Assalamualaikum wbt,
Kaifa haalukum? Khayr?
La'allakum bil khayr, insya Allah :)
Ana bil khayr jiddan, alhamdulillah :)
Dah lama tak update blog ni, maaf di atas ketidaksempatan masa. Baru sahaja melepasi satu exam pada Sabtu lepas, dan insya Allah ada lagi satu paper pada Sabtu yang akan datang ini.
Seminggu sebelum exam, mmg sibuk dengan project submission dan kerja2 pejabat, maka blog ini kasihan tidak berupdate.
Alhamdulillah, exam Finance was not bad. Lecturer minta jawab 5 soalan jek, saya jawab enam soalan bersekali dengan soalan bonus, 7 soalan kesemuanya saya jawab. Saya bebetul terlupa lecturer kata jawab 5 soalan jek. Takpelah, dah terbuat, nak buat camner, hehe.
Soalan bonus menyentuh ttg Gold Dinar, topik assignment saya, hentam je ler jawab, kalau dpt markah alhamdulillah, kalau tak takpe, sbb ianya soalan bonus sahaja :)
Ahad yang lepas saya, Ika, Hany ,Aida , Laili, Sok and Sarah Mamat memenuhi jemputan kakak dan abg kesayangan kami, iaitu pasangan pengantin Kak Aza and Abg Amir. Comel sgt derang, pakai baju pengantin warna pucuk pisang, tak sangka saya warna pakaian pengantin mereka sama dengan pakaian yang mereka kenakan ketika memenuhi jemputan kahwin Soosan 2 minggu lepas. Hehe, Ika mesti tak puas hati warna kegemaran dia diambil oleh Kak Aza. Dia mmg dah lama berangan nak kahwin dengan pakaian pengantin warna hijau pucuk pisang, kan Ika kan? Hehehe.
Dalam majlis tersebut saya berpeluang jumpa ramai orang yang saya dah lama tak jumpa. Saya jumpa abg2 saya di SRC dulu, Abg Keri, Abg Azril, Abg Jas, Abg Nazri, Abg Nizam..dan abg2 dan kakak2 yang pernah bekerja bersama untuk SRC dan IU dahulu. Abg Teghe, Kak Ayni, Kak Fauzan, Kak Aini wife Abg Keri, Kak Julia, Kak Kamy,segala-gala kakak yang saya dah lama tak jumpa saya jumpa di majlis tersebut.
Dan yang paling best, saya jumpa dengan adik2 yang pernah bekerjasama dengan saya ketika menjadi exco IU dulu. Ini keluarga usrah saya yang sebenar, susah payah kami bersama dulu ketika di MMU. Saya jumpa adik saya Mudin (pokcik ni mmg selalu jumpa, tak heran dah hehe), tapi saya jumpa Ise and Zarp!! Pokcik 2 orang ni mmg saya lama nak jumpa especially Ise yang dulu bekerja di Penang and sekarang sudah kembali ke Bangi. Rindu betul ngan karenah dia sorang ni. Selalu buat saya gelak, tak sangka bila dia pair ngan Mudin, lagi bertambah nakal adik saya sorang ni. Dedua bebetul kenakan saya malam tu.
Budak dua orang ni komen blog saya yang paling cacamarba, kejap sedih sgt, kejap tension sgt, kejap happy sgt. Ekekeke, saya tergelak. I think my life 2 tahun kebelakangan ni volatility level dia agak tinggi, extreme level dia melampau kadang2. Tak stabil lagi kot hehe. Kalau belajar Operation Management (paper exam yang akan saya ambil Sabtu ni), ada satu kaedah kita nak tahu samada process kita under control atau tidak. Kita namakan kaedah ini kaedah SPC.
