Assalamualaikum wbt,
Nak war warkan ttg program 'Xpressi Nisa 2005'
KUALA LUMPUR, 12 Mei (Hrkh) - Unit Amal Nisa' Pusat akan mengadakan program 'Xpressi Nisa 2005' di Dewan Perniagaan, Glenmarie, Shah Alam pada 23 Mei bermula jam 8 pagi hingga 12.00 tenghari.
Program itu bertujuan memperkenalkan semula Nisa yang selama ini dikenali sebagai Unit Amal Nisa Wal Banat kepada masyarakat, terutama golongan remaja dengan imej dan pendekatan yang lebih mesra serta program yang bermanfaat.
Menteri Besar Kelantan, Dato' Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat akan merasmikan program tersebut. Turut dijemput Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Ustazah Kalthom Othman; Ketua Pemuda, Ketua Dewan Ulama serta AJK PAS Pusat.
Peserta program berpeluang menyertai sesi dialong bersama Dato' Tuan Guru, persembahan nasyid, pelancaran imej Nisa' serta tayangan multimedia. Bayaran akan dikenakan sebanyak RM10 sahaja.
Bagi tujuan pengesahan kehadiran, sesiapa yang berminat sila hubungi Puan Mastura (016-6737991), Puan Muna Izzat (013-3687150) atau Sofea Zakaria selaku AJK Perhubungan Awam Program (012-3021741) sebelum 17 Mei 2005.
http://muslimat.parti-pas.org/
Hmm..lamanya tak join Nisa' sejak dah buka sem baru. Kak Mas baru sajer telefon semalam while she's driving sbb dia kata dia teringat to me hehe.
I have to admit that i had skipped so many perjumpaan since most of the meetings were conducted during weekends, where i do have classes to attend.
I felt sad over here, because i know very well those people who are working very hard for Nisa'. I know they are struggling to ensure Nisa is working to facilitate those young muslimah yang ingin mengenal dan memberi sumbangan kepada Islam. I really feel a lil bit guilty for couldn't be with them much and give them support other than du'a at this moment.Just couldn't.
I am pursuing my studies, insya Allah sebagai satu cara untuk contribute kepada Islam juga in a way. I think one day i will resort becoming a lecturer instead of becoming the CEO of my own company or BOD of TM hehe (berangan jek Zurina nih!). I know what i want to do, and i hope the things i'm doing now can be counted as contribution to Islam juga.
Kak Mas is so nice, she asked me to promise that after i have completed my Master, i must get back to Nisa. She really nice as she understands how life can be hectic at certain times, especially when you are studying while working. I have to admit that at certain times, i sometimes do feel regret of taking MBA especially when it comes to pressure times, dalam hati mesti kata 'naperlaa aku rajin sgt ambil master ni, kalau tak tak payah ler penat otak nak ambil exam balik,nak kena buat assignment and project balik, mesti best lepak kat umah tgk TV ker, kuar jenjalan ker kalau tak ambil master..". Tu dalam keadaan in mid-pressure ler, kalau dah tahap superhigh pressure, akan adalah insan sorang ni menangis-nangis sbb tak tahan pressure :D. Sungguh mencabar, tak percaya tanya Rahimi, dia pernah seminggu tidur pukul 2 pagi nak siapkan assignment hehe.
Tapi itu adalah cabaran yang Allah beri, dalam usaha menuntut ilmu.
Dan cabaran saya tidaklah sehebat cabaran sahabat-sahabat saya yang lain, dan kalau dikira weightage keberatan dugaan ke atas saya berbanding yang lain, agaknya saya punya tak sampai 0.0000001% kot.
Tu pun masih nak mengeluh lagi.
Tu pun tak tahu nak bersyukur lagi.
Ok guys, jumpa di Dewan Perniagaan, Glenmarie, Shah Alam pada 23 Mei kalau ada jodoh dan rezeki kita di sana.
Hany, saya pergi insya Allah (nampak gayanya saya tak tidur malam ler seminggu ni utk siapkan laporan mesyuarat pengurusan untuk meeting next week, dan juga untuk submissions by end of this week)
Wassalam.
:)
3 comments:
Cam best aje...Anas ngan mak die nak pegi buleh ka??..:P
Aaaaa.. akak, jom jom, pastu kita leh lepak umah kak fari, nak tak?
jom aa jom aa...hany, kita singgah umah kak fari jom?
:D
iena tak datang pon :(
Post a Comment