Assalamualaikum wbt,
Jangan ditanya mengapa hari ini jemari ini rajin mengetuk keyboard..
Kerana ketika ini,
hati ingin berbicara....
Kadar pengamatan dan pemahaman kita mengenai segala apa yang berlaku di dunia ini bergantung kepada apa yang biasa kita fokuskan dalam hidup. Setinggi mana pengamatan yang dimaksudkan, rasanya bergantung kepada tahap mana keseriusan kita di dalam menganalisis dan menggunapakai apa yang terrefleks di hati dan pemikiran dalam memikirkan sesuatu benda,perkara dan peristiwa. Benar bukan?
Maka saat ini saya ingin mengajak antum semua untuk menjadi lebih serius. Serius dalam menjalani kehidupan kita, serius dalam menjalankan tanggungjawab dan peranan kita, dan serius dalam kita berbuat ketika menjadi khalifah muka bumi ini.
Kita sudah tidak boleh main-main lagi. Kita sudah tidak boleh bergurau senda di dalam keterlupaan bahawa saat ini Islam amat memerlukan kita untuk bergerak menunaikan tanggungjawab kita, memainkan peranan kita di dalam memenuhkan janji kita kepada Allah, bahawa saat kita dilahirkan di dunia, tanggungjawab kita adalah untuk memakmurkan bumi Tuhan, dengan kalimah Thoyibah. Tribulasi sudah begitu banyak, dan kita masih mampu untuk bergelak senda?
Sudah sampai masanya kita bergerak dari bermain-main kepada arah yang sepatutnya. Kerana kita sudah kurang masa, sedang dilihat cabaran bertimpa-timpa mendatang.
Berketawalah kalian, asalkan tidak lupa tanggungjawab sebenar kita. Bergurau sendalah kalian, kerana sememangnya fitrah manusia itu suka kepada kelembutan, kasih sayang dan kegembiraan. Tapi ingat, di sebalik semua itu, kita perlu tanamkan di hati, bahawa kita punya matlamat, dan matlamat itu perlu kita tangani dengan penuh keseriusan. Kerana kita sememangnya sedar, Allah tidak pernah bermain-main di dalam menciptakan kita.
Surah Az-Zaariyat ayat 56 yang bermaksud: ``Dan tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadat kepadaku.''
Tinggalkan kelekaan yang melalaikan. Kita punya misi dan tugas.
Masih ingin terleka dalam senda gurau duniakah kita?
No comments:
Post a Comment