Tuesday, July 26, 2005

Anugerah dari Dia

Assalamualaikum wbt,


If Allah loves people He puts them to trial, He tests them and places them in difficulty. Allah the Exalted states in Surah Baqarah : We will test you with something of fear, and hunger and loss of wealth, and souls and vegetation. And give glad tidings to those who have patience. Those who if in any difficulty or trial, or tribulation occurs to them or happens to them, they say: ˜Verily We are from Allah and to Allah we return.They are those who will receive prayers from their Lord and Mercy and it is those who are guided.


Saya tidak tahu untuk memujuk mereka-mereka yang pernah atau sedang merasa sedih kerana kehilangan, tapi saya tahu kehilangan seseorang/sesuatu yang disayang adalah perit.

Teringat saya kata-kata ustaz Zul ketika berprogram di Cameron Highland bercerita mengenai seorang ustaz sufi yang berdarah kakinya tetapi dia hanya membiarkan lukanya begitu sahaja.

Apabila ditanya oleh anak muridnya mengapa tidak berubat, jawabnya..

"Apa sahaja yang datang dari Kekasih adalah hadiah"

Tidak kira yang datang adalah berbentuk cubaan atau rahmah, wajiblah kita mengimani bahawa sesuatu yang berlaku itu adalah qadha' dan qadar Allah yang telah ditentukan ke atas diri kita.

Bukan mudah untuk menerima ujian perit, sedangkan jari terluka dihiris pun lidah hampir2 rasa nak curse, tak pun rasa nak baling pisau tu kat memana, inikan pulak ujian yang lebih berat dr itu.

Tapi perlu sentiasa diingat:

Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan:"Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta.

dan

Surah Al-Baqarah ayat 286

Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.

Wahai saudara-saudaraku, tidaklah layak saya berkata sebegini rupa kerana saya sendiri tidak tahu di mana kedudukan saya di depan Allah, tapi ingin sangat-sangat saya menyeru untuk bersabar kerana sabar itu adalah penghapus dosa dan penambah cinta al Rabb kepada kita.

Senyum dalam duka itu payah, bukan? Tapi saya percaya semua sudah merasa, cuma 'weightage'nya sahaja berbeza.

Perlu bersyukur atas segala nikmah/cubaan yang diterima.

Bukankah semuanya anugerah dari Kekasih Yang Abadi?

:)

Wassalam

No comments: