Tuesday, September 07, 2004

Emotional instability

Assalamualaikum wbt,

Hmm...ok, memula nak bagitau yg yesterday my mood was not so good, felt so down and rasa ntah haper-haper. Nasib baik manager suh buat satu presentation slide untuk meeting today, kalau tidak mmg jawabnya tak buat paper langsung semalam sbb mmg rasa down sgt2. Masalah emotional instability yang dah lama tak menjenguk diri hehe.

Semalam pegi kelas Arabic, buku teks pulak Mak Teh bawa pegi outstation ke Kota Bharu. Aiyyarrkk...how to study like that? Nak pergi kelas ke tak nak pergi? Hati dah berbelah bagi dah ni...tapi bila pk next week mugkin i burn kelas sbb nak outstation for one week, might as well i pegi jugak walaupun takde buku. Sampai kelas nasib baik Kak Zuraidah ada, kongsi buku dgn dia. Kak Mariah and Kak Nadia absent. Cuba bayangkan kalau i'm the one jer muslimat yg hadir, takkan nak kongsi buku dgn muslimin kot? Alhamdulillah, syukur sesangat Kak Zuraidah ada :)

Sebelum kelas start and ustaz lom masuk lagi, Bro Baharin bawak satu article and discuss ttg seorang academia di UM (ada PhD tuh) commented dlm The Edge ttg erti Kemerdekaan dalam beragama. Ada ker dia kata nak tubuhkan satu NGO untuk membantah ttg hukum Islam yang dikatakan 'tidak merdeka' kerana tidak memberikan kebebasan kepada penganutnya untuk bebas memilih agama lain! Terasa nak lempang tak org2 macam nih? Kalau orang yang tak berpendidikan tinggi takpe lagi nak cakap mcm tu, sbb kita sedia faham dia belum mampu nak faham konsep Islam yang sebenarnya. Tapi kalau org berstatus pendidik mcm dia boleh comment mcm tu, mmg terasa nak hentak dia habis-habisan! (mulalah rasa diri nak mengganas ni hehe). Tapi serius, cuba fikirkan impaknya pada org yang membaca. Title PhD yang dia pegang tu boleh influence org dengan mudah. Yang tak fahamnya, belajar dah sampai PhD, apasal konsep asas dalam Islam tak settle lagi? Sepatutnya org2 berstatus tinggi mcm ni, biler terasa tak puas hati, you go and find that isu and study betul2 why Allah tetapkan hukumNya sebegitu rupa. Marah betul dgn org2 sebegini yang tak reti nak guna akal dan buat insiatif nak belajar! Ni lah yang dikatakan, kalau pertambahan ilmu yang dipelajari itu tidak membawa apa-apa kesan kebaikan dalam diri, maka sebenarnya ilmu itu tidak membawa pertambahan apa-apa kebaikan pada diri kita, selain pertambahan kejauhan dengan Allah. Na'uzubillahi min zalik, pelihara aku Ya Allah. Buat penat jer belajar kang, tapi tak membawa kebaikan apa-apa, sesia sahaja.

Jom kita pegi buat surat kat Doc ni.Ntah haper-haper yang dia pk. I hope ustaz ustazah kat UM tu boleh pegi consult Doc nih. He's from Faculty Law kalau tak silap. Like what sorang Bro ni cakap, org2 camni dah become mad. All of us had the same thought, these people ni kurang mendalami Islam sebenarnya. Ish, besarnya tanggungjawab kita nak berdakwah kat org2 sebegini. Mampu tak kita? Hmm..think about it, will ya? Ada solution nanti, bagitau so that mana yg mampu kita boleh laksanakan, insya-Allah.


Semalam kelas Arabic went so wacky, mmg jenis tak leh controllaa me and Kak Zuraidah last nite. Kitorang belajar isim-isim baru yang bunyinya dan penggunaannya kelakar i.e qohqoh (gelak berdekah-dekah) and yarmadhmadh (berkumur-kumur), arghargharah (berkumur ubat doktor sehingga ke tahap kerongkong yang lepas tu kita luahkan semula biler kita sakit tekak) and daghdagh (tickle). Aduih, mmg tak tahan gelak sgt, tak control langsung. Habis nak buat camner, mmg kelakar sungguh. Ustaz senyum jek tgk kitorang dua org tak leh stop gelak, hihi :D

Pagi ni sibuk punggah buku-buku teks Accounting lama sbb nak refer utk assignment to be submitted this Friday. Minggu lepas belajar Accounting, tak tau ler subject tu yg semakin susah ker, atau diri sendiri yg dah lama tinggalkan Accounting sampai terasa susah. Buku teks kitorang kat UIA ni tak helpful langsung. Theory memanjang, tapi langsung takde example nak refer kalau nak buat latihan atau assignment. Tu yang kena cari balik buku2 teks MMU dulu. Satu buku teks dah hantar ke UUM for my Bro sbb dia nak guna utk subject dia. Tinggal 2 buku Financial Managerial Accounting jek lagi yg boleh direfer. Dedua buku diangkut ke ofis sbb nak refer. Tapi serius biler belajar Managerial Accounting kat MBA ni, terasa cam susah and asyik terpk dalam kelas, "Camner aku leh grad dlm Accounting aa? Pesal cam rasa susah jek bende nih, tak pernah jumpa pun dulu waktu study". Hehe, tapi biler refer balik tadi, ada belajar sebenarnya, tapi bukan part2 yang biasa lecturer kita tekankan dulu. Tu yang tak ingat tu, hehe. Belajar dulu pun sebab nak lulus exam jer, mana ler ilmu nak lekat. Astaghfirullah, macam mana nak berkat :)

Okes, nak concentrate dgn keje. Wassalam :)

No comments: