Thursday, November 17, 2011
Friday, November 04, 2011
I'm working in Menara TM now!
Hehe, been silent for soooooooo long actually, due to my maternity leave for 2 months and for sure, my work last time took so much of my attention and time that hindered me from putting any input to my dearie blog here.
Now, let me announce to you that I have changed my job!!!!
Yeay!!!!!
You have no idea how bad I wanted to do something new despite that I love my job as Business Controller in Fraud Mgt last time. It's just that my time were always occupied with meetings, and with those operational matters that sometimes I hate to handle, especially those insignificant stuff e.g. monitor staff attendance, stocks and etc. When my former GM was still in the office, I had to take care of these small matters in addition to my other existing job, and being an obedient staff I had no choice but followed the instruction. Just before several months before he retired, I had to admit that I simply ignored those matters and just concentrate on the higher priority matters. Time tu GM pun dah malas nak bising2 sbb dah nak retire hehe.
Now I'm in the new office, still report to the same VP, but different boss. Doing Policy and Framework now, I'm much happier coz now I'm in the same building with my husband, and we go to work together. Please don't be so shocked, coz now I'm also a biker muehehe, due to unbearable traffic jam that we had to endure if we drive our car to the office. I personally cannot stand the traffic jam all the way from Kajang to Bangsar. So we decided to ride our motorbike to office, yahoo!
Sebenarnya during the first week naik bike tu, adeh, boleh tahan juga rasa ketidakselesaan and the vulnerability since all of your body are exposed to the air compared if we are in a car. Tapi lelama ok jek, cuma my mother in law selalu pesan suh berhati2. I bet sebenarnya dia lebih suka kitorang naik kereta pergi keje hehe.
latest update about my latest baby, we named him Luqman Hakim, already 3 months old yesterday. Berat badan i think almost 8 kg kot, sangat semangat k. I'll try to share his photo in next posting insya Allah. And I think dia sgt semangat sbb dia sgt kuat menyusu, every 1 hour akan minta susu. Tak mcm kakak and abg dia yg took 2 hours baru akan minta susu. And disebabkan kekerapan menyusu yang sgt tinggi dan perangainya yang nak berpegang all the time kalau berjaga menyebabkan hendak tak hendak, we have to hire a maid. MIL dah tak sanggup nak jaga sbb dia tak dpt nak buat keje lain, apatah lagi dgn Imran and Insyirah yang hendak dihandle dan masih kecil2 lagi, mmg dia tak sanggup. And all these while pun mmg my husband and I dah plan by the time kami anak 3, mmg kena ambil maid sbb kesian sgt dgn MIL, every time sampai rumah dia untuk pick Imran and Insyirah, rumah MIL dah macam tongkang pecah dedua org budak ni buat. Sampai MIL dah tak larat dah nak kemas, dia bagi jerlah bebudak ni main. So normally before we went home to our own house, me myself akan tolong kemaskan rumah sbb kesian dgn MIL. Dia pun pukul 8.30 jek dah terlelap sbb penat sgt.
So alhamdulillah now dah ada maid, byk perkara yang dimudahkan. Semua kerja maid buat kecuali memasak, sbb saya sgt cerewet dgn rasa makanan (walaupun saya sendiri takde ler terer memasak, tapi makanan mesti kena dgn taste saya), dan saya sudah tidak mengalami lagi saat2 pressure ketika tiada maid dulu. Most of the time saya mmg cool waktu ketika masih anak 2, and kekadang tu pressure juga ler sbb anak2 kecik2 lagi, and kita sdg sarat mengandung, dengan keadaan sebegitu mmg rasa pressure and tension akan cepat dtg. Yang bagusnya saya (cheaaaa..perasan ler nih), saya mmg tak suka pukul dan marah2 anak2, and biler saya 'terpukul' anak2, saya akan jadi lagi tension dan saya akan menangis dlm toilet sorang2. Sgt stress time tu.
Sekarang ni alhamdulillah, setakat ni saya punya i banyak masa untuk ajar Insyirah menyebut perkataan, main dgn anak2, bergurau senda dgn husband (salah satu sbb ialah kerana saya dah tak jadi BC kat Fraud, jadi otak saya jadi loosen dan boleh buat lawak2 kekadang, dulu waktu jadi BC otak saya penat sbb asyik pk keje jek). Maid pun bagus, tak payah suruh2, mmg dia pandai buat kerja. Malah dia serba salah bila saya yg memasak di dapur. Kalau iron baju, dgn pakaian2 dalam dan kain batik pun dia iron, punyalah rajin maid sorang ni. Setiap awal pagi buatkan breakfast drink untuk kami (sampai husband pun kagum sbb sebelum ni tak pernah2 ada air kopi or milo atas meja sebelum pegi keje hehe). Tapi tu saya tak kisah sgt, yang saya pentingkan dia jaga anak2 saya yg kecik2 ni sbb saya sendiri tak suka marah2 and pukul2 anak saya, jadi saya sgt concern kalau ada org nak marah2 and pukul2 anak2 saya kecuali their father (tu tak boleh nak cakap apalahkan sbb ayah mereka kalau marah and pukul mmg bersebab), even nenek mereka dr baby sampai Inyirah umur 3 tahun ni tak pernah jentik atau pukul, and alhamdulillah maid saya ni jenis penyabar and tak marah2.
Disebabkan dia boleh jaga anak2 saya, saya sendiri pun tak berkira sgt ttg kerja rumah, sbbnya satu rumah saya takdelah besar mana, jadi takdelah byk sgt kerja nak buat, dan kedua saya sendiri memahami betapa penatnya nak jaga anak2 kecil sambil nak kemas rumah ketika takde maid dulu, so saya kena be considerate memandangkan saya sendiri penah merasa betapa penatnya buat semua kerja tanpa maid. Asalkan dia boleh jaga anak2 saya dgn baik dan selamat, serta bantu MIL saya dgn housechores sudah cukup memadai bagi saya. Saya bayar maid RM 600 per month, dgr mcm mahal,kan? tapi cuba divide RM 600 tu dgn 30 hari, gaji harian dia cuma RM 20 jek. And kalau nak dibandingkan RM 20 gaji dia tu dgn segala penat lelah dia jaga anak2 kecil saya yg bertiga tu (especially Luqman yang kuat menyusu sejam sekali) dan bebudak 2 org yang suka 'mengemas' kabinet dan kerusi nenek mereka, tak campur lagi sebelum saya hantar ke rumah MIL maid akan kemaskan rumah saya dulu, kemudian dia tolong kemaskan rumah MIL kalau bersepah, rasanya RM 20 tu pun mcm consider sikit jugak untuk gaji harian dia. Cuba kalau offer kat saya RM 20 untuk buat semua2 tu, mmg rasanya saya akan minta gaji lebih tinggi hehehe.
oklah eh, biler sekali dah menulis, panjang lebar pulak jadinya. Later kita sambung k.
Wassalam :)
P/S: Sorry, ayat tunggang-langgang sbbb excited sgt dpt tulis blog (muahaha), so bear with me k until the proper writing skill comes back :D
Monday, July 11, 2011
Naik LRT
This morning I have become a superwoman (in my own term k), sbb berjaya mengharungi cabaran naik LRT STAR seawal 7 pagi (fuh..tak pernah naik LRT seawal ni sejak bermula kerja kat TM ni sampai skang, kalau ada pun mungkin 2 atau 3 kali jek before kahwin kot). Punca saya naik LRT pagi ni instead of driving my car to my office place is..my husband and MIL sent my SIL to Perak since yesterday morning to arrange for her work placement there, she got TNB offer since she was a TNB scholar in UNITEN last time.
Dan punca saya naik LRT awal pukul 7 pagi adalah saya tak nak dan tak suka mengharap belas ihsan org untuk dpt tempat duduk, tapi LRT pukul 7 pagi pun mmg seat dah penuh, and adalah seorang Indian lady ni gave me her seat looking into my condition, yerlah..cuba bayangkan me, a 8 and half month preggie mother and those yg dah pernah lihat body size saya kalau pregnant sejak Insyirah, Imran and the latest ni..sure tahu tahap kebesaran badan saya mcm mana. Sgt BESAR ok! Kalau pergi memana, org mesti tanya dah berapa bulan and assume saya sdg menunggu hari, sdgkan saya masih ada lebih kurang sebulan setengah lagi nak deliver huhuhu.
Pengalaman naik LRT pagi ni, saya nak ckp yg saya sgt salute ibu2 mengandung yang naik train to work everyday...saya tak sanggup dah rasanya biler pregnant nak berebut naik train, nak harap belas ehsan org untuk dpt tempat duduk, alhamdulillah saya sejak mengandung Insyirah mmg drive to office, even lepas lahirkan Insyirah pun still lagi naik keta pi ofis sbb malas nak bersesak2 dgn laptop bag, nursing bag segala bagai.
Turun dr train tadi, nak berjalan kaki ke ofis di Bukit Mahkamah, jalan slow tak ingat disebabkan mengangkut bag laptop, penatnya Allah shj yang tahu. Tu yg sampai ofis ni bersemangat giler nak menulis untuk berkongsi perasaan, plus saya mmg sampai awal sgt, kol 7.30 dah punch card hehe.
Oklah yer, nak cari breakfast dulu. In case saya tidak berpeluang untuk mencoret lagi di blog ini kerana kesibukan and what not, saya ucapkan Selamat Berpuasa dan Selamat Hari Raya in advance, kerana mungkin saya tak access blog 2 week after Ramadhan disebabkan saya dijangka untuk deliver pada 13 Ogos ni (tgh bulan Ramadhan).
Lesson learnt this morning:
I SHOULD BE VERY GRATEFUL FOR HAVING A CAR FOR ME TO DRIVE TO WORK EVERYDAY!
Salam :)
Tuesday, June 07, 2011
My birthday celebration
My birthday was yesterday, which at first I had no clue at all that yesterday was the big day for myself, until at 9.30 a.m one of my own staff SMSed me and wish birthday! And then i realized and checked the actual date of yesterday, punyalah tak ingat tarikh hehe.
Well, too bad I still have to come to work despite my body felt so fatigue and weak, since I have a lot of submissions to do within this week to my AGM. Worked until 5.30 p.m, picked my husband at Menara and drove to Midvalley for dinner and movie. Guess what movie we were watching yesterday? KUNG FU PANDA!! Muahaha, tak romantik langsung.
But all in all, the time spent with my husband without the kids was actually rewarding, despite the fact that I fall asleep in the cinema for several minutes during the movie was played due to my fatigueness, being a non-stop working lady and mother during weekdays and weekends + I'm already 7 months preggie right now. Easily get tired nowadays, but life must go as usual with tonnes of works and responsibilities that need to be worked on before my delivery date, which will be in bulan puasa this year! I cannot imagine to deliver a baby in Ramadhan, but let's hope the best and right now I'm frequently make du'a for an easy delivery process. I don't think I can go thru the long delivery process that I had with Imran, with the end result that I have to resort to operation due to poor in progress for 11 hours in the labour room.
This time, I've learnt my lesson, don't go to hospital until your really feel the pain to deliver! Hehe.
My husband will go for umrah end of this month alone without me and kids, and I'm ok with that since I've been there once during my study time in MMU + I'm 7 month preggie,tak larat nak bawa diri bertawaf dan bersa'ie rasanya. Hope my husband will be safe and enjoy his visit to Baitullah :)
That's all for now.
Salam :)
Friday, April 15, 2011
ESTJ - "Administrator". Much in touch with the external environment. Very responsible. Pillar of strength. 8.7% of total population. |
ESTJ organized, group oriented, focused, conventional, leader, emotionally stable, anal, attention seeking, planner, realistic, fearless, responsible, finisher, decisive, norm following, respects authority, punctual, hard working, stiff, self confident, thinks rules and regulations are important, follows the rules, clean, outgoing, social, content, does not like being alone, normal, regular, does not like weird or strange people / things - intolerant of differences, strict, disciplined, aggressive, assertive, content, happy, proper, formal, strict with self, meticulous, strong sense of purpose *the descriptions listed here are made up of personality items. people who scored high on this type scored higher on the above items compared to the average. (more info)
favored careers: executive, ceo, supervisor, business consultant, manager, strategist, financial planner, business person, office manager, public relations manager, international business specialist, business analyst, management consultant, operations manager, loan officer, lawyer, marketing, sports management, government employee, investment banker
disfavored careers: poet, artist, songwriter, musician, novelist, art therapist, theatre teacher, art curator, film editor, video game designer, photo journalist, travel writer, actor, record store owner, camera operator, art historian, music teacher
Friday, April 01, 2011
Life update
Been in silence for the past several months that perhaps has construed people to think that I will be no longer update this blog ever again. Forgive me, since i've been restrained from updating and sharing my thoughts recently, due to my workload that requires my utmost attention, especially early period of the year there are so many things to catch up and streamline (BP, yearly reporting for 2010 performance, KPI streamlining etc). Pheww, so many works have been completed, and yet there are still tonnes of work piling on my desk. Kerja Business Controller ni tak pernah nak habis, ada jer report yg nak kena buat :D
Talking abt my personal life, alhamdulillah I'm reaching to my sixth month pregnany, I have no morning sickness, eat well and everything is fine, except ONE, i have this chronic SLEEPY mode about almost every day and it may take the entire day that sometimes i do feel so LAZY and DEMOTIVATED to do my work. Once, I was so sleepy and fell asleep in my car while driving to work, alhamdulillah it happened when I was stopping the car for traffic light. The cars behind me did not even honk at me, they just passed by my car and proceed. Maybe they are thinking my car is broke down or something hehe.
Imran and Insyirah alhamdulillah both are fine and healthy, except Imran now dah ada scar like Harry Porter (he has a scar on his left forehead), Insyirah cakar. At certain times these 2 kids can play along together, and sometimes Insyirah refuse to play with Imran and shove him off if her mood swing or something. Karenah bebudak ni memacam, dah tak boleh nak comment apa dah :)
Tu jerlah nak update, nothing much actually except the routine works that I do everyday, but alhamdulillah, all in all i'm good and satisfied with all that Allah has granted me, good health, a happy and loving family, caring friends and peers, and the ultimate nikmah is nikmat Iman and Islam.
Alhamdulillah and be grateful for eveything that we have, and things that we don't have in life.
Ma'assalamah.
Love, Iena.
Thursday, January 13, 2011
Nausea
For the past 2 days and today, i feel 'loya2' and tak sedap tekak. Nasib baik tak muntah2. Bila berjalan asyik tunduk and tutup mulut sbb kdg2 mmg rasa nak vomit.
Kepalaku sudah pening ni...sama rasanya mcm mengandungkan Insyirah dulu. Asyik rasa loya and pening. Waktu Imran, tak rasa loya tapi sakit kepala belah petang and malam sbb masuk angin, kalau makan lambat je sket mmg kena.
Adakah daku mengandung anak perempuan?
Hmm...hmm...we should wait until 7 or 8 months to know the result, insya Allah :D
Tuesday, January 11, 2011
Life has changed over time
Yeah, me writing again in here, Farra has written to me on how surprise she is coz i've been active updating my blog recently.
Hehe, alhamdulillah Allah has spared me some time for me to take a short breath and write. In normal days, i would not have sufficient time to do blog hopping, let alone for blog writing.
I've been reading my past posts in previous years, and how quick the time flies. Some of us are still with us smiling and walking side by side (not literally), however there are some that have left us, either for good and met Allah, or simply lost from our grasp during our journey in life.
And throughout this long journey as well, we can observe the shifting of priority and focus in life. Prior marriage, our lives are colored by personal dreams, daily activities with friends, study life for those decided to further studies, and etc.
And life after marriage has turned most of our time and life towards our family, spouse and children. Friends sometimes have to be the second, third or even lower priorities in our life, in comparison to the first ones.
We should measure then, what have we done, or what have we become from the first day we have been stepping out from campus life, get into working life and consequently marriage life. Have we learnt something? Or are we at the better position/place, or if not, should we move towards betterment then?
Sometimes we do feel some demotivation and challenges in life. Embrace them, and they will strengthen us and make us stronger.
Do not forget Allah, for He is the one that we need to always turn into and seek for help and guidance. Always be thankful and remember our brothers and sisters, and pray for their safety and peace, especially for those in need e.g. Palestine, Afghanistan.
Ma'as salamah.
Caesarean facts - info from Harian Metro
Berdasarkan pengalaman ketika melahirkan anak pertama, dia terpaksa menghadapi sakit bersalin yang panjang sehingga terpaksa dimasukkan ubat untuk mempercepatkan proses kelahiran.
Untuk anak kedua, disebabkan tidak mahu mengulangi trauma seperti mana kelahiran anak pertama, selepas berbincang dengan doktor Hayati terus membuat keputusan untuk melahirkan anak menerusi kaedah Caesarean.
Walaupun rakan meminta dia mencuba untuk melahirkan anak secara normal, Hayati tetap dengan keputusannya.
