Friday, April 29, 2005

Hanya untuk menyelesaikan misi

Assalamualaikum wbt,

Dari pagi tidak dapat menjenguk blog ini, kerana seharian di dalam bilik meeting bermesyuarat.

Tapi alhamdulillah, masa dipergunakan untuk bekerja, dari membuang masa entah ke mana-mana. Hari ini kami meraikan 2 anggota yang saya sudah anggap ibu ketiga dan kakak saya sepanjang saya bekerja di TM ini selama 2 tahun. Kak Awie dan Kak Maznah mengambil skim VSS, dan hari ini kami raikan dengan Shakeys, KFC dan A&W untuk majlis perpisahan pada hari terakhir mereka berada di sini.

Sedih dengan kehilangan mereka, tapi apa pun, kita kena bersedia dan menerima hakikat, tidak selamanya kita akan bersama dengan seseorang itu. Kenangan manis bersama mereka akan sentiasa tersemat di hati, insya Allah :)

Pagi tadi adik sudah menelefon memberitahu dia akan kembali dari UM, sibuk berceloteh ttg projek Masternya yang tersalah proses dan sebagainya. Malam ni dia mem'book' saya dan adik-adik lain untuk bermain dgnnya Scrabble yang katanya baru dibeli. Size giant katanya, pasti kami sekeluarga akan bermain tak ingat TV malam ni, hehe. Pengalaman bermain Scrabble dengan ayah pertama kali dahulu menyaksikan ayah tidak berpuas hati atas kekalahannya menyebabkan dia mengajak kami bermain sehingga 3 kali pusingan di mana ketiga-tiga pusingan pun ayah masih kalah, rasanya malam ini perkara yang sama akan berulang lagi :D

Rancangan saya esok?

Saya dan adik akan ke PWTC Book Fair, ingin mencari sebuah buku idaman seorang sahabat karib yang sudah berubah menjadi 'typical woman' lately, maka bukunya pun berciri-cirikan sifat terbarunya sekarang ini. Takpe, saya faham peningkatan usia dan tahap kematangan seseorang akan merubah kita menjadi insan lain yang tak pernah terimpikan kadang-kadang, and i think the same thing is happening to my bestfriend ni juga, err err, betul ker Miss X-File? (sajek jek tak nak reveal saper hehe).

Malamnya selepas kelas, saya dan bestfriend akan memenuhi jemputan adik kami Mudin, masih kurang jelas untuk apa dan sebagainya. Tapi yang pasti, bestfriend saya sudah excited mahu mendapat hadiahnya dr Mudin kerana berjaya menyelesaikan satu teka-teki :)

Untuk my ex-Presiden dan juga sahabat terapat, Bro Zainal Badri Mustafar, selamat hari lahir, moga anta dimurahkan rezeki, dikurniakan rahmat Allah dan semoga berbahagia dunia akhirat bersama Hany dan Nufayl.Kek takde ker utk kitorang bekas-bekas anak buah ni? Kalau ada passkan kat Hany ek ;P

Untuk Aina, jgn bersedih di Seremban sana, jika tiada aral melintang, i'll visit you there bulan 6 ni, insya Allah. Jangan nangis2 kat sana ek :)


Saya mengambil puisi ini dari blog adik kesayangan saya Azrin, kerana saya suka dengan mesejnya.

Jika hari ini kita di sini,
Esok belum di tentukan lagi,
Jika hari ini kita di hormati,
Manakan tahu esok di benci

Keindahan hidup yang di impi,
Tak secerah mentari pagi,
Kita hanya seorang insani,
Punya perasaan juga naluri
Kita di utus kedunia ini
Hanya untuk menyelesaikan misi

Hidup ini hanya sementara
Usahlah kita bermuram durja
Capailah apa di depan mata
Dunia bukan milik kita
Walau kita di benci di hina
Kita masih hambaNya
Kita di utus untuk melaksana
Dia yang menentukannya!!


Tersentap sekejap hati pabila membaca puisi ini, kita diutuskan ke dunia ini punya misi,and saya tak pasti saya dah bergerak melangkah untuk mencapai misi itu atau pun tidak.

Astaghfirullah juga, entah apa yang sering saya rungutkan sekarang, sedangkan segala yang berlaku sudah menjadi ketetapan dari dahulu lagi.

Mengapa menjadi tidak sabar dengan apa yang telah ditetapkan sedangkan dahulu kita sudah berikrar sebelum dilahirkan ke duunia untuk menjadi hamba Tuhan, dan sepatutnya kita sebagai hamba sudah patut redha dan patuh dgn apa yang sudah disandarkan di dalam agama.

Seminggu ini saya mengira masa, dan di dalam saya mengira masa itu, masih punya banyak masa yang saya kira tidak berkualiti yang saya telah pergunakan.

Saya berazam dahulu, sekiranya saya berjaya memasuki UIA, saya ingin mencari sepuas-puasnya khazanah Islam di perbendaharaan ilmunya. Hingga kini, saya hanya mampu berbuat sungguh sedikit, sedikit yang amat!

Ahh, rugi saya, rugi saya jika berterusan seperti begini.

Bantu daku Ya Allah, dalam usaha memahami syariatMu. Tanpa bantuanMu, tiada kudratku untuk melangkah.

Kasihaniku Ya Allah, kasihanilah.

12 comments:

Anonymous said...

siti...
betulkan statement.. aku tak nangis la.. bukan aku la.. baca bebtul kat blog aku tuh..jatuh la saham aku.. apa la... huhhh..

~AZK~

Najmuddin Yusoff said...

erm... tak tertunai lagi janji saya... sorry yer kak ieka. Insya Allah... hujung minggu ni saya dan Walida dah plan utk. spend masa kami hantarkan kad2 jemputan... i'll allocate a portion af my time to you also.. Insya Allah ;). tapi kan... agak2nyer hadiah ape besh utk. kak ieka yer kak iena? buku macam mana yang dia baca sekarang? :D

IeNa said...

sorry ler aina kalau aku salah interpretation hehe.

Mudin, kak ika dah start baca buku jiwang dah skang ni ekekeke (maut ler akak kalau kak ika baca nih hoho)

ieka said...

erks.. mudin and siti, are u both trying to reveal that miss X-file is actually ME? nakalnyer bebudak ni... sabar je lah aku...

btw, i am not reading such any jiwang2 book ok! buku yg ade nilai2 sastera dan realiti sahaja ok. buku cintan-cintun yg byk fantasi merepek2 bhs tu kurengler sket:P

takpe mudin take ur time.. siti, my next wish-book is a complete book about Rasulullah SAW life and practise, trying to look for it actually but not sure which one to buy. If boleh bhs malaysia so that other ppl can read it too. Any idea? Sekadar nak belajar (jalau boleh) setiap inci kehidupan Rasulullah, mana tahu ada kemampuan insha-Allah ada yg boleh diikuti, kan. :)

IeNa said...

Aku ada byk buku pasal Rasulullah , some i have lend it to Fahmee Gorgom, nak pinjam ker?

IeNa said...

err.. by the way,aku mmg tak niat nak reveal identity Miss X tu, tapi rasanya Miss X tu sendiri dah merevealkan dirinya, tul tak Mudin? :D

ieka said...

hahhah siti tipooooooooo... u better watch out whose comments first relates to 'book' and in which phrase did u mentioned about 'Miss X-File' and 'book'!!!

and i did not even speak at once ok. korang jahat, berpakat kenakan aku.. FINE FINE FINE!! we'll see one day, till that day.. FINE! :p

aaa buku2 tu kan.. bolehlah..kasi ler pinjam:)

Anonymous said...

perlulah difahami bahawa tidak ada apa2 pakatan yang berlaku antara saye dan kak iena melainkan pakatan utk. menjadikan dunia ini satu tempat yang lebih baik utk. didiami dan blog ini satu tempat yang lebih menarik utk. disurfing setiap hari...
oleh itu2, gosip2 yang berlaku adalah perencah kehidupan semata2 dan lahir dari instinct yang memang dah tahu siapa itu Miss x-File tue..
ehe.. ape ntah saye merepek ni :P

IeNa said...

Ekekek, Miss X dah mengamuk dah hoho.

Mana der kita berpakat kan Mudin, cuma ada deria rasa yang sama jek (dedua pasang Astro kat kepala, tu yg leh communicate virtually utk instinct yang sama tu hehe)

Ala, relax ler Tikot, usik2 pun marah, camner nak usha doktor ni kekeke (kenakan Ika lagi sekali :P )

Ttg buku, aku carikan mana yg ada dulu ek, yang kat Gorgom adalah buku2 pengurusan dlm Islam, adalah relate sket ttg cara pengurusan Rasulullah.

ieka said...

ya Allahhhh..

Siti Zurina Othman, sempat lagi mengenakan org. amboi mementang kali ni dpt pangkah aku sampai hangus..takpe takpe..sabar ajerler

Anonymous said...

aiyark.. akak-akak sy nih bergurau senda lagi ek... heheheh.. aler k ika... kalu tade saper2 reveal pon leh tau ler saper miss x-file tuh... dah nama nyeh best pren k iena.. rasa2nya satu mesia tahu bes preng k iena tu akak.. huhuuh... penat2 tahan gelak kat opis yg sunyi sepi nih.. huhuhuhu...

erks.. org yg dah nak kawen tuh takmo kasik kad kat mak angkat mmu dier ker? mak angkat dier dok tanya2 kat saya nih ha.. huhuuh..

IeNa said...

Hehe, bestnya Ika, dapat usik ko puas-puas hehe.

Ala, sesekali, bukannya selalu, dah ler kita selalu terpisah n tak jumpa, dgn cara ni je ler tautan ukhuwah lebih mesra, kan kan Mudin and Leli kan? Takpe kan Tikot aku pangkah ko sampai hangus kali ni, next time ko pangkah pulak aku sampai rentung ekeke :P

Saper mak angkat MMU pada org yang nak kahwin tu laili? Dia ada mak angkat MMU ker? Tak tau pong, yang akak tau mak angkat Abg Jenal jek, tak sangka org yg nak akhwin tu pun ada mak angkat MMU jugak ek? :P