Wednesday, May 25, 2005

Rebranding Nisa’ : Xpressi Nisa’

A Morning with Tok Guru,

As-shobah ma’a Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Isnin, 23 Mei lalu, dua minggu sebelum Muktamar Pas berlangsung An-Nisa’ atau sebelum ini telah dikenali dengan nama Unit Amal Nisa’ wal Banat telah membuat satu inisiatif baru untuk memesra-masyarakatkan An-Nisa’.

Unit Amal Nisa’ wal Banat yang telah diringkaskan namanya kepada An-Nisa’ pada tahun 2001 ini telah memulakan langkah dengan wajah baru An-Nisa’. Program Xpressi Nisa’, A Morning with Tok Guru adalah satu program untuk pelancaran imej baru Nisa’, logo Nisa’, dan blueprint Nisa’ oleh Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, Mursyidul Am PAS.

Bertempat di Dewan Bunga Raya, Glenmarie, Shah Alam imej baru An-Nisa’ telah dilancarkan dengan restu dan do’a oleh Tuan Guru dan ahli An-Nisa’ dan PAS sendiri.

Ketua An-Nisa’ Pusat berkata, dengan misinya untuk melahirkan generasi muda yang berilmu, berakhlak dan cintakan agama, An-Nisa’ berhasrat membuat pendekatan yang lebih mesra dan proaktif kepada golongan remaja srikandi dengan pelbagai aktiviti menarik dan mencabar. Ini menyeluruhi keperluan remaja yang dahagakan bimbingan, hiburan dan aktiviti yang selaras dengan tuntutan akhlak dan moral.

Pengarah Program Xpressi Nisa’, pula yakin dengan imej baru Nisa’ mampu menjadi satu badan yang disegani. Elemen mesra, senyum, sabar dan dedikasi adalah ciri-ciri akhlak yang akan diterapkan dalam diri remaja srikandi dan membentuk jatidiri mereka yang membudayakan budi bahasa.


Unit Kerjaya :
- membuat rangkaian kerjaya di peringkat pusat

- menyediakan ujian personaliti untuk menentukan kecenderungan kerjaya

- menyediakan latihan kursus temuduga dan keterampilan diri/imej


Unit Pembangunan Insan :

- Kemahiran Kurikulum : Taranum, Karaoke, Pasuka Kompang, Berzanji

- Ketahanan Fizikal & Jasmani : Yoga, Aerobic, Kelas Renang, Sukan
Tradisional, Explorace

- Kepimpinan & Ilmiah : Motivasi Kepimpinan, Smart Learning, Usrah, Akademi
An-Nisa’


Unit Kebajikan & Kaunseling :

- Mengumpul Pangkalan Data Ahli An-Nisa’

- Membantu Remaja Yang Memerlukan Bantuan & Nasihat

- Menyediakan Tabung Kebajikan

- Menyediakan Khidmat An-Nisa’ Careline

Sekian, terima kasih.


Update from seorang sahabiah di yahoogroup kami.

So Kak Yumni, ok ek iena dah table report (walaupun dicedok dr report orang lain :D)


Wassalam.

No comments: