Assalamualaikum wbt,
Semalam mengambil urgent leave, sbb bebetul rasa tak larat nak bangun pegi ofis since malam sebelumnya hanya tidur 2 jam utk prepare exam pada pagi Ahad.
Paper kali ini rasanya satu kelas tak bersedia, cuba bayangkan pada pukul 3 pagi, my phone rang for 3 4 times sbb classmates telefon tanya itu dan ini.Sadis sadis.
Selepas exam, balik rumah ingat nak terus qadha tidur, tapi ada tetamu datang, tak manis ler pulak utk tidur. Tahan jer mata sampai dah nak Maghrib baru tetamu pulang. Ended up me get to sleep pukul 11 malam, the next day tak larat nak bangun.
Sepanjang hari di rumah, kemas itu ini, memasak utk lunch and dinner (huhu, rasa bangga pulak sbb me mmg jarang masak kat umah, balik2 jer mmg makanan dah tersedia :D), pastu tgk TV instead of baca buku or whatsoever.Nani my younger sis asyik tanya mcm mana nak buat aacount ni and itu.Dia tgh takut skang ni sbb akan sit SPM tahun ni, kekadang marah jugak ngan dia nih,last year byk main hoki and bola jaring for her school sampai tak dpt nak catch up syllabus,skang dah tak reti camner nak buat.
Me yg dah lama tinggalkan basic account boleh jugak ler membantu walaupun ada lupa2 sket pasal format etc, nasib baik my younger bro yg balik praktikal dari UUM byk ajar dia. Kekadang before ajar dia tu, sajer jek nag dia before ajar, nasib baik dia ni jenis bukan cepat menangis mcm kakak dia Ira, lepas kena marah pun bleh muka selamba tanya "Angah, ni mcm mana nak buat? Nani tak tau..", tergelak dibuatnya kekadang, kita tgh memarah ni dia boleh buat muka selamba dia jek. Hehe.
My younger bro Ili byk buat kejutan to me sejak dia balik rumah dr UKM ni, dia extend satu semester utk satu subject yang dia dpt result teruk sbb dia demam teruk for viral fever dulu.Takpelah, extend satu semester jer. Best jugak dia berada di rumah. Mmg me terkejut sgt2 biler tgk dia memasak di rumah.Terkedu habis. "Ili masak?!, biar betul adik aku nih!".
Terkejut sbb dulu dia adalah seorang adik yang mmg menganggap kerje memasak, mengemas rumah, membasuh pinggan tu adalah kerja2 perempuan, walaupun my father used to do all those chores especially memasak. My father is no 1 in cooking for me.Dulu kecil2 selalu gaduh dgn Ili sbb dia tak nak buat keje2 tu, katanya tu sumer keje perempuan. Tapi biler tgk dia memasak, sedap pulak tuh,mmg tak tau nak kata apa dlm hati.Ingatkan dia memasak sekali jer, rupanya my mum kalau tak sempat memasak dinner sbb nak pergi mengajar di surau, she will ask Ili to cook, and he did!Waaa, kagumnya ngan adik sorang nih. Alhamdulillah, his experience belajar di UKM byk mengajar dia mcm mana nak uruskan hal2 rumah, sampai my youngest sis mengusik, "Abg Ili ni actually tgh practice ni Ngah, nak kahwin ler katakan lepas study ni, hoho".
Semalam kami memasak sama-sama,tgh makan tu sempat tanya dia, mana dia belajar memasak and selalu ker dia masak kat umah sewa dia dulu. Dia kata mmg tetiap hari memsak kecuali time exam sbb mmg jimat kalau masak sendiri. Derang ada giliran utk memasak, and dia selalu komen kawan dia kalau memasak macam rupa tak nak masak. So i asked him, mcm mana memasak mcm tak nak masak tu, dia kata let say mcm lauk asam pedas tu, kalau kawan dia tak goreng dulu ikan tu before masukkan dlm gulai asam pedas, kiranya pemalas ler tu. Erkkk..me kalau masak asam pedas pun tak goreng ikan, masuk je ler terus dlm gulai sbb mmg itu yg diajar oleh my mum, boleh pulak my brother kata tu keje org malas. Sabar je ler,pasni kena be careful kalau nak memasak kat umah, skang ni dah ada chef lelaki yg rajin mengomen masakan org kat umah huhu.
Supposedly today i'm on leave, tapi tak sanggup nak duduk kat rumah sbb asyik makan jek, tak tau apsal asyik rasa lapar jer. Agaknya sbb badan dan otak tgh relax, takde bende yg nak dikejar mcm kalau kita keje kat office nak siapkan itu ini sampai kekadang rasa tak nak makan sbb nak siapkan keje, kat umah semalam my keje mmg asyik makan jer. Tak sanggup rasa mcm tu lagi, pagi ni bersiap ler jugak nak pi keje, nak update meeting for Fraud MCM, pastu nak ke library KLSE depan office ni utk study Finance hehe.
This morning bangun awal giler, kol 4 pagi dah duduk depan meja study Finance sambil buka radio IKIM. Allah, lamanya tak dgr zikrullah when i used to listen biler ke kelas Arabic dulu. I has decided to resume my Arabic study next semester, i'm dying to finish the course actually. Rindu giler rasanya. Lagipun alhamdulillah, my new job dah banyak concentrate pada keje2 dlm office berbanding dulu, lebih mencabar tapi lebih byk memberikan ruang dan flexibility to me.After 2 years, yup, after 2 years waiting for a job that relates to Accounting, and now i get more than i want initially. I'm doing the business planning and reporting currently, and that's more exciting to me since it will test my capability in deciding direction of my division,together with all my high management of course.Kekadang rasa menyesal naper ler dulu waktu report duty to Telekom and ketika dalam proses pembahagian placement, i didn't request to go for Financial and Management Analysis (FMA), sbb time tu takut susah nak buat since kat MMU dulu, subject analysis ni mmg mcm susah sket, kalau terima dulu, sure i'm in Finance Division skang ni, mungkin tgh buat ACCA instead of MBA utk kejar title Chartered Accountant hehe, tapi apa pun, i should be grateful sbb for whatever pun, Allah has decides the best for me. Mungkin kalau me was being placed in Finance Division at the first place dulu, i won't learn about most of operational parts in TM, won't have the chance to travel around Malaysia, won't have the opportunity to befriended with my best officemates in FMD here that had taught me so many things about life, and perhaps i dun have the opportunity to be the business planner here. I like do planning,suka buat keje2 yg memerlukan pk pk ni, otak rasanya berjalan jer and tak stagnant,and banyak perkara baru yang kita belajar instead of operational job semata-mata. After this, my target is to jump into Internal Audit or Finance Division if i have the chance within next 4 to 5 years since i have experience in handling fraud which suites to Audit requirements, and business and budget planning for Finance, insya Allah. Mana tahu next 15 yrs leh jadi BOD Telekom ,kan?Hehe, berangan jer yer Zurina nih ;)
Hanya terdapat dua jalan sahaja yang terbentang di hadapan setiap manusia. Satu darinya ialah jalan yang mana penghujungnya ialah (keredhaan) Allah swt. Penghujung bagi jalan yang satu lagi ialah kehancuran dan penyesalan. Tidak ada jalan lain yang dapat dipilih oleh setiap insan untuk dilaluinya selain dari dua jalan ini.
Muqaddimah buku Melangkah ke Jalan Menuju Allah by Abu Muaz, London.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment