Monday, August 01, 2005

An astronaut to be??

Hello SITI ZURINA OTHMAN.

Terima kasih kerana mendaftar dengan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA) sebagai calon untuk program angkasawan.
Sukacita dimaklumkan bahawa tuan/puan telah dipilih untuk menjalani ujian seterusnya.

2. Sehubungan dengan ini, ANGKASA akan mengadakan proses saringan pemilihan angkasawan di beberapa tempat di seluruh Malaysia seperti berikut :-

------------------------------------------------------------
Tarikh: 27 Ogos 2005, Masa: 7.00 pagi
Lokasi: Pangkalan Udara Kuantan ( Pahang )

Perasmian oleh Y.A.B. Dato’ Sri Najib Tun Abdul Razak
Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap
Menteri Pertahanan Malaysia
------------------------------------------------------------

dan pada

------------------------------------------------------------
Tarikh: 3 September 2005, Masa: 7.00 pagi
Lokasi: Diadakan serentak di :

1.Kem Mahkota Kluang ( Johor )
2.Kem Penrissen Kuching ( Sarawak )
3.Kem Lok Kawi Kota Kinabalu ( Sabah )
4.Pangkalan Udara Butterworth ( P.Pinang )
5.Pangkalan Udara Subang ( Selangor )
------------------------------------------------------------

3. Semua calon yang telah disenarai pendek boleh memilih salah satu lokasi seperti yang dinyatakan di atas dan semua calon dikehendaki mengesahkan pilihan lokasi ujian kecergasan fizikal tersebut dengan mengisi maklumat ke dalam laman web Angkasawan sebelum 7 OGOS 2005.

4. Semua calon dinasihatkan membuat persediaan awal dari segi latihan fizikal. Kelayakan minimum ujian larian 3.5 km ialah 20 minit.

5. Semua calon dikehendaki memastikan keadaan kesihatan mereka membenarkan mereka menjalani latihan larian dan ujian tersebut dan pihak ANGKASA tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kecederaan atau kemalangan yang berlaku semasa latihan atau ujian dijalankan.

6. Untuk makluman tuan/puan, segala perbelanjaan persendirian untuk menghadiri ujian tersebut adalah di bawah tanggungan calon sendiri.

Sekian, terima kasih.
Agensi Angkasa Negara (ANGKASA)

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hihi, tak sangka saya dapat melepasi saringan pertama selepas mendaftar utk program ni dulu ( memain jek apply actually). Mmg ler kecil2 dulu one of my ambitions adalah nak jadi astronaut sbb saya suka sgt dgn astronomy (waktu kekecik dulu kan bebudak suka berangan nak jadi apa yang dirasakan best). Saya mmg teringin nak keje dgn NASA. Tak sangka ler dpt peluang mcm ni.

Anyway, saya mmg takkan pergi pun saringan ni. Giler ker hapa nak berlari sepanjang 3.5 km dlm 20 minit. 1 km pun belum tentu saya lepas dlm 20 minit tu. Lupakan je ler nak achieve that target hehe.

Anyway, at least separuh dr impian saya sewaktu kecil sudah dimakbulkan Allah. Biasanya mmg begitu, saya perasan apa yang saya impikan biasanya akan terkabul, cuma cepat atau lambat jer. Alhamdulillah dpt juga rasa keseronokan jadi calon program Angkasawan :)


Conversation thru TM e mail antara geng2 saya yang buat saya tergelak kat depan PC biler saya bagitau mereka ttg e mail saya terpilih utk saringan kedua:

Saya : Kot kot ler aku dapat, aku ambik gambar Bumi,pastu aku post laju kat korang nanti ek ekekeke.

Farah : Weh....betul ker leh jadi angkasawan?..jgn nanti jadi naga sawan laks..ekkeke...nanti leks gi training ala2 NASA ke tuh?...

Ika : baguihlah, jadi angkasawan kwn aku, tak jumpa kluangman.. mana tau dpt star wars-man satu, he he he:D

Siha : Siti, bukan angkawasan malaysia yg pertama dah dipilih? ini batch yg ke 2 ka?

Jie : siti gudlak...nanti sampai kat angkasa lepas tuh teropong2 la sikit kat bumi nih...gerenti kau nampak aku tgh melambai2 tangan kat kau...:P

Ayat Jie mmg buat saya gelak betul lepas baca e mail dia. Comel2 kan geng2 saya? Hehe :D

Wassalam.

13 comments:

Najmuddin Yusoff said...

ayya... ms. cacamerba become an astonaut? kem salam kat ultraman nanti... jangan lupe suruh dia masuk Islam! :>

IeNa said...

Hehe, mcm yer yer jer wujud Ultraman pokcik Mudin ooii :P

Anonymous said...

3.5 km dalam 20 minit ? alaa takde mende je tu iena oii...dokek joooo..nak jadik ptd pun kena lari 2.4km in not more than 14 minutes, which is about the same timeframe.. so gi je la lari iena, bukan senang nak jadik angkasawan, tambah2 pulak spaceship Discovery turut berisiko tinggi untuk terjadinya penanggalan penebat haba yang akhirnya menerobos memecahkan sayap spaceship sehingga menyebabkan spaceship terbakar dan meletup di ruang angkasa raya seperti yang berlaku ke atas spaceship Columbia sedikit masa lalu ape mende yang dimengarutkan nih !@#&xx_(^&%^% - nafisz

r.o.l. said...

Sebenarnya jadi angkasawan atau bekerja di luar bumi adalah satu cara untuk seseorang itu "menjadi seorang Ultraman" (atau Ultragirl).

Contoh: Jack Shindo - angkasawan - Ultraman Great, Asuka Shin - kerja kat Marikh - Ultraman Dyna, Madoka Daigo - kaji meteorite - Ultraman Tiga.

Siti Zurina Othman - calon angkasawan saringan ke-2 - Ultragirl.....Caca......Pana.....?

Najmuddin Yusoff said...

so... caner Ultra Girl Panadol? nak sahut cabaran ke idak? :>

IeNa said...

Abg Nafis, betul ker ni? Hehe, aiyaa..happy to see you here actually. Tak pernah pun tinggal jejak sebelum ni hehe. Kalau sesaper nak tau, nilaa bureau partner saya kat MMU dulu :)

Anyway abg, PTD tu cuma suh lari 2.4 km within 14 minutes, mmg ler lebih kurang sama jek tempoh masanya. Yang iena tak tahan tu, kena lai 1.1 extra from PTD nyer requirement huhu. Dulu kat sekolah berlari 1500 meter pun rasa mcm dah nak tercabut nyawa dibuatnya, inikan pulak 3.5 km. Mmg bebetul akan tercabut nyawa rasanya time tu hehe.

Tgk ler camner, kalau rasa bleh buat, pergi kot.

Rollie, pandai gak ek buat lawak hehe. Jgn ikut perangai Mudin tu, asyik nak mengenakan org jek :P

Tapi best gak kan dpt title Ultragirl hehehe ;)

Anonymous said...

k.iena...!!!
1st time saya baca..FUUH!! macam x caye je.. last2 bgtau x mau p.. :( HEHEHE tp mmg comel la!! mcm2 akak dpt gelaran ek? ultragirl!! :D kira ok apa??

IeNa said...

Hehe itqan, biasa ler akak, mmg glamer dgn segala nick, Panadol ler, Miss Commet ler, skang ni Miss Ultragirl, ok laa gak,kan? Hehe :)

IeNa said...

Mudin, Ultra Girl Panadol lom decide lagi nak sahut cabaran ker tidak.

Jauhnya nak kena lari huhu.

Kan best kalau boleh minta tolong naga terbangkan akak dlm larian tu, sure cepat jek sampai heheh ;)

ieka said...

i memang comel.. takkan u baru tau kan.. hohoho ;)

tak sangka, dah terjawab. ingat baru nak jawabkan, larat ke 3.5km tu.. 20min bukanlah masalah, tapi 3.5km:D takpe siti, if nak berlatih boleh dtg kat rumah aku..boleh kire speed masa utk 3.5km larian sekali.. hheheheh

IeNa said...

Hehe, aku tak larat ler tikot rasanya.

tapi practice kat umah sewa hang pun ok gak,kan? ;)

Anonymous said...

sebenarnya angkasawan Malaysia yang pertama ialah ayah Pin kerana dia mendakwa dia wakil kerajaan langit...sebenarnya kerajaan langit yang beliau maksudkan itu ialah planet Ultra yang diperintah oleh Raja Ultra iaitu Ultraman yang paling tua. Namum begitu ayah Pin bukanlah wakil kerajaan langit yang ditauliahkan ke bumi, sebaliknya dia adalah makhluk yang telah dibuang planet kerana cuba mengasaskan ajaran sesat di planet Ultra. Kerana itulah beliau tidak boleh bertukar menjadi Ultraman Pin. Cerek gergasi dan bahtera gergasi sebenarnya dibina oleh ayah Pin untu digunakan apabila dia bertukar menjadi Ultraman Pin, tetapi keistimewaan menjadi Ultraman telah lama ditarik balik oleh Raja Ultra kemurkaannya kepada ayah Pin yang cuba menyesatkan makhluk-makhluk Ultra yang lain. Wakil-wakil planet Ultra di bumi sebenarnya beribu pejabat di Jepun iaitu di tokyo, kyoto dan Narita dan berjumlah 4 orang semuanya. (khabarnya ayah Pin sedang diburu oleh kerajaan di tempat beliau menetap kerana cuba mengulangi kegiatan menyesatkan seperti di planet Ultra dahulu. Sumber juga menyatakan bahawa ada seorang gadis warga bumi yang akan melalui saringan kedua dalam usahanya memohon status warga Ultra. Walau bagaimanapun sumber berkenaan enggan mengulas lanjut mengenai isu ini.)heh heh heh - nafisz

IeNa said...

Awat merepek sungguh ni abg ooii, takde keje kat PTD tu? ;P