Thursday, December 02, 2004

La tahzan II

Assalamualaikum wbt,

Catatan terakhir mengajak semua not to be sad (La tahzan), ana sebenarnya sdg memujuk diri sendiri supaya tidak bersedih.

Maaf, ana kurang berkongsi sebab dan cerita yang ana rasakan terlalu peribadi, it's too personal.

Bulan Ramadhan yang lepas banyak menemukan ana kembali dengan insan-insan yang ana tidak fikir akan bertemu kembali. Tapi rahmat Allah melebihi segalanya.

Dan dengan pertemuan itu, satu kenangan lampau bangkit. Dan mempelajari hakikat sebenar yang tidak pernah diketahui setelah 4 tahun peristiwa itu berlalu, terasa hati mahu runtuh sebenarnya. Seminggu terasa hati dan akal kurang tenteram, dan seminggu itu munajatku panjang, mohon kesabaran dan ketabahan dari Yang Esa untuk melalui liku-liku hidup ini.

Malunya aku, kerana dugaan sekecil ini aku tersungkur. Hampir saja aku menanyakan Allah mengapa perkara itu terjadi sedemikian. Tidak pandai menjadi hamba bersyukurkah aku?

Tabahlah hati, kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat hamba-hambaNya. Aku percaya dan pegang kuat kata-kata itu.

Sekali lagi, la tahzan wahai hati.

La tahzan.

No comments: