Assalamualaikum wbt,
Saya singgah ke ofis untuk membuat business and personal planning, dan mengemas meja kerja yang agak tidak terurus since seminggu yang lepas agak busy menguruskan KPI worksyop sehingga segala dokumen tidak dimasukkan ke dalam fail kerja.
Enggan untuk menunda membuat business and personal planning ke esok sebab saya pasti, saya akan mendapat migraine kerana sejak Khamis lepas sehingga semalam, migraine datang menyerang walaupun tidak ganas berikutan sedikit tekanan yang terasa di dalam mesyuarat KPI division saya, dan esok saya menjangkakan perkara yang sama akan berlaku.
Kenaikan harga diesel
Pada mulanya saya betul-betul terkejut apabila kerajaan mengumumkan kenaikan harga diesel. Seperti yang dijangkakan, ramai yang mengeluh dan membantah.
Saya juga turut bersimpati dnegan golongan-golongan yang akan menanggung beban kenaikan ini, dan pastinya tidak dapat dielakkan harga kenaikan barang akan terjadi berikutan kos pengeluaran meningkat. Siapa yang akan menanggung beban? Kita semua, sebagai pengguna.
Pak Lah menjelaskan pengurangan subsidi adalah kerana kerajaan tidak mampu menanggung kos subsidi lagi, dan selaras dengan itu mengeluarkan statement on 3 bad habits utama yang perlu dibuang untuk mewujudkan suasana produktiviti yang lebih fokus dan kompetitif, dan salah satunya adalah pengurangan kebergantungan kepada subsidi kerajaan.
Dilihat dari sudut ekonomi jangka panjang, saya bersetuju dengan pendapat Pak Lah. Untuk mendapat sesuatu, kadang-kala kita terpaksa bersusah sedikit. Bak kata orang putih, 'No pain, no gain'. Untuk mewujudkan skala produktiviti yang lebih bagus, Malaysia terpaksa resort kepada penyelesaian drastik ini untuk menjadikan Malaysia ini lebih kompetitif. Sebarang usaha niaga perlu bekerja lebih keras untuk mendapatkan untung berbanding meletakkan usaha yang tidak sepenuhnya kerana adanya subsidi kerajaan.
Dan Pak Lah juga mengambil risiko menjadi pemimpin tidak popular di arena politik dan juga negara dengan mengambil tindakan ini kerana kita pasti, imejnya akan terjejas berikutan kegagalan beliau di dalam mengawal kenaikan harga yang tidak perlu dan menyusahkan para pengguna. Beliau berani mengambil risiko ini dan tidak mengarahkan Bank Negara untuk mencetak wang yang lebih banyak untuk substitute pengurangan subsidi kerana saya yakin, dia tahu effect penambahan wang di dalam pasaran akan menyebabkan nilai RM akan menjadi lebih rendah, dan juga apabila wang banyak dikeluarkan di dalam pasaran, pengguna akan lebih banyak punya wang untuk berbelanja, menyebabkan demand ke atas barangan meningkat, seterusnya akan menghasilkan kenaikan harga barangan secara purata which will cause the inflation to happen sekiranya pengeluar barangan tidak dapat memenuhi demand pasaran. End of result, pengguna Malaysia akan lebih suffer berikutan peningkatan harga barangan secara constant walaupun tidak secara mendadak sekiranya terjadi sedemikian. Sekiranya Pak Lah gilakan populariti dan inginkan kesinambungan keyakinan rakyat ke atas kepimpinannya, pastinya dia akan mengambil langkah mencetak wang dan mengelakkan risiko ketidakpuasan hati rakyat dengan mengurangkan harga subsidi ini.
Saya setuju dengan tindakan ini, kerana saya faham economical impactnya ke atas Malaysia.
Yang saya tidak setuju, kerana statement yang menyatakan bahawa subsidi diesel sebelum ini dinikmati kebanyakannya oleh pengguna yang mampu memakai Roll Royce. Kita kena faham bahawa wealth distribution di Malaysia tidak even, 80% keuntungan dan kekayaan Malaysia ini merely dinikmati oleh 20% golongan elit. Jadi wajarkah sekiranya subsidi ini dikurangkan hanya dengan mengambil kira 20% elit ini, yang 80% rakyat marhaen ini tidak pula?
