm Nisa' yg sebelum ni pernah jumpa sekali jer during last iftar Ramadhan, ramai sungguh semalam..happy jugaklah dpt jumpa insan2 yg dah lama tak jumpa. Erza dgn perangai nakal dia,tergelak2 panggil my name as Kak Zurin (yeah i know i know, mcm kelakar...tapi nama tu dah digunapakai sejak zaman Dr Lo' Lo' lagi..memula mcm tak biasa sbb org biasa panggil either Siti or Iena, tp dah derang sumer panggil Zurin..hentam jerlah, at least better ler kot dr sorang manager kat FMD ni panggil as Rina...eeeuuwww..sungguh feminin nama itu, tak padan dgn orgnya yg ganas tahap naga hehe). Best juga semalam sbb dpt jumpa Zahirah, bakal isteri Faiz yg sekali turut bersama dlm usrah. This is the second time we met after several years has passed, since our first met was at UIA during a program conducted by Fazrul in 2001, i think. Dapat kad jemputan kahwin mereka rite after the usrah, but told her that if i could not be at their wedding in this becoming May due to my classes during weekends, i'll pray for their happiness dunya wa akhirah :) Tak dpt nak berjanji utk hadir becoz this semester, i have to prepare biweekly presentation in the class, in which i need to do some preparations prior to the presentation. Tu yg payahnya tu biler nk buat presentation..dah sah2 kena baca reading, simplify and present. Lecturer pulak tak nak yg koman2 punyer presentation, kalau presentation tak menarik (x de grafik, takde animation or presentation delivery tak bagus), markah akan dpt sikit. Pressure betul sem ni, setiap alternate Saturday kena buat presentation, setiap hari Ahad kena get ready ngan case presentation...mencabar betul. Cuma tak sakit sgt this sem sbb kami takde mid term sbb kami dah pergi advance course...kalaulah ader..mau menangis dibuatnya.

Hari ni best sbb dpt buat discussion ngan my staff pertaining to work process..cuba bayangkan selepas 4 bulan i take over this new post and manage them, baru sekarang ada masa nk review process and buat segregation of duties. Tapi takpe, Tn Hj tak leh marah ler kalau my unit tak efficient during this 4 months, sbbnya Kak Marina and I mmg baru handle keje ni, tak aci aa kalau nk marah. Dahlah post manager, yg buat keje exec...mmg tak cukup tanganlaa..mmg kehadiran Kak Marina dlm FMD ni umpama seribu rahmatlah dr Allah for me, ringan sket tugas. If not, you can see that my blog entries will consistently mention abt pressure, tension, nk nangis or perkara2 yg tak best hehe. Alhamdulillah ok..alhamdulillah sgt2 sbb ada org bantu.

Isu terhangat skang ni ialah komen MP PAS Rantau Panjang mengenai divorcee wanita yg dianggap gatal. Geleng kepala jek dgr...but i think better kita tumpukan kepada masalah yg lebih berat, iaitu nasib saudara2 kita di Iraq dan Palestin. Semua org buat kesilapan dlm kehidupan,kan? Apa pun, sepatutnya sebarang kenyataan perlu diperhalusi terlebih dahulu dengan mengambil kira apakah impak yg akan berlaku. People tend to come out with their own interpretations, and kita tak boleh nak salahkan public untuk membuat assumption and interpretation sendiri kalau terjadi kes2 seperti ini. Harap boleh diperbaiki in future. Dalam Islam wanita sudah diangkat tinggi martabatnya, tidak boleh main pukul rata. Mungkin ada segelintir kes wanita gatal, tapi secara quantitativenya, bukankah kebanyakan kes perceraian dtgnya berpunca drpd lelaki? Tak beri nafkah, suka pukul isteri, no fair treatment to wife and children etc. Not fair for anyone to come out with a statement like that, isn't it? Bersikap chauvinistkah? Tidak buat proper researchkah? As i have said, people tend to make their own assumptions.

Wanita ini kasihnya 200%, tapi sekali terluka, seumur hidup akan dibawa (saya baca quotation tak ingat kat mana). Tapi mmg betul, wanita kalau dah sayang and kasih..cintanya setinggi langit,kasihnya sedalam jurang Mariana (jurang lautan yg terdalam di dunia)..tetapi kalau dah benci..minta maaflah...mungkin sampai ke mati (ni kes extreme ler, dlm Islam disuruh saling memaafkan).

Oklah yer..mahu undur diri dahulu, kita jumpa lagi k..assalamualaikum :)

P/S: Kak Yumni & Kak Wiyah, iena rindu kat akak2 berdua :).

2 comments:

sakinah said...

woit...ghindu aaaa....heheheh..akak sentiasa rindu kat adeq....kalo dah sayang takdr yang boleh buang sayang tu....cuma akak ni tak berapa friendly lah 2-3 menjak ni..keh keh..kesihatanku...fizikal dan mental...heheheh...ujian deq..tanda ALLAH dekat ngan akak dan awak...asik2 perasaan keibuan itu menguasai segala2nya...menanti si kembar dilahirkan dengan selamat..,mengandungkan mereka dengan sabar ( i try)....mendidik abang2 dan kakak2nya dengan baik (i try)...keh keh...penuh otak nih...tapi adeq...akak sayangkan adeq...walau kata2 kita sudah jarang bersentuh ...namun blogmu ku tatap saban hari..dalam diam ku mengerti perjuanganmu....kamu muslimat sejati..!

love
kak yumni

IeNa said...

:D

hehe syukran syukran for rindu kat iena jugak hehe, how's your twin babies and usratuki? Moga semuanya selamat insya Allah :)

Belum lagi jd muslimat sejati sbb masih byk kekurangan, tp sdg berusaha to be one, doakan my friends and i jadi para muslimat yg sentiasa mengagungkan Allah dan melaksanakan segala suruhanNya dan meninggalkan segala yg menjadi kemurkaanNya. Ameen. :)