Wednesday, September 22, 2004

Huwajtabakum!!

Assalamualaikum wbt,

Ana pastekan satu e mail menarik di dalam salah satu yahoogroup yang ana join,


Asskum,Sekadar renungan seketika (nu'min sa'ah...)Nikmat terbesar dari Allah bukanlah makan, minum, pakaian dan kenderaan mewah akan tetapi ialah apabila anda dipilih oleh Allah SWT (huwajtabakum) untuk bersama Kafilah Nabi....mewarisi tugas dan amanah hingga akhir hayat. "

Wajahiduu fillahi haqqa jihadih, huwajtabakum...." (Al-Hajj: 78)

Huwajtabakum!!(Dia (yakni Allah) telah memilih kamu)

Dulu kau sangat gembira
Kerana ayah memilih untukmu kasut baru
Baju, sampin dan songkok untuk hari mulia
Pagi raya disambut penuh ceria

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau terpilih
Mewakili debat perdana
Menjadi juara

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau terpilih
Menjadi pelajar terbaik
Hingga terkenal seantero negara

Dulu kau sangat gembira
Kerana kau dipilih
Menjawat jawatan mulia
Ada harga diri, gaji dan kereta perdana

Dulu kau sangat gembira
Kerana dikau terpilih oleh isteri jelita
Menjadi raja walau seketika
Membina masjid yang bertaqwa

Kini kau lebih teramat gembira
Kerana dikau dipilih Allah
Menjadi jundi Nya
Memikul panji Ilahi dengan megahnya
Seantero dunia gegak gempita
Dengan seruan dakwahmu jauh melata

Tiada lagi nikmat sebesar ini
Kerana anda telah terpilih oleh Rabbi
Huwajtabakum! (Al-Hajj: 78)

SM Ismail
21 Sept 2004
Gombak.

This will be my last entry for this week as i have to concentrate on my exam on this becoming Saturday. Starting tomorrow i'll be not in the office, so do miss my entries k :)

Wassalam.

2 comments:

nursaiful said...

ma'an najah fil imtihan :)

IeNa said...

Syukran 'ala du'akum..alhamdulillah imtihan accounting dah habis..ahad depan imtihan mgmt pulak :)

Doakan semua baik k :)