Friday, June 25, 2004

Sempatkah?

Assalamualaikum wbt,

Sedang mendengar lagu Istighfar dari kumpulan SaffOne.

Terasa sayu.

Bagaimana kiranya nanti di dunia sana, Allah enggan terima amal ibadat kita?

Bagaimana agaknya kita hendak menerima hakikat pahit bahawa kita tidak diterima?

Akan tertundukkah wajah, atau akan meraungkah kita menyatakan penyesalan yang tidak akan ada penyudahnya?

Tergalas di bahu kita tanggungjawab yang bukan sedikit, tapi kemampuan dan masa yg kita punya seperti tidak cukup untuk mencakupi semua yang tertulis bernama AMANAH sbg KHALIFAH.

Bagaimana? Bagaimana hendak dicukupkan segala yang ditugaskan?

Entah...kaki masih melangkah, cuma tidak tahu sama ada ia cukup laju atau tidak.

Dan masa yang dipunyai makin lama makin sedikit.

Sempatkah?

Mampukah?

4 comments:

nursaiful said...

buatlah yang terbaik, kerana soal berjaya atau tidak dalam menjalankan amanah itu bukanlah urusan kita. Yang penting, kita menjaga amanah yang diberi sebaiknya.

IeNa said...

Sedang Cpol, sedang...cuma rasa mcm banyak lagi yg belum dipenuhi.

Kadang-kadang rasa, kan best kalau kita hidup zaman Rasulullah, time tu tahap iman pun tinggi, ibadah tak banyak cabaran, bestkan? (Dgn harapan kita bukan di dalam golongan penentang Islam time tuh)

Anonymous said...

Allah letak kita di zaman sekarang, sbb zaman sekarang kite perlu ikut sahaja apa yg telah ditinggalkan oleh Allah SWT dan tak perlu terlalu risau utk ditegur oleh Allah SWT melalui RasulNya, sepertimana yg terjadi pada sahabat2 zaman Rasulullah. Sedangkan iman kite pada waktu ini tak pasti di mana letaknya, bimbang kalau2 kite di 'sana' pd waktu itu mungkin menjadi seorg pemberontak :), atau kite tak punye kekuatan seperti para sahabat utk bertahan dgn dugaan2 yg ditimpakan.

Apa pun tak salahkan mempunyai mimpi dan impian, sbb itu manusia tak pernah puas dgn apa yg dimiliki - baik dr segi harta, pangkat, kedudukan hinggalah ilmu dan cinta Rabb-nya. Semua yg terjadi ade hikmahnya, dan satu perlu diingat ade rindu Nabi utk kite umatnya akhir zaman, sbb kita dilahirkan utk menguatkan apa yg berkata dlm hati dan tersurat dlm al-Quran bahawa Allah itu satu dan Muhammad itu Rasul-Nya walau tak pernah ditarbiyah secara langsung, tak pernah berjumpa/bertemu sezaman dgn baginda SAW. Wallahu'alam. Moga selalu berada dalam kebaikan siti, aamin.

IeNa said...

:)

Rindu Nabi pada umatnya...

Moga kita tergolong di dalam golongan itu.

Ameen :)