Wednesday, April 20, 2005

Alhamdulillah :)

Assalamualaikum wbt,

Dear all

Saya ingin merakam rasa terima kasih serta jutaan penghargaan diatas ingatan tuan/puan kepada hari ulangtahun kelahiran saya pada hari ini. Diatas segala initiatif yang tuan/puan berikan akan sentiasa saya ingati. Kepada mereka yang telah menghantar SMS kepada saya pada hari ini , diucapkan jutaan terima kasih juga diatas ingatan saudara/ saudari.


Salam hormat

Tajul


Hehe, pagi ini sehari suntuk bermesyuarat, semalam me get to sleep for only 1 hour berikutan terpaksa menyiapkan laporan mesyuarat pengurusan this morning, tak sempat nak buat since sudah 2 minggu berhempas pulas menyiapkan slide presentation GM, habis sahaja meeting dgn Dato' terus mesyuarat pengurusan, mmg tergolek dok sungguh hehe. Tapi alhamdulillah, everything went fine during our mgmt meeting today, habis me kena sakat dlm meeting room dgn bebudak Investigation, derang nih mmg suka sakat sbb i'm the youngest dlm division bersama Zahan, pastu derang layan me mcm adik2 derang jek plak. Nasib baik me takde abg,bleh aa consider derang ni abg2 yg super nakal tahap (err..nak tulis apa ni ek, kang tulis tahap naga kang, kena usik lagi dgn bebudak trio yang pantang diberi peluang, tense tense), derang ni nakal tahap gabanlaa actually (hehe, terpaksa guna gaban, tapi i know Cpol mesti nak kenakan me ngan naga jugak, tau dah :P )

Mmg hangat dlm bilik meeting tadi, my presentation asyik kena sangkal jek sbb derang nak buat me tense,nakal sgt2 derang nih, sampai me dah siap buat reactions yg buat satu bilik meeting gelak (cth: jelir lidah kat derang) .Tension aa derang nih, suka betul menyakat, takde keje lain :)

Best ngan derang nih, best sgt, belajar byk benda ttg kehidupan, belajar ttg banyak benda berkaitan disiplin dan matlamat hidup :)

Pastu kami habis meeting, kami celebrate birthday Tn Hj!! Yeayyy, Tn Hj mmg tak sangka kami nak celebrate birthday dia, first time dia kata dia kena tiup lilin and potong kek depan staf dia, hehe, ye ler, Tn Hj alim sket, sure dia jenis tak celebrate tiup2 lilin nih hehe.


Actually Jumaat ni supposedly i take my leave, tapi disebabkan Tn Hj perlukan slide presentation from me untuk Customer Awareness Program for Klang Valley next week, so kenalah cancel cuti huhu (asyik kena buat slide presentation jek skang ni, kekadang dah tak tau dah graph tu nak buat bentuk apa laie dah, bende yg sama jek tetiap bulan, tapi best :D.

Hari ni hati sungguh tenang,sejuk jer rasa hati. Tak tahu kenapa, tapi alhamdulillah Allah anugerahkan rasa ketenangan itu dalam diri. Seringkali diri terkejar2 mengejar masa untuk buat itu dan ini, kadang-kadang sukar rasa tenang itu menjenguk diri dek asyik sibuk memikirkan hal-hal yang entah apa pentingnya (penting jugak sebenarnya, study penting, keje penting, nak capai akhirat, dunia kena settlekan jugak,kan? Dunia nikan jambatan kita ke akhirah, apa yang kita tanam di dunia ini, di akhirat sana kita tuai hasilnya, betul,kan? ;)

Semalam seorang diri melihat VCD Kembara Bumi Anbiya'ketika sedang menyiapkan laporan mesyuarat pengurusan, sesungguhnya, dan sesungguhnya rasa rindu untuk merasa kembali pengalaman dan keseronokan itu datang kembali, melihat Kak Lin menangis ketika kami selesai melawat Masjidil Nabawi membuat hati sungguh sayu, melihat pusara Rasulullah, Allahu Akbar, rindunya, rindunya untuk ke situ lagi.Pasti sahabat2 yang lain merasa perkara yang sama, melihat keseronokan kami melawat piramid,menaiki unta, menaiki bot merentasi Sungai Nil,melawat masjid Imam Syafi'e dan Saiyidina Hussin, melawat Gua Al-Kahfi, berjumpa dengan pelajar2 kita di sana, bersama menyalutkan diri dengan garam Laut Mati di muka dan tangan, mengerjakan ibadah umrah bersama-sama, bershopping sakan dengan Aina, Sam dan Halim ketika di Mekah hehe, dan teringat waktu malam-malam di bilik hotel di Mekah, ada sorang tukan, time kita sumer tgh enak tidur, dia cakap sorang-sorang kat telefon selubung bawah selimut..haaaa, saper tuh?? Hehe, siapa makan gula, dialah rasa manisnya,kan? Hehe, mmg manis pun pengalaman itu :)

Di kembara itu kami belajar ttg rasa setiakawan, secara jujur di dalam pengembaraan ini hampir-hampir me dan Ika bergaduh kerana masing-masing malas nak bawa ubat dan mask hospital yang memberatkan beg masing-masing kalau hendak pergi ke mana-mana.Time tu mmg rasa mcm mmg tak puas hati jek, tapi alhamdulillah, kami bertahan,start tak puas hati pada awal pagi kami sampai dari Jordan Ika dah start kena bawak first aid kit, pastu dia minta tolong bawakkan some stuff, n biasalah kalau kita pergi berjalan, takde kuasa nak bawa beg berat2, so me mcm rasa tak ikhlas jek nak tolong. Hampir2 bergaduh, tapi kami sama2 pendam, sampai pada malam kami balik dari melawat Masjid Hussin dan piramid, rasa selfish tu hilang. Alhamdulillah, betul-betul pengembaraan itu mencabar persahabatan kami, dan kami berjaya atasinya, kan Ika kan? :)

Ika jenis seorang yang penyabar, n mmg setiap kali kami bersalah faham, dia tetap treat me yang for me kalau pk pk mcm tak masuk akal. Cthnya, dulu ada satu kali kami bergaduh ttg apa ntah, that morning tu i had an exam, Ika siap sediakan my breakfast walaupun kami tgh gaduh time tu! Cuba bayangkan, baik sgt my bestfriend ni, kalau me demam dia masakkan bubur nasi, mana nak dapat kawan baik mcm ni? Same to the rest of my geng, Siha pemuisi hebat , Jie budak kenit pertama yg comey, Farah sahabat sehati sejiwa tempat hendak menceritakan masalah dan dapatkan panduan, Hany budak kenit kedua yang comey jugak merangkap kembar bukan seibu sebapa kepada Jie, Aida & Aini, si kembar yang selalu jadi rakan stay up waktu jadi housemate kat Melaka dulu, Ayu yang motherly,Aina yang nakal hoho(sayang ko sgt2 Aina :), Yati n geng2 Accounting yang byk tolong waktu me jadi Exco SRC dulu (ni mmg bebetul terhutang budi ngan derang, sungguh sungguh terhutang budi :),ntah ramai lagi ler, tak terbalas segala budi mereka :)

Barakallahu fiikum atas jalinan ukhuwah yang antum hulurkan, tak terbalas budi rasanya, hanya Allah yang dapat membalasnya :)

Ok guys, perlu berundur sbb nak ke Shah Alam melawat Kak Fari sambil dgr usrah, lama tak join usrah Kak Fari (consultant kami ke Delegasi dulu)

Semoga antum dapat keberkahan hidup dunia wa akhirah, insya Allah.

Assalamualaikum :)

15 comments:

Anonymous said...

a'kum,
Selamat harijadi. Semoga umur diberkati.

Anonymous said...

Moga ALLAH memberkati mu di ulang tahun ke 25 ini.

Perbanyakkan Ibadah/kerja daawah.




kaset79

IeNa said...

err yasser n Ahmad, kat atas tu not my birthday, mine lambat lagi, 6 Jun ni insya Allah kalau umur panjang :)

Apa pun, syukran lakuma 'ala du'akuma :)

IeNa said...

Ada tak sesaper nak guess saper yg bertelefon kat bawah selimut waktu kami kat Mekah? Hehe...Aina, tak nak guess? ;)

(I'm sure ada sorang tu akan termalu-malu biler baca msg ni hehe :D)

Hany FF said...

ampeh makcik siti nih!!!
ekekekke..
aina, bukan aku aa tu! kat madinah aku sebilik ngan hang ngan jie kan? mana aderrrrrrrrr! :D
kekekekek... btw, memang tersenyum sorang2 :)

sama la kita, dua hari lepas hany mencari2 vcd Kembara Bumi Anbiya, dan semalam hany jumpa vcd tu. tapi malangnya, vcd tu dah rosak!
Ika, sokong cadangan ika...kita usahakan dvd! :)

rindunya pd kenangan itu!

kenangan yg cukup manis. banyak lagi kan? tak terungkap dgn kata2...manis dan indahnya waktu itu.

1. tidur sambil minum dgn disuap oleh kak sarah dalam kapal terbang dr mesia ke jordan (glamer masa tu psl tidur mati...letih kerja keras siangnya sbl bertolak ler! :D)
2. makan eskrem kat makkah, yg pak arab jual depan hotel kiter.
3. tawaf dan sa'ie sama-sama :).
4. gilir2 bukak quran dgn adik-beradik dcba...lepas tu carik terjemahan quran. ehehe...ingat sebab aper? :)
5. melawat King Fahd Quran Printing Complex & shoping kurma di pasar kurma. Ika, aren't you the one who join me to travel to london while briefing at King Fahd Quran Printing Complex tu?
6. rindunyer pd halaqah an-nur di masjidinnabawi & masjidilharam dgn kak fari!!!
6. pihak spek aina sampai nak patah! :D
7. tarik selimut jie biar dia kesejukan malam2 (nih adegan kejam nih)
8. berebut puding karamel kat hotel dgn siti
9. tengok ika jadi model iklan lumpur Laut Mati ...ekekek
10. berhimpit-himpit solat dalam raudhah dgn jie, siti dan ika. dan jie pula confius dapat tak solat dalam raudhah waktu kunjungan kali pertama di pagi hari. iyer-iyer hany yakinkan dia...walaupun hany pun rasa jek. tapi, alhamdulillah...memang benar ruang antara tiang ke-3 & ke-4 tu masih dalam raudhah.
10. dapat hadiah sejarah biru yg besar tu, thanks siti & jie! only you know why :)
11. hany sambut besday yg ke-21, 7th october di 3 negara. 12 tgh malam di makkah, 6 pagi di madinah (arab saudi). 9 pagi di jordan. dan kol baper ntah singgah kat qatar (transit)...fuh sejarah sungguh!
ika (adik 5 hari), indah sungguh hadiah itu kan? :)

moga ukhuwah yg terjalin akan kekal dan menjadi sahabat dunia akhirat. dan iman kita yg yazeed wa yanqus ini akan terpelihara sebagaimana terpeliharanya kenangan itu dalam memori manis milik kita semua :)

Najmuddin Yusoff said...

kak iena,

special invitation for you:

http://www.adinda05.cjb.net/KAK%20IENA

:)

ZurratulAin said...

alamak sori la ct,aku baru baca blog ko arinih.. xdpt nak support ko part teke meneke tuh..

tapi bile baca psl yg gayut dlm simut tuh mmg aku tingat kat sikonit kombar si jie nih.. mmg ko la HANY.. aku takkan lupe smp bile2.. hahah.. nak2 dia pon cam dah own up je.. terus2 defend diri sendiri.. haha.. lg satu part aku igt smp bile2, yg hany tido tak hengat dunia dlm flight.. kak sarah kejut, suapkan fresh orange kat dia.. pastu dia samb tido balik, ignore je food dia.. bile food sumer dah kene amik baru sebok kata lapa..klakar la hany..

betul kata org, bile travel bersama, kite dpt tgk true color masing.. aku dah tau true color hany.. :p

waa.. how i miss those good old days kat sana.. so wanna go there again, with you guys kalo bleh.. thinking of it buatkan aku rasa terkinja2 nak gi sana lagi.. jum korang!!!!!

btw, ko sayang aku ct? betul? biar benar.. tak sangka ko sayang aku kan.. :p

ZurratulAin said...

my cd pon rosak gak.. ada tak sesapa yg cd dia masih elok.. nak pinjam, bleh burn utk hany skali..

btw, by any chance, ada sesapa tak jumpe aku nye negative filem.. ada 11 role... went missing.. dunno where.. seingat aku ada pinjamkan kat somebody (dcba'ian la) tp tak igt sapa..

IeNa said...

Aaaa Mudin, comelnyaaa awak, buat kad jemputan khas utk akak, aaa..sayang awak, sungguh!! :)

Moga berbahagia dunia akhirat akak doakan untuk awak dan Walida, seronok sungguh akak! :D

Barakallahu fiik sbb ingat kat akak ek :)

Aina, aku sayang ko tau, ingat lagi kita pi beli tudung sesama waktu kat Mekah bersama Sam dan Halim seingat aku, kecoh betul hehe.

Hany, belum org lain guess dah jawab soalan saya nampak? hehe, seperti saya cakap, saper makan gula, dialah rasa manisnya ekeke.

Ingat lagi waktu solat kat raudhah, selipar Ain hilang, ingatkan dia ambil sendiri dlm my karung, rupanya ada org ambil sampai dia balik hotel pakai stokin jek. Kesian betul. And lastly, my biggest & terrible experience kat Madinah, my purse tertinggal kat hotel waktu kita semua dah bertolak ke Mekah, Zainal senyum kambing jek biler me bagitau purse tertinggal, tak pasal2 bas berpatah balik semula ke hotel kekeke.

Kenangan yang best sungguh!

Oo yer, ada sesaper ingat tak Hany bersilat waktu kita kejutkan dia utk solat Asar kat Madinah? Liat giler nak bangun, siap tendang Aina ker Jie kot waktu kejutkan dia tuh, mimpi tgh bersilat kot Hany time tuh keke.

Hehe, funny funny :D

Hany FF said...

weiii siti...part besilat pun masuk ke? akakakakak...tak aci!!!

yeah aina, u r rite. i miss u all, and if there is a journey i'll vote for u all to be with! :)

siti, tolong burnkan CD DCBA yg masih elok dlm simpanan siti tu pd makcik-makcik kempunan nih (hany & aina)...hehe..TQs
:D

gudbye..nak kelik klate doh nihs.
today i take half day lah! :D

IeNa said...

my CD was not i good condition also, Wan Anuar pinjam another CD and tak pulang2 sampai ke hari ni, mana ler pokcik sorang tu letakkan agaknya hehe.

Nanti balik kelate, kim salam ngan ummi zainal sekeluarga, ada rezeki ke kenduri Mudin nanti, boleh jumpa ler kot insya Allah :)

Anonymous said...

Wah, banyak betul pengalaman2 menarik ye. Ada yg telefon bawah selimut la. Bersilat pun ada??!!! hehe.

Seronoknya boleh refresh balik kenangan silam. Teringin nak tgk siri tu lagi. Tak bolehke suruh astro tayang balik. Ataupun jual le cd ke dvd tu kat saya.

Anyway, semalam ntv7 ada tayangkan "Hajj: Journey of a lifetime" lebih kurang jam 10a.m. Memang hebat. Rindunya lambaian Kaabah.

IeNa said...

Yasser, you had watched that series? masya Allah, i watched the same thing during Raya Haji yang lepas.

Senyap-senyap menangis depan TV,rindu sungguh nak pergi ke sana lagi.The journalist has said that initially she just wanted to go there due to her duty to report whatever is going down there only, but when she was there, she realized that going there was not meant for duty merely, but also to perform ibadah, and how lucky she was sbb dia menghayati ibadahnya di sana :)

Kami ada VCD Kembara Bumi Anbiya' tu actually, tapi kebanyakannya dah rosak and tersekat-sekat, terpaksa tanya pihak MMU lagi kalau mereka nak keluarkan DVD, tapi seingat saya, Ika pernah cakap harganya mencecah RM 200. Tak pasti, kita tunggu Ika balik dr Penang k :)

ieka said...

siti, you are too flattering.. :P I am not that patience.. hahha but sebenarnyer aku takdeler memendam sgt..well, i guess u know me. if aku boleh tahan mmg tahan lagi, but if cannot stand it anymore..i blow everything up and down kan..

sebenarnyer, of all tu 2 perkara je yg aku irritated kat ko:P :
1) Masa kat Mesir aku tgh tidur ade org tepon ko, and since aku tido sebelah tpon aku la kena angkat tepon tu.. Then, ko plak tepon tarik2 wayar tepon tu atas muka aku... masa tu, err ..tapi kite tukar tempat kan:P
2) Masa ko tertinggal purse tu menyebabkan kami kurang 20 minit nak beli-belah kat pasar kurma..eii masa tu nak ckp kat ko, ape kate kalau ko tinggalkan aje purse tu..ahhaha tapi tak sampai ati ler:p

paling aku tak lupe ialah ko lah org pertama yg dpt pelukan aku paling kuat (cerite naik unta la ni kan..tetibe unta kite melonjak naik..akakka)

err, after all..masa aku sakit pun ko masakkan bubur utk aku kan;) thanx a lot:)

p/s: aina aku pun sayang kat ko aina..akakkaka:p

ieka said...

err..lupe plak nak ckp..

eppi belated besday brader tajul.. ops, i mean..tuan hj tajul:P