Monday, January 03, 2011

Cuti 1 TM

Salam to all,

Baru balik bekerja sesudah cuti 1TM seminggu lamanya. Dan seminggu itu jugalah saya kira ibu2 bekerja seperti saya baru dapat merasai nikmat menjadi seorang ibu dan suri rumah tangga yang sebenar2nya, hehe. Apa taknya, seminggu nilah saya berpatah pinggang membersihkan rumah atas bawah, luar dalam yang kalau sebelum ni, kena pilih2 area mana nak bersihkan dulu berbahagi2 minggu, this week tingkat bawah, next week tingkat atas...tak larat nak bersihkan semua dlm weekends dgn anakku yang seorang suka **mengemas**(suka keluar barang dr laci almari, kabinet dapur main masak2 etc), yang seorang lagi suka sgt berdukung dan berpaut. Jadinya kalau ada husband yg dpt menengokkan mereka2 time kita memasak or membersihkan rumah, adalah sgt2 bersyukur dirasakan. Kalau tiada, mmg ada harapan rumah jadi tongkang pecah seribu hehehe.

Seminggu ni jugalah saya dapat masakkan bubur untuk Imran, suap dia makan, main golek2 dgn dia. Kalau waktu bekerja, sub-con dekat nenek dia bagi makan bubur or nestum, balik kerja dah maghrib, lepas tu dinner and bersiap utk kerja esoknya, takde masa sgt nak golek2 dgn anak2.

Seminggu ini jugalah kedengaran rumah saya agak 'riuh' dgn suara saya dan anak2, dek Imran merengek2 nak berdukung, dan saya yg sedikit 'gegar' oleh ke'kiut'an Insyirah yang asyik sengih and buat dek bila saya bersuara supaya jgn sepahkan rumah hehe. Penat dibuatnya..lepas kemas sekejap, sepah balik. Agaknya nilah perasaan maid2 yg sanggup dera anak org, tertekan dek nak kena kemas rumah, nak kena handle anak2 yg seribu mcm karenah, nak kena masak by the time tuan rumah balik. Mmg cabaran jugak ler. Kadang2 husband pun faham kita penat, dia tolong jaga anak and kemas balik barang2. Fuh, kadang2 mmg terasa nak ada maid cepat, supaya ringan sikit beban. Tapi bila tgk rumah, sekali sekala jek yang perlukan massive clean up, yg lain tu biasa2 jek, setakat sapu2 rumah sket, rasa mcm tak berbaloi pula nak ambil maid. The best solution skang ni ambil cleaner yg upah by hourly basis during weekend. Rasanya bila my condition dah heavy pregnant nanti, mmg kena upah part time cleaner juga kalau dah bebetul tak larat.

This becoming Wednesday, nak bawa Insyirah jumpa balik speech therapist di HUKM for second session. My daughter ni lambat sikit bercakap. Dulu waktu belum refer therapist, satu patah perkataan pun dia belum boleh cakap. Sekarang ni dah boleh sebut 'mama' dan 'jom', alhamdulillah. Waktu first session tu, therapist buat assessment dan ajar kami mcm mana nak ajar anak ckp. Kena byk spend quality time dgn anak, ajar dia nama barang2 dan sebut perlahan2. Second session ni, kena bawa barang2 permainan dia untuk therapist ajar mcm mana nak main.

Ada org kata, Isyirah baru 2 tahun, tak payahlah risau sgt. Ada anak org tu, 3 atau 4 tahun baru dpt cakap. Betul, tak menolak kemungkinan yang mmg ada budak lambat bercakap, dan bila dah boleh bercakap mcm bertih goreng pulak, tapi untuk Insyirah, mmg kami ambil tindakan cepat. Dulu waktu mata dia lari2, bawa cepat pergi ke specialist mata, and baru dpt tahu dia rabun dekat. Kena pakaikan dia spec, dr power mata dia kiri 450, kanan 350, skang ni alhamdulillah dah turun power mata kiri 250, mata kanan 150. Alhamdulillah sekarang ni mata dia dah nampak focus berbanding setahun yg lepas. Kaki dia CBT (tapak kaki bengkok sedikit ke dalam), kami refer specialist tulang and alhamdulillah sekadar postural, bukan structural.
Actually kaki dan mata sebenarnya ada kaitan, we were told by my gynaea ketika buat check up. We accept the fact, and cepat buat corrective, sbb tak nak perkara jadi worsen. So sama juga dgn speech delay ni, mmg org cakap normal 2 tahun tak boleh ckp lagi, tapi sebenarnya kami kena tegur dgn therapist sbb lambat refer kpd mereka. Sepatutnya by anak umur 1 year, dia mesti dah boleh cakap sikit2, paling sikit pun sebut 'mama' or 'baba'. Insyirah umur dah 2 tahun 2 bulan, tak sebut apa pun. Nak something, tunjuk bahasa isyarat or bunyi 'aaa'...memula ingatkan ok jek refer dia pada therapist umur dia 2 tahun, baru tahu rupanya by setahun tak boleh cakap mesti kena refer. Therapist minta kalau Imran pun tak boleh ckp by 1 year, kena refer jugak pada dia. Hehe.

Morale of the story..TAKE ACTION FAST! Kalau ada rasa mcm abnormal atau tak kena jek, refer terus kat hospital so that immediate corrective action can be made, okey :)

SELAMAT TAHUN BARU!

Iena :)

6 comments:

Farra Da Smiley said...

oooo..good info siti, salu org kata "jgn risau"

so hang pi jumpa speech therapist tu guna GL ke tak ek?

eh mmg best gile jadi surirumah..sronok sgt!!!

aida said...

Bagus proaktif ibu insyirah ni. Alhamdulillah banyak kemajuan anak kau dah buat

IeNa said...

Farra, tak guna GL, sbb HUKM tak terima GL untuk payment bawah RM 50. So biasanya kena bayar 5 ke 30 ringgit (tak ingat dah), pastu claim kat PM Care.

Aida, alhamdulillah juga. Seronok jugak belajar dr experiences ni..dpt belajar byk dr doc.

Ummu Auni said...

kalau O&G dah highlight baguslah cepat2 buat. guano boleh gi HUKM tu? macam best je HUKM

IeNa said...

First kitorang bawa Insyirah ke KPJ Specialist Kajang, jumpa Paed dan buat hearing test. Alhamdulillah hearing ok, so mmg Doc nk refer ke speech therapist mana2, gov atau private hospital sbb KPJ specialist sendiri takde therapist. PM Care tak cover private centre yg bukan panel dia, end up samada nak pergi Hospital Serdang atau HUKM sbb dua ni jek yg ada speech therapist unit yg aku survey kat Internet. Kat Hospital Serdang, paling awal appointment ialah pada bulan Feb 2011, lambat gila. So pergi HUKM, dptlah appointment awal bulan 12 yg lepas. Rupanya Sunway Medical Centre pun ada. Tak sure lagi nak refer ke sana atau tidak, tgk HUKM punya impact dulu mcm mana, setakat ni therapist dia ok and dekat sket dgn rumah.

siti zubaidah othman said...

xsbr nk blk mesia jmp anak2 buah:)