Kaedah ini lebih kurang macam kalau kita tgk pasaran saham, kalau graphnya kejap tinggi melangit, pastu kejap-kejap menjunam, pastu naik balik, this is what we call as high volatily, kurang stabil sikit. I think my life skang ni mcm tu kot, not yet sampai tahap permanently stable. Tgklah biler boleh stabil balik mcm zaman Pre-U dulu (tak boleh nak compare zaman degree sbb zaman degree kehidupan mcm ni gak sbb busy dengan SRC dan segala mcm benda hehe), tapi apa pun, saya happy dengan kehidupan saya sekarang ni. Orang kata, high volatility, which means high risk, and dalam konsep asas Finance, high risk maksudnya high return. Saper yang tak nak high return,kan? Lagipun, high volatility menyebabkan saya tidak bosan dengan kehidupan saya, dan saya selalu aktif. And i like that, truly :)
Apa yang boleh di'conclude'kan, saya gembira dalam majlis Kak Aza yang lepas. Saya berpeluang berjumpa dengan warga MMU yang saya dah lama tak jumpa. Happy nampak pasangan pengantin gembira. Semalam saya tiba-tiba teringkat saat-saat saya di sekolah pondok di Kelantan dulu bersama Kak Aza, Hany, arwah Kak Nuun, Yati Bims dan Kak xx (isk luper pulak time ni, bebetul tak ingat). Kak Aza and arwah Kak Nuun yang bebetul jaga saya ketika saya demam teruk dek sbb mandi air perigi sejuk tahap naga kat sana sebelum Subuh. Sejuk sgt-sgt. Demam teruk saya kat sana sampai saya tak boleh nak bergerak and baring jek atas tilam, Kak Aza and Kak Nuun yang ambilkan wudhu' utk saya bersolat, pastu lumur segala asam jawa kat badan saya bagi kebah demam. Hany and Yati Bims time tu rasanya takde sebab derang kat umah Zainal sbb Yati pun demam jugak time tu.
Kat sana pengalaman best. Kami masak sendiri, waktu malam-malam buka kitab kuning yang sampai sekarang saya tak reti nak baca sbb ayat-ayat dia jenis panjang-panjang tak bernoktah. Kalau dalam satu perenggan tu, lepas habis baca 5 6 baris ayat baru leh jumpa noktah. Saya tak berapa reti nak baca kitab-kitab macam ni, so saya baca buku-buku moden sikit. Kat sana kehidupan mcm best sbb tenang, tak pk apa pun. Jadual harian kami selama seminggu di sekolah pondok:
1. Bangun pagi, pastu mandi air perigi yang sejuk tahap naga mengalahkan ais
2. Bersiap solat jemaah Subuh kat surau
3. Lepas solat subuh terus sambung kuliah pagi
4. Kol 10 baru balik pondok and buat ler apa yang nak buat sebelum masuk Zuhur (biasanya kami buka kitab and memasak yang simple-simple kejap)
5. Solat jemaah Zuhur pastu ada kuliah balik rasanya
6. Pastu balik pondok and buka kitab
7. Solat jemaah Asar
8. Solat Maghrib jemaah kat surau sampai Isyak
9. Balik lepas Isyak and buka kitab balik sambil sembang-sembang (hehe sembang-sembang privacy bercerita ttg dunia sket kekadang hoho)
10. Tidur, and kat sini first time saya tidur kena peluk dek org, terkejut dibuatnya tetengah malam tetiba ada tangan orang hinggap kat badan, tgk tgk ada sorang makcik sebelah saya dengan bestnya memeluk saya mcm peluk teddy bear kekeke (haaa..saper tuh??? baik mengaku, hehe)
So time kat pondok ni saya lebih kenal Kak Aza, Kak Nuun, Hany and Yati. Sebelum itu saya mmg tidak rapat dgn mereka. Yer ler, saya budak nakal sket dulu. Pergi kelas pun mmg hentam seluar jeans and T-shirt lengan pendek jer. Kat sekolah pondok tu ler baru belajar pakai jubah. Tu pun terasa hipokrasinya saya kerana saya tahu ketika itu saya taklah baik sgt, tak layak nak pakai pakaian orang2 baik mcm tu. And saya berterus terang dgn Kak Nuun mengatakan saya terasa hypocrite pakai jubah ketika itu, and Kak Nuun pujuk and bagi galakan suruh pakai. Balik dari sekolah pondok saya minta kawan saya buatkan tudung labuh untuk saya, and saya simpan tudung labuh tu untuk beberapa lama sebelum saya berani memakainya di kampus. Time tu betul-betul keberanian hati saya diduga, betul ker saya nak pakai tudung labuh ni? Apa kata orang nanti, malu ler nak pakai. Tapi dalam bulan Ramadhan saya kuatkan hati jugak pakai ke satu program usrah, and lepas tu saya terima message dr kawan-kawan lelaki minta pujuk gf2 mereka pakai tudung labuh jugak. Ekeke.
Tapi sayang, saya bertahan pakai tudung labuh sampai second year jek, third saya dah malas nak gosok tudung labuh sbb besar sgt and takde iron board kat bilik. Susah nak gosok. Jiran bilik di kampus dulu pernah marah kerana dia kata saya tak constant pakai tudung labuh, kejap pakai tudung kejap pakai tudung pendek. Saya kata, takpelah, asalkan masih menutup aurat. Sampai skang dah tak pakai lagi hehe.
Kenangan paling kelakar dulu ketika di pondok (actually kami pergi 2 pondok, pondok yang pertama tu reject kami sbb pihak pengurusan pondok time tu ingat kami mata-mata from KL sbb time tu zaman nak dekat pilihanraya, lepas kena reject tu kami berpindah ke pondok kedua, Pondok Sri Permai atas bantuan Zainal :). Pondok yang pertama tu tok gurunya bercakap Kelantan pekat, saya yang mmg 'dok gheti' nak cakap Kelantan ni lagi terasa haru sbb tak faham langsung apa ustaz ni cakap dalam our first kuliah, last-last saya ajak sorang anak murid ni berbual ttg perbezaan cara pembelajaran di sekolah pondok dan sekolah biasa. Derang anggap sekolah biasa ni sekolah sekular, huish, terasa sungguh time tu, yer ler sbb saya mmg bersekolah biasa sejak kecil lagi, tetiba kena cop sekolah sekular. Senyap je ler, tapi parent pelajar2 sekolah pondok ni betul2 iman derang kuat. Sanggup hantar anak-anak belajar ke Kelantan walaupun dari Sabah dan Sarawak. Kalau saya, mungkin tak sanggup kot. Kat pondok kedua tok guru yang mengajar tak mengajar dalam dialek Kelantan pekat, mmg faham ler apa yang tok guru ni ajar, alhamdulillah jugak ler kena reject oleh pondok yang pertama, kalau tak mungkin saya tak belajar apa-apa pun kat situ sbb saya mmg 'dok pehe' dialek pekatnya. Mmg tension jugak ler time tu sbb saya kena dgr betul2 pastu main agak2 jek apa yang diajar. Tu yang last2 fed up pastu jadi jahat ajak anak murid lain pi sembang hehe.
There goes my story with my 3 sisters (Kak Aza, Kak Nuun and Kak xxx, and with Hany and Yati Bims). The experience of life during our pondok program di Kelantan dulu was so nice, and i won't forget it for my whole life, insya Allah :) I love them the most among the others, sbb mereka ada bersama dengan saya ketika saya gembira, dan ketika saya jatuh sakit teruk di sana. Mmg tak ramai yang kongsi pengalaman susah dan sakit saya, hanya mereka yang betul betul rapat dgn saya. Yang tahu dan faham hanya sedikit, geng2 rapat saya sahaja, Ika, Jie, Siha, Farah Wahidah, Hany, Zainal, Rahimi, Mizie, Kak Iqin, Kak Wiyah, Abg Faizal dan Abg Nazri. These people orang yang pernah saya kongsikan perasaan sedih, gembira dan sebagainya. And i'm glad i had the chance to know them and become part of their lives. Very grateful actually :)
Ok, panjang dah catatan saya, saya belum start study pun lagi untuk paper saya Sabtu. So again, doakan saya bit taufiq wan najah k, utk exam dan dunia akhirat. Barakallah untuk mereka yang sudi mendoakan saya, saya pulangkan doa tersebut pada kalian, moga rahmat Allah selalu bersama antum semua.
P/S : Kenangan paling lucu ketika menemani Hany menziarah rumah Zainal kat Kelantan dulu, makan mangga bersama Hany, Ummi dan Abah Zainal. Time tu saya tanya apa nama mangga ni, Ummi Zainal kata 'Mahite'. Saya pun pelik tapi kagum jugaklaa buah mangga Malaysia ni ada nama Jepun. Ummi Zainal tergelak sakan biler saya kata saya kagum mangga tu ada nama Jepun. Rupa-rupanya nama mangga tu sebenarnya ialah Emas Hitam, biler orang Kelantan sebut jadi mahite, alaaaahai, malu giler saya time tu kat ummi and abah Zainal. Nampak sgt dok gheti kecek kelate ekeke. Tapi takpe, skang ni dah terer skek, sbbnya adik perempuan saya Eqa mmg terer giler kecek kelate kat umoh sampai ogha mmg ingak dia oghe kelate, sbb dulu dia belajar kat USM, ghama laa pulok set2 kelate jadi kawe dio kat sana tu.
Takpelah, pengalaman best gak actually.
Ok guys, later k. Wassalam.
:)
9 comments:
siti, eheks banyaknyer nama dlm tu. btw, kalau siti terlupa nama kak ** tu...kak ira ler. dia dah kawen pun. waktu arwah meninggal...kak ira dlm pantang kalau tak silap, dia bersalin. tapi dia tinggal kat mana hany pun tak sure, terlost contact.
masa gih pondok tu memang antara masa yang akan dikenang utk menaikkan semangat & iman yg tumpul ini. :) mehnah memang banyak. sorang-sorang diuji dgn demam. tambah pulak, pondok yg mula-mula dirancang tu tak terima kehadiran kita. adusss...
tapi, "wamakaru wamakarallah" :)
~siapa tahu, dari situ kebahagiaan bermula :D~ (ekekekek)
dan dari situ, bermula ukhuwah yang sungguh mantap antara kita. biar kita ada insan lain, tapi geng pondok punya satu kekuatan.
Siti, itulah tugas kita utk mengingatkan. Jika kita nampak salah seorang drp kita jauh...panggil2lah kesampingnya. Buat seorang antara kita yg telah pergi, ingatlah utk selalu hadiahkan alfatihah sekurang2nya pd dia yg kita rindui semangat & syaja'ahnya.
teringat-ingatkan dia...
p/s; bila lah boleh update blog sendiri nih! malam nih may be kena menulis di laptop hubby. :(
"~siapa tahu, dari situ kebahagiaan bermula :D~ (ekekekek)"
hehe, yer, siapa ler tahu di situ bermula titik pertemuan kan hany,kan? hehe.
Kak ira, lupe betul nama dia, puas saya ingatkan saper ler nama akak sorang nih, rasanya kak ira skang ni duduk melaka. Kak Ira pernah ajak saya keje kat company dia sbb boleh selalu pegi oversea :)
Saya tak tahu camner nak contact Kak Ira, YM tak leh online lak skang ni. Kalau tak boleh refer nick YM dia.
Hany teringat-ingatkan dia?
:)
Insya Allah, doakan yang terbaik buat dia di dunia sana.
Ameen.
haa?? kak aza dah kawen.. tak jemput aku pon.. sob sob..
~zurratulain
err..limited invitation ler aina,dia buat kat dewan,tapi kak aza and abg amir ada menjemput ke kelantan utk kenduri belah abg amir :)
aku pun sama sebenarnyer aina.. kak aza 'tak pernah' hantar kad jemputan kad aku, pastu ade org je ckp kak aza jemput dgn kad.. sampai sekarang tak pernah nampak kad tu.. tapi aku pun dtg je ler *muka tak malu* kakaka.. tak tauler ape ek cerite dgn kad jemputan kak aza tu, ade lagi ke..dah ilang ke.. hehe
kad jemputan kahwin kak aza ada kat aku atas PC aku skang ni, nak ambik sendiri, aku tak nak hantar Menara kekeke.
tu aa, aku nak hantar Menara tapi ko yang hantar e mail kat aku jgn hantar Menara kan sebab ko nak balik kampung for kenduri arwah datuk,betul kan?
Ha..skang saper salah?
:P
alasan.. :P
nak seribu daya, tak nak seribu dalih... buatler gitu, buatler.. nanti2 aku buat cenggitu juga kat ko, padan muka:P
apa pulak alasan, dah mmg betul ko balik kampung sampai hari kak aza kahwin tu,kita jumpa pun pada malam kak aza kahwin, kan kan?
cari gaduh ngan aku ek..takpe ko tikot ekeke.
blah aaa, mengada :P. esok aku gih menara hantarkan calculator sabrina before gih UIA. tunggu kat opis, aku bawak kad jemputan ko yang dah di'shred' seribu!!
Ekekek (hish, jahat giler time nih!). Ampun ampun :P
Astaghfirullah,
Tikot, sorry kalau msg aku before this jahat bunyinya.
Abaikan k.
Nanti takut tak sempat nak minta maaf, payah pulak :)
Post a Comment