Friday, September 10, 2004

Bersyukur tak kita?

Assalamualaikum wbt,

Apakah maksud sebenar bersyukur?

Dr maksud bahasanya, be grateful (hehe, mmg ler grateful, takkan istilah lain pulak), tapi dr maksud syari'enya, bersyukur itu diertikan sebagai melakukan apa yang disuruh oleh Allah, dan meninggalkan laranganNya.

I'm not going into theory, becoz konsep ini sepatutnya dah dihadamkan ketika kita bersekolah rendah lagi. Cumanya, pagi ini minda tergerak untuk merenung diri, dah cukup bersyukur dah ker kita ni? Setiap hari i will see this one blind man di tepi escalator Maybank, jual tisu and pen. Setiap kali lalu, mmg perasan bahawa dia akan zikir sambil berdiri, zikir yang senyap, tenggelam dalam dunianya sendiri.

Redhanya dia masya-Allah. Kalau kita, mcm mana? Redha tak?

Allahualam.

Membayangkan kita akan kehilangan penglihatan sahaja sudah cukup menyeksakan. Lemasnya kita, tak nampak apa-apa. Hitam. Gelap. Pekat.

Kalau boleh, kita mahu melihat selama-lamanya. Selama-lamanya.

Bersyukur tak kita yang sempurna deria ini?

Fikirkan.

Wassalam.

No comments: