Wednesday, May 11, 2005

Bekal kembara

Assalamualaikum wbt,

(1) Bekal kembara

Setiap hari, setiap detik, kita bernafas...

Dan setiap tika itu juga, sebenarnya destinasi kembara kita menuju Allah semakin hampir...

Sudah beratkah bekalan kita menuju ke dunia sana?

Berat dosa, atau berat pahala?

Istighfarlah selalu, dan peliharalah iman sentiasa.

~Pelihara kami Ya Allah, kami sering terleka dengan pesona dunia ~


(2) Rindu

Seusai solat, saya merenung gambar Kaabah yang terlekat di dinding surau.

Dalam hati "Rindunya hendak pergi dan sujud di rumahMu Ya Allah"

Kemudian terdetik lagi di hati..

"Mengapa rindukan rumah sedangkan tidak kepada Yang Empunya Rumah?"

Termalu sendiri, tidak ikhlas namanya hanya mahu khusyuk dan rindu di certain2 tempat dan tidak pula di certain2 tempat.

Allah kan sentiasa memerhatikan kita,tidak kira di mana kita berada.

:)

Wassalam.

2 comments:

sakinah said...

ALLAH dekat hanya apabila kita susah hati, bila kita dah takde tempat nak pergi, sengaja ALLAH sekat setiap penjuru agar kita berlari kembali kepadaNya...jadi sedih dan sayu akan kealpaan dan kesombongan kita sendiri kerana hanya mahukan ALLAH ketika kita betul2 tidak ada tempat lain nak mengadu...yang lagi haru..ALLAH TERIMA KITA BALIK...tanpa jemu2 mengampunkan kita...menerima dan mengabulkan do'a kita hanya kerana sifatNya YA RAHMAAN YAA RAHIIM...fabiayyialaaa irobbikumaa tukazzibaaann....

yang sedih
kak yumni

IeNa said...

Sesungguhnya manusia ini mudah alpa
dan sesungguhnya juga manusia yang bersyukur amatlah sedikit.

Moga-moga kita semua tergolong di dalam golongan hamba yang bersyukur, yang sentiasa mengingati Allah pada setiap masa dan tempat.

Syukran kak yumni 'ala tazkeerah :)