Thursday, September 02, 2004

Serasa air mata mahu tumpah

Assalamualaikum wbt,

Serasa air mata mahu tumpah apabila melihat gambar masjid Nabawi di waktu malam di blog seseorang.

Betapa rindunya aku ke situ, betapa aku rindu untuk sujud di lantai masjid itu, dan betapa aku rindu untuk melelapkan mata sejenak bagi melepaskan lelah di lantai yang sejuk damai sambil mendengar samar-samar usrah yang dibawakan oleh Kak Fari.

Sudah 4 tahun berlalu, kenangan apa yang terjadi di sana masih terpahat. Manis dan pahit dikecap bersama, tapi kegembiraan menjejak kaki dan sujud di 2 masjid paling mulia di muka bumi ini tidak tergambar dgn kata-kata.

Dan setelah 4 tahun sekembalinya dari 2 masjid tersebut, berubah menjadi baikkah aku?

Allahu'alam.

Tapi aku sentiasa berdoa, biarlah aku tetap kukuh meniti landasan-Nya dalam kehidupan, agar aku bahagia apabila berjumpa dengan-Nya nanti.

Wassalam.




3 comments:

Anonymous said...

adoi...nak tulis panjang² dekat sebelah tu tak boleh pulak..

siti, aku dah link blog nko..aidanya blog ada linkage dari blog aku. bawah nama Firzanah Amni :D url dia limaunipis.blogspot.com..

mardhiah12

ieka said...

SITI..
sekurang2nya sekembali dr Malaysia aku tau 'doa' ko di Madinah utk aku nampaknyer Allah kasi seketika je (in which Al-Hamdulillah:P) sbb aku rasa sekarang aku dah jadi 'baik' sket ngan ko kan.. kekekekekek wa'allahualam..tempat aku pun aku tak tahu kat mana lagi.. :) seronok juga bila ingat2 balik.. such a memorable moment.. which we could have the experience back..

IeNa said...

Hehe,ye ker 'doa' aku kat Madinah dulu terkabul Ika? hehe, takde aa..aku tak rasa terkabul aa, baik jek aku tgk ko kekekek.

Hmm..sesaper ada rasa Ika abnormal sket dr kebiasaannya after dah balik Mekah ni? (Just nak test ayat yg terkeluar dr mulut di Madinah dulu betul berlaku ker idak, hehe) ;)

Tapi apa pun, rasanya apa yg terkeluar dr mulut di Madinah ketika itu bukan doa, dan rasanya tak berlaku pun :)