Seiring dengan peredaran zaman, kebanyakan wanita seperti Hayati kini lebih gemar memilih cara melahirkan anak menerusi Caesarean (pembedahan) atau dalam bahasa pasarnya dikenali sebagai kelahiran ikut tingkap.
Ini diakui Pakar Perunding Obstetrik dan Ginekologi yang juga Pengerusi Eksekutif Pusat Perubatan Primanora, Datuk Dr Nor Ashikin Mokhtar, mengenai kecenderungan wanita Malaysia terutama yang mengamalkan gaya hidup moden, lebih suka melalui proses kelahiran menerusi pembedahan atas sebab tertentu.
Menurut Dr Nor Ashikin, kelahiran normal atau sebaliknya, mempunyai kebaikan dan keburukan. Apa yang perlu diketahui wanita adalah mereka bebas membuat pilihan mengenai kelahiran yang mereka inginkan dengan syarat perlu berbincang dan mendapat nasihat pakar mengenai kesan pilihan mereka itu.
Pada masa sekarang, tiada sesiapa boleh menghalang sama ada seorang wanita itu ingin melahirkan anak menerusi kaedah pembedahan atau normal kerana ini termasuk dalam hak asasi wanita.
"Sebagai doktor kami hanya boleh memberikan nasihat serta panduan mengenai kesan jangka pendek atau panjang atas setiap keputusan dibuat," jelasnya.
Walaupun bebas membuat pilihan, tambah Dr Nor Ashikin, dalam sesetengah keadaan kelahiran Caesarean adalah yang terbaik untuk ibu dan anak demi menyelamatkan nyawa kedua-duanya. Ini dilakukan pada waktu kecemasan atau secara diatur.
Antara sebabnya ialah masalah uri di bawah atau plasenta previa yang akan menyebabkan pendarahan yang banyak sekiranya kelahiran normal diteruskan, masalah uri tertanggal, rahim pecah atau penyakit kencing manis dan darah tinggi yang mengancam nyawa ibu.
Selain ibu, masalah pada bayi seperti bayi kekurangan oksigen yang boleh menyebabkan bayi lemas, uri jatuh ke bawah yang akan menyebabkan bayi meninggal di dalam perut, kedudukan songsang serta ibu yang melalui proses bersalin melebihi tempoh 16 jam kerana tempoh normal untuk kelahiran bayi antara 10 hingga 16 jam saja.
Masalah lain termasuk wanita yang mempunyai tulang punggung yang kecil hingga menyebabkan pembukaan rahim tidak dapat berlaku semasa tempoh melahirkan anak, bayi yang terlalu besar dan kedudukan bayi seperti melintang atau senget yang boleh menyebabkan koyakan terlalu besar sekiranya proses kelahiran normal diteruskan.
"Dalam keadaan ini, kelahiran Caesarean adalah terbaik buat ibu dan anak bagi memastikan kedua-duanya dalam keadaan selamat. Namun diingat menyelamatkan nyawa ibu adalah lebih penting daripada bayi dalam kandungan," katanya.
Meskipun ada wanita memilih kaedah pembedahan disebabkan kelihatan mudah dan menyenangkan, kaedah ini tetap berisiko. Namun risiko yang dialami adalah terlalu kecil misalnya masalah jahitan rahim terbuka semula mungkin berlaku antara satu dalam 200 atau satu dalam 3,000 kelahiran saja.
Dalam tempoh dua minggu, luka dalaman sudah pulih dan dalam tempoh enam bulan kawasan pembedahan sudah pulih sepenuhnya.
"Dalam tempoh tiga bulan ke atas parut luka akan menjadi lebih kuat. Justeru sekiranya seseorang itu dengan tidak sengaja hamil, ini bukan satu sebab dia patut menggugurkan kandungan.
"Sebaiknya kehamilan perlu diteruskan, lagi pun tidak semua kes pembedahan mesti diulang, ini bergantung kepada punca pembedahan yang pertama, misalnya sekiranya rongga tulang punggung sempit maka pembedahan perlu diulang," katanya.
Ada juga pembedahan yang menyebabkan pendarahan terlalu banyak, kecuaian pihak hospital seperti terpotong bahagian tertentu, tertinggal kapas namun kemalangan sebegini sangat minimum dan jarang berlaku.
Menurut Dr Nor Ashikin, selain kelahiran yang singkat dan tidak menyakitkan, Caesarean mempunyai kebaikan iaitu satu kaedah kelahiran yang dirancang. Ini bermaksud ibu boleh memilih tarikh kelahiran dan doktor yang akan melakukan pembedahan.
"Dalam tempoh itu, ibu bapa boleh membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal, menjalankan kajian menerusi Internet atau pembacaan mengenai kebaikan dan keburukannya. Semua persediaan ini amat perlu supaya mereka tidak menghadapi tekanan sekiranya pembedahan dijalankan pada saat-saat akhir atau terpaksa dilakukan," katanya.
Selain itu, bagi ibu yang melahirkan anak pramatang, pembedahan adalah jalan terbaik untuk menyelamatkan bayi. Ini kerana ada sesetengah kes kelahiran normal menyebabkan masalah pada otak bayi.
Selain itu, Caesarean juga mengelak daripada koyakan yang besar ketika proses kelahiran malah memberi kelebihan pada ibu supaya mereka tidak mengalami kesakitan yang lama. Dalam erti kata lain, pembedahan dapat memelihara faraj wanita serta kepala bayi daripada perubahan saiz akibat vakum atau forsep.
Wanita juga boleh memilih kedah pembedahan sama ada bius secara penuh atau bius separuh badan (epidural) pada saraf belakang, pesakit hanya kebas pada perut hingga ke kaki dan masih sedar mengenai apa yang berlaku.
"Ketika dalam dewan bedah mereka yang memilih epidural boleh mendengar bayi menangis, memegang dan mencium bayi sebaik dibedah," katanya.
Daripada segi penjagaan selepas bersalin, menurutnya, bagi ibu yang melahirkan anak menerusi pembedahan jagaan sama seperti bersalin normal. Selepas dua minggu ibu dinasihatkan datang ke klinik untuk melihat perkembangan luka.
Apa yang penting dalam tempoh dua minggu pertama, badan memerlukan banyak sumber protein daripada makanan, oleh itu makanan berkhasiat dan seimbang mengandungi karbohidrat, protein, vitamin daripada sayur-sayuran dan buah-buahan adalah penting.
"Selepas dibedah ibu harus mengambil makanan berkhasiat seperti vitamin C yang mempercepatkan penyembuhan luka dalaman dan mengelak makanan menyebabkan alahan.
"Jangan sekat makanan kerana kepercayaan dan amalan budaya nenek moyang yang hanya membenarkan mengambil makanan tertentu saja. Namun makanan yang kaya minyak, lemak dan manisan mengandungi gula harus dikurangkan. Amalan bertungku dan mengurut boleh dilakukan tetapi elakkan pada bahagian perut," ujarnya.
Dr Nor Ashikin juga menolak dakwaan sesetengah wanita yang menganggap kesakitan bersalin secara Caesarean lebih berpanjangan berbanding normal. Begitu juga dengan pendapat mengenai kesan yang diterima wanita yang menjalani Caesarean berbeza dengan mereka yang bersalin normal.
"Ini tidak boleh diterima pakai kerana perkara itu bergantung kepada ketahanan wanita itu sendiri terutama dalam aspek penjagaan diri seperti pemakanan dan kesihatan," katanya.
Dalam hal ini, wanita dinasihatkan menjaga parut luka dengan baik dengan membersih dan mengeringkannya setiap kali selepas mandi. Jangan sesekali rasa takut untuk berjalan sejurus selepas pembedahan, ini kerana kebanyakan wanita takut untuk berjalan selepas bersalin secara Caesarean kerana kesakitan yang dirasai.
"Namun, sekurang-kurangnya dalam tempoh enam jam selepas bersalin, mereka perlu berjalan atau menggerakkan bahagian badan bagi mengelak terjadi darah beku dalam darah. Dengan bergerak, ini akan membantu merangsang perjalanan darah dalam badan.
"Di samping itu, mereka juga boleh melakukan senaman ringan selepas dua minggu dan hanya boleh melakukan aktiviti seperti bersukan, bermain badminton atau berjoging selepas dua bulan. Wanita yang bersalin secara Caesarean turut digalakkan menyusukan bayi dengan susu badan bagi membantu mengecutkan rahim," katanya.
Selain penjagaan selepas bersalin yang dikatakan agak rumit, ramai wanita beranggapan dan takut melakukan pembedahan kerana faktor bilangan anak yang terhad kepada tiga saja.
Menurutnya, sebenarnya Caesarean tidak terhad kepada tiga anak saja. Sekiranya pesakit itu sihat dan tidak mengalami sebarang penyakit merbahaya seperti sakit jantung, buah pinggang atau kanser payudara mereka boleh menjalani pembedahan banyak kali. Mungkin sehingga empat atau enam kali bergantung kepada kemampuan kesihatan ibu, mental dan kehendak pesakit itu sendiri.
"Tidak perlu sehingga mengikat saluran peranakan hanya selepas tiga kali dibedah sedangkan usia masih muda dan masih mampu mengandung. Kini terdapat pelbagai jenis kaedah perancang keluarga yang boleh digunakan seperti pil perancang, implan, suntikan atau IUD," jelasnya.
Walau apa sekalipun pilihan untuk melahirkan anak, wanita harus mempertimbangkan beberapa perkara seperti kesihatan ibu, sokongan suami dan keluarga serta sumber kewangan pasangan. Ini kerana kini, melahirkan anak memerlukan kos yang tinggi terutama bagi pasangan yang memilih untuk melahirkan anak di hospital swasta.
Note: Terasa lega and positif nak melahirkan anak secara normal utk yg ketiga ni. Last 2 weeks jumpa doc, doc pun kata tak perlu risau sbb Insyirah lahir normal, Imran pula hanya sbb poor in progress and bukan sbb complication diabetic, darah tinggi or songsang. High possibility yg no 3 ni pun akan normal jugak.
Apa pun, sekarang ni saya sentiasa berdoa kelahiran yg no 3 ni dipermudahkan. Lesson learnt from Imran's experience, DO NOT TAKE THINGS FOR GRANTED. Dulu ingatkan Insyirah lahir mudah dan ambil masa 4 jam jek, so anticipate Imran mungkin lagi mudahlah, mmg kurang berdoa sket time Imran. This time around, setiap masa berdoa! :D
Thursday, January 06, 2011
Percutian ke Berjaya Hill
Just nak update our visit to Berjaya Hill, or commonly called as Bukit Tinggi, Pahang when we visited during 1TM break recently. I went with my siblings, mother, mother and sister in law, and of course with my husband :D, saper pulak nak bawakan keta kalau dia takde:D
Sejuk sbb kami sampai di sana, hujan sedang turun gerimis, terpaksa berselendang dan ber'sweater' di sana.
Serius mcm rasa berada di oversea dgn keadaan sejuk dan kabusnya, siap ber'sweater' bagai kami yang pergi, except me sbb pakai jubah jeans yg quite tebal.
Our pics di Berjaya Hills:
Ambil gambar di pintu masuk.
My sis with Insyirah, Imran and their cousin. Imran baring di dalam stroller.
Sejukkkkkk...tapi sempat snap gambar lagi. Me mendukung Insyirah yg berat 12 kg, mencabar!
Ambil gambar di air terjun mini, tak nampak dlm gambar.
Insyirah bagi ikan makan di Japanese Garden.
Insyirah main bubbles dgn kawan baru sebelum balik bergerak ke Japanese Garden.
:)
Monday, January 03, 2011
Cuti 1 TM
Baru balik bekerja sesudah cuti 1TM seminggu lamanya. Dan seminggu itu jugalah saya kira ibu2 bekerja seperti saya baru dapat merasai nikmat menjadi seorang ibu dan suri rumah tangga yang sebenar2nya, hehe. Apa taknya, seminggu nilah saya berpatah pinggang membersihkan rumah atas bawah, luar dalam yang kalau sebelum ni, kena pilih2 area mana nak bersihkan dulu berbahagi2 minggu, this week tingkat bawah, next week tingkat atas...tak larat nak bersihkan semua dlm weekends dgn anakku yang seorang suka **mengemas**(suka keluar barang dr laci almari, kabinet dapur main masak2 etc), yang seorang lagi suka sgt berdukung dan berpaut. Jadinya kalau ada husband yg dpt menengokkan mereka2 time kita memasak or membersihkan rumah, adalah sgt2 bersyukur dirasakan. Kalau tiada, mmg ada harapan rumah jadi tongkang pecah seribu hehehe.
Seminggu ni jugalah saya dapat masakkan bubur untuk Imran, suap dia makan, main golek2 dgn dia. Kalau waktu bekerja, sub-con dekat nenek dia bagi makan bubur or nestum, balik kerja dah maghrib, lepas tu dinner and bersiap utk kerja esoknya, takde masa sgt nak golek2 dgn anak2.
Seminggu ini jugalah kedengaran rumah saya agak 'riuh' dgn suara saya dan anak2, dek Imran merengek2 nak berdukung, dan saya yg sedikit 'gegar' oleh ke'kiut'an Insyirah yang asyik sengih and buat dek bila saya bersuara supaya jgn sepahkan rumah hehe. Penat dibuatnya..lepas kemas sekejap, sepah balik. Agaknya nilah perasaan maid2 yg sanggup dera anak org, tertekan dek nak kena kemas rumah, nak kena handle anak2 yg seribu mcm karenah, nak kena masak by the time tuan rumah balik. Mmg cabaran jugak ler. Kadang2 husband pun faham kita penat, dia tolong jaga anak and kemas balik barang2. Fuh, kadang2 mmg terasa nak ada maid cepat, supaya ringan sikit beban. Tapi bila tgk rumah, sekali sekala jek yang perlukan massive clean up, yg lain tu biasa2 jek, setakat sapu2 rumah sket, rasa mcm tak berbaloi pula nak ambil maid. The best solution skang ni ambil cleaner yg upah by hourly basis during weekend. Rasanya bila my condition dah heavy pregnant nanti, mmg kena upah part time cleaner juga kalau dah bebetul tak larat.
This becoming Wednesday, nak bawa Insyirah jumpa balik speech therapist di HUKM for second session. My daughter ni lambat sikit bercakap. Dulu waktu belum refer therapist, satu patah perkataan pun dia belum boleh cakap. Sekarang ni dah boleh sebut 'mama' dan 'jom', alhamdulillah. Waktu first session tu, therapist buat assessment dan ajar kami mcm mana nak ajar anak ckp. Kena byk spend quality time dgn anak, ajar dia nama barang2 dan sebut perlahan2. Second session ni, kena bawa barang2 permainan dia untuk therapist ajar mcm mana nak main.
Ada org kata, Isyirah baru 2 tahun, tak payahlah risau sgt. Ada anak org tu, 3 atau 4 tahun baru dpt cakap. Betul, tak menolak kemungkinan yang mmg ada budak lambat bercakap, dan bila dah boleh bercakap mcm bertih goreng pulak, tapi untuk Insyirah, mmg kami ambil tindakan cepat. Dulu waktu mata dia lari2, bawa cepat pergi ke specialist mata, and baru dpt tahu dia rabun dekat. Kena pakaikan dia spec, dr power mata dia kiri 450, kanan 350, skang ni alhamdulillah dah turun power mata kiri 250, mata kanan 150. Alhamdulillah sekarang ni mata dia dah nampak focus berbanding setahun yg lepas. Kaki dia CBT (tapak kaki bengkok sedikit ke dalam), kami refer specialist tulang and alhamdulillah sekadar postural, bukan structural.
Actually kaki dan mata sebenarnya ada kaitan, we were told by my gynaea ketika buat check up. We accept the fact, and cepat buat corrective, sbb tak nak perkara jadi worsen. So sama juga dgn speech delay ni, mmg org cakap normal 2 tahun tak boleh ckp lagi, tapi sebenarnya kami kena tegur dgn therapist sbb lambat refer kpd mereka. Sepatutnya by anak umur 1 year, dia mesti dah boleh cakap sikit2, paling sikit pun sebut 'mama' or 'baba'. Insyirah umur dah 2 tahun 2 bulan, tak sebut apa pun. Nak something, tunjuk bahasa isyarat or bunyi 'aaa'...memula ingatkan ok jek refer dia pada therapist umur dia 2 tahun, baru tahu rupanya by setahun tak boleh cakap mesti kena refer. Therapist minta kalau Imran pun tak boleh ckp by 1 year, kena refer jugak pada dia. Hehe.
Morale of the story..TAKE ACTION FAST! Kalau ada rasa mcm abnormal atau tak kena jek, refer terus kat hospital so that immediate corrective action can be made, okey :)
SELAMAT TAHUN BARU!
Iena :)