Wednesday, December 14, 2005

ALLAHUMMA

Assalamualaikum wbt,

:)

Memula ingat nak tukar playlist blog ni ke lagu terbaru Sami Yusuf "My Ummah", tapi kalau compare dgn bacaan Quran sedia ada, terasa lebih menenangkan hati, better stick to the existing one :)

:)

Tak tahu apa yang nak diceritakan sekarang ini sebenarnya.

Cuma satu yang ingin dibawa untuk tujuan peringatan saya sendiri sebenarnya.

Apabila diri dikuasai nafsu, amat mudah kita terjerumus di dalam dosa, tak kiralah sama ada ia kecil atau pun tidak.

Sukar untuk pelihara hawa nafsu ini, kecuali dengan bermujahadah dengan sekuat-kuat hati.

Kuatkah hati kita sekarang untuk bermujahadah?

Bagi mereka yang sudah sedia kuat, alhamdulillah..perkasakan lagi sifat mujahadah antum. Mana yang masih belum termasuk diri saya yang mmg cepat terpesong fokus ni, mari kita sama-sama usaha ke arah tujuan itu.

Biarlah kita bermujahadah untuk menjadi insan cemerlang dunia akhirat, untuk menjadi hamba kesayangan Allah dan moga menjadi sebutan makhluk di langit dan di muka bumi ini.

Saya pun tak tahu saya sendiri boleh sampai ke tahap itu atau pun tidak.

Tapi apa pun, kita kena usaha juga,kan sedaya mungkin?

:)

Mengundur diri dahulu, moga berjumpa di lembaran yang lain.

"ALLAHUMMA".... :)

2 comments:

Anonymous said...

Kak Iena, mmg best la lagu tuh... tangkap air mata laa.. nk tiru jugak la ek

IeNa said...

bleh, no problemo nad, sila sila :)