Sekiranya economic wealth distribution of Malaysia ini seimbang dan kekayaan Malaysia ini dikongsi sama rata, 100% elimination of subsidy pun takpe, kita terima. Kita mempersoalkan mengapa tiada keseimbangan di dalam wealth distribution di Malaysia, mengapa kekayaan hanya dinikmati oleh segolongan rakyat dan yang selebihnya hanya mendapat picisan, dan kemudian sebarang economical decisions yang diambil oleh kerajaan tidak mengambil kira maslahah golongan 80% ini? Untuk mempersalahkan Pak Lah, saya kira tidak wajar kerana saya terjumpa satu kata-kata yang saya baca di Kinokuniya semalam 'Hasil yang terjadi pada hari ini adalah disebabkan formulasi polisi pada 30 tahun yang lepas' (translate dlm BM sbb lupa yang Englishnya).
Saya berbincang dengan salah seorang sahabat sekuliah yang bekerja di Lembaga Hasil, bertanya mengapa sekarang ini subsidi kerajaan dikurangkan, termasuk subsidi education (lecturers saya di UIA sudah memberitahu kami tahun lepas bahawa beberapa tahun lagi kerajaan akan menamatkan subsidi pelajaran ke semua IPT) dan yang paling teruk, subsidi kesihatan sedangkan kedua aspek ini adalah perkara basic necessities? Saya betul-betul tidak bersetuju bantuan subsidi dikurangkan untuk kedua-dua aspek ini.
Sahabat saya menjawab 'Kerajaan tidak ada duit kerana banyak terlibat dengan projek-projek mega dahulu'.
Katanya, kerajaan tidak berfikir panjang dahulu sebelum resort kepada projek-projek mega, dan kini kita menerima akibatnya. Tidak salah untuk resort kepada projek-projek tersebut, tapi jangan sampaikan bebankan rakyat.
Dan kini saya terfikir, apakah Pak Lah boleh mengurangkan perbezaan hasil pendapatan golongan elit seramai 20% dengan golongan biasa 80% bakinya?
Apakah keadaan yang berlaku sekarang ini adalah disebabkan praktis sistem kapital yang Malaysia praktiskan, atau ada sebab-sebab lain? Yang pastinya, rasuah menjadi salah satu faktor ketidakseimbangan pengagihan hasil negara. Kronisme? Tidak perlu dipertikaikan lagi.
Yang menderita siapa? Kita semua yang tidak tergolong di dalam 'chronisme ring' tersebut.
Saya harap kita akan punya golongan 'Economic and leadership Revolutionists' yang boleh membetulkan keadaan ini di dalam jangka masa 5 - 10 tahun lagi.
Saudari Ika, tidak mahu menjawat sebarang jawatan di Ministry of Finance berbekalkan degree Bachelor of Economics dan insya Allah Master anda?
Moga akan lebih ramai golongan profesional yang memahami cara pelaksanaan Islam yang sebenar untuk membuat perubahan.
Moga-moga.
Wassalam.
14 comments:
Err..did someone mentioned my name here? heheh malulah I, i am not that so good.. :)
Huiyo.. siti zurina bercakap pasal economy laa.. wahahha hebat hebat!! :D Good my friend, tak sia2 belajar susah2 econs dulu ek.. kekeke
BTW, I agreed on what u said. Mcm pernah ckp tapi tak ingat kat sape, even though kite melihat % kenaikan dlm national income but kalau melihat figure liabilities negara juga bertambah beberapa puluh billions last year (thn ni tak sempat lagi nak review statement bank negara:D). So sebenarnyer nak salahkan Pak Lah 100% pun tak boleh juga.
Baru juga berbincang dgn my brother (i mean, real brother kandung) ttg isu kenaikan diesel. Another reason can be jotted down is because (i think) the gov. want to unpegged our currency, open for "open market".
Tapi siti, if nak revise this and that peracangan dan percaturan ttg dasar ekonomi negara kena masuk Economic Planning Unit di JPM.. bukan di Ministry of Finance:) Bank Negara, Ministry of Finance dan Parlimen plak adalah badan2 yg akan membantu perlaksanaan di EPU. EPU is under JPM if i am not mistaken. Nnati kite check balik okiehs.
Assalamualaikum wbt,
Topik (Diesel) pada kali ni sangat menarik perhatian. Sebelum cerita ni basi, baik saya mencelah sikit ye. Isy, banyak kot...:)
Para1...
Kerajaan berjaya mecari scapegoat pada percaturan dia kali ini. Daripada dipersalahkan menaikkan harga diesel secara tiba2, lebih baik mempersalahkan penyagak diesel. Kononnya menjual secara haram kat negara jiran. Mungkin ada rasionalnya. Tapi rasanya benda ni (curi diesel) dah lama berlaku. Kenapa skrg baru sedar dan nak bertindak? Mengapa mesti harga petrol pun naik? Apa kena mengena dgn diesel? adakah kita juga penyangak petrol?
Para2...
Bukankah negara kita pun pengeluar minyak? One of the most successful companies in M’sia bukankah PETRONAS? Bukankah minyak kita antara yg terbaik di dunia (sweet oil type). Kalau ikut harga pasaran dunia, pernah mencecah (USD 50++/barrel). Tapi adakah kos pengeluaran juga meningkat? Setahu saya peralatan operasi masih sama. Ini bermakna secara amnya, kos operasi kekal, cuma harga jualan yg meningkat. Seterusnya, keuntungan pun berganda. Bukankan PETRONAS syarikat milik penuh kerajaan. Apa bezanya keuntungan PETRONAS, bukankah keuntungan negara jugak?:)
Para3...
Jadi tak bolehka guna konsep win-win situation? Kerajaan bagi subsidi dan galakkan
industri kecil/sederhana/berat, sebab byk machines/vehicles pakai diesel Boleh dapat balik melalui tax apa? Atau adakah rakyat yg dok subsidize kerajaan utk menampung perbelanjaan pentadbiran negara buat masa skrg?:-D Saya faham, memang negara kita tak keluar lg dpd masalah ekonomi. Tapi mesti ada cara utk mengatasi. Jgnlah rakyat yg diperjudikan. Mengapa petrol?….:)
Para4...
Tapi sebagai rakyat, saya ada hak utk mempertikaikan keputusan ni. Sebab pendapatan peribadi tak meningkat, tapi perbelanjaan terus naik. Secara perbandingan, kalau di UK, pendapatan eksekutif secara kasar katalah 1,000 Pound Sterling sebulan. Tapi harga minyak seliter di sana skrg ±83.9 pence. Kalau di M’sia, katakan pendapatan lebih kurang RM1,000, tapi harga minyak 1.52 sen/liter. Jadi apa rasionalnya kalau nak compare harga seliter petrol di UK 83.9p/litre = RM 5.87/liter (assume 1 Pound = RM7.00) Memangla comparatively minyak kita nampak murah, but not collectively. Maksud saya perbezaan antara pendapatan individu dgn perbelanjaan petrol…:)
Para5...
Kesimpulannya, sebelum mengambil tindakan, saya pasti kerajaan (esp. Dato'Shafiee Afdal) dah fikir semasak2nya. Kesan thdp ekonomi secara spesifiknya dan reaksi rakyat secara amnya (khasnya pembangkang). Pengalaman lalu dah byk mengajar kerajaan. Pada masa yg sama, memang harga petrol di UK pun meningkat dan harga diesel memang lagi tinggi dpd petrol (±87.9 pence/litre). Kenapa tak improve saja public transport kita dgn serious? Atau POROTON ada kepentingan?:)
Para6...
Maafye ini hanyalah pendapat peribadi semata-mata. Takde kena mengena dgn politik. Saya sgt tak berpuas hati sbb tak pasal2 je kos hidup pun meningkat. Takde saluran lepaskan geram dan dapatkan jawapan kenapa. Sebab perang Iraqke? Atau angkara yahudi? atau kelemahan sistem kapitalis tu sendiri? Saya bukanlah arif sgt pasal ekonomi, tapi hanya pemikiran logik saja. Mungkin saudara/saudari sekalian lebih pakar. Maka beri tunjuk ajarlah kat saya. Apapun kerajaan mungkin lebih mengetahui, sbb mereka lebih arif dlm urusan pentadbiran negara.:) Wallahulam
Tikot, sorry, Economic Planning Unit actually yg aku maksudkan, tapi aku tak tau dia kat kementerian mana, so aku assume MOF ler hehe.
Panjangnya ulasan Bro Yasser, syukran jazeelan :)
Mengulas ttg sistem ekonomi Malaysia,tak berapa pasti the effectiveness of capitalisme approach yg Malaysia guna, Ika lebih arif mengenai pekara ni since dia grad Econs :D
Juga tidak dapat mengulas dan membuat perbandingan sistem ekonomi Islam sebab belum pernah mengkaji lagi walaupun ada buku di rumah (ni namanya x reti nak full utilize resources sedia ada hehe).
I think kalau nak buat comparison secara adil, we have to compare with other countries in terms of GDP and standard of living. If our economy is booming and the price level naik, it is justified for me. Tapi dalam keadaan sekarang, is it justified or not?
And yeah, we are among the main oil producers with very good quality oil, and yet we still have to bear the price increase?
Secara logic, kalau supply banyak, sepatutnya harga turun, but what we saw was the contrast.
Ironinya ialah initially the reason of tight control of diesel is actually to control the illegal smuggling of diesel to corporates. And what is the outcome?
Price increment of diesel and petrol, of which i think they should resort to the contrast since price decrement will lessen the smuggling activities.
Such an ironic :)
And Ika, betul, hutang negara kita bertambah i think more than 100% especially ketika ex PM turun. Mengapa hutang negara naik? And ke mana hasilnya investment negara selama ini, who are the main benefits recipients of all these and how many of them actually?
Why there must be high increment of hutang negara at the first place?If investment negara tidak berjaya, siapa yang patut accountable?
Now Pak Lah is struggling to reduce the budget deficit, walaupun sebenarnya punya budget deficit bukanlah satu indicator buruk pada economics situations especially kalau dalam recession. We'll see what will be his next steps to reduce the deficit nanti, hopefully tak banyak government spending diturunkan, kalau tidak, economics development akan sedikit terjejas.
And we dun want those important expenditures eg welfare and educations budget will be slashed out dgn banyaknya sehingga membebankan rakyat.
So many things to ponder eh? ;)
Yasser, Siti.. Kalau nak discuss dr sudut ekonomi, byk juga yg kite boleh masukkan. Insha-Allah i will try to review nanti.
Tapikan, sebenarnyer sbb kite byk gunekan sistem kapitalis dlm kewangan negara tu pun adalah salah satu reason juga kenaikan2 semua ni berlaku. :) Termasuk salah satu sebab kenaikan harga brg keperluan ialah mengelakkan berlakunyer kembali peristiwa di thn 1998- Asia Tenggara mengalami deficit, Indonesia + Thailand+ Filifina inflasi yg teruk... kali ni kalau tak jaga, malaysia akan alami inflasi yg teruk..
I am not a politician, not into politic as well. But mmg sbg rakyat marhein, sewajarnyer kalau mengeluh dgn byk perkara yg kite kena bayar...
Nak serapkan konsep ekonomi Islam? :) Baru je beberapa hari yg lepas keluar statement :"M'sia will not become Islamic State:PM" dlm The Sun.. I just don't understand, I can't understand.. or maybe I unconciously understood, but regretted my understanding..
(Siti, ingat statement one sister during our visit + dialogue in year 2000 with prev. PM in Sri Perdana? Remember she asked this question: We don't ask the government to establish and annouce Malaysia as an Islamic Country. But all we want is that possible for you to put/include this Islamic practice (practise) inside Malaysia regulations?. And I feel like this is what i want to throw to the desk of our current..Leader?)
Tikot,
How capital system could affect our economy ek? Blur sket.
And one more thing, how come kenaikan harga barang adalah utk mengelakkan inflasi? Bukan ker inflasi adalah disebabkan kenaikan price level dlm market? And kenapa kenapa terdapat kenaikan dlm price level skang ni?
Supply tak cukup?
wahhh itu kena buat buku teks ekonomi balik tu siti.. ahhaha hmm, actually yg byk praktis kat dunia ni sekarang adalah konsep Government Intervention (Keynessian) and Free Market (Lupe dah sape pelopor pemikir ekonomi free market).. Yg kite byk ikut sekarang ialah Keynessian (betul ke ek ejaan die..lupe plaks).
Kire2 lebih kurang mcm peratus interest la siti, if you pay now future interest akan kurang. if u pay later, future interest akan bertambah. aaa tak sempat nak explain sekarang..nantiler daku bercerita ok:P
Assalamualaikum wbt,
Meurujuk artikel di suratkhabar Utusan M’sia (m/s10) dan B.harian (m/s12) bertarikh 10/5/05, tulisan Dato’ Mustapha Mohamed. Maka dapatlah sedikit sebanyak menyelesaikan persoalan kita semua. Dengan harapan, kerajaan betul-betul ikhlas membantu rakyat dlm meningkatkan taraf ekonomi.
Mungkin juga segala permasalahan ini berpunca dpd sistem pasaran terbuka yg menjemput spekulator untuk menentukan nilai matawang kita? Kalau nilai matawang boleh berubah-ubah, maka segala harga barangan jualan/dagangan tiada ketetapan. Kembalilah kpd sistem emas. Mungkin banyak manfaatnya.
Persoalannya dalam mengejar kemajuan, janganlah ambil jalan mudah dan membebankan rakyat. Apalah sangat kemajuan dunia ini nak dibandingkan dgn akhirat.
“Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan pergantian siang dan malam terdapat (tanda-tanda kebesaran Allah) bagi orang-orang yang memiliki akal.” (QS. Ali Imran: 190)
Jika siang ibarat zaman kemuncak, jgnlah lupa kpd yg lemah. Kalau malam dianggap era kejatuhan, jangan la sanggup melakukan apa saja untuk mencapai matlamat. Tak belajarkah kita dpd Kaum A’ad, Tsamud, dan juga Firaun...
Sural al-Fajr (ayat 6-13)
6. Apakah kamu tidak memeperhatikan bagaimana Tuhanmu berbuat terhadap kaum A’ad?
7. (Iaitu) penduduk Iram yang mempunyai bangunan yang tinggi
8. Yang belum pernah dibangun (suatu kota) seperti itu, di negeri-negeri lain.
9. Dan kaum Tsamud yang memotong batu-batu yang besar di lembah
10. Dan kaum Fir’aun yang mempunyai pasak-pasak (tentera yang banyak)
11. Yang berbuat sewenang-wenangnya dalam negerinya.
12. Lalu mereka berbuat banyak kerosakan dalam negeri itu
13. Kerana itu Tuhanmu menimpakan kepada mereka cemeti azab.
...Wallahualam.
Hmm, Yasser menyentuh ttg sistem emas :)
Saya sedang membuat assignment on Gold Dinar untuk subject Finance saya which to be presented next week.
Secara kasar, implementation Gold Dinar banyak bawa manfaat pada negara2 Islam.Bagaimana? Saya tak boleh nak listkan di sini, yang pasti byk manfaatnya. Salah satu kesan ialah utk mengelakkan spekulasi wang dan kejatuhan matawang seperti yang kita alami pada 1997 dahulu kerana nilai emas adalah lebih stabil dan konsisten:)
And kalau browse Internet on Gold Dinar, ramai org Christians reject this system sbb mereka fikir ini adalah salah satu cara utk org Islam revenge ke atas mereka, dan juga menggalakkan terrorisme.
Kalau saya dah siap assignment ni nanti, bolehlah di post ke sini, insya Allah :)
Post a Comment