Tuesday, August 23, 2005

::: Jangan Tangisi susu yang TUMPAH......... :::

Ada sebuah ungkapan klasik berbunyi: “Di dunia ini, sebenarnya, tiada sesuatu yang baru!” Sekiranya kita melihat dari segi tabiat, keinginan dan perwatakan manusia, sejak dahulu hinggalah sekarang ini, maka ungkapan di atas amat tepat. Manusia memang mempunyai tabiat dan kecenderungan yang sama, yang itu juga: ada persahabatan dan perselisihan, ada kezaliman dan ada pula keadilan, ada saat berdamai dan ada ketikanya berperang. Malah, ada bangsa yang bangun dan maju, ada pula bangsa yang jatuh tersungkur. Begitu jugalah dengan tamadun serta peradabannya.

Allah s.w.t. menyeru manusia supaya mengambil pengajaran dari peristiwa lalu, kejadian dan peristiwa yang sudah dilalui oleh umat terdahulu. Dari sini jelaslah bahawa kehidupan manusia merupakan streotaip, suatu pengulangan dari yang sudah pernah ada atau dialami umat yang sebelum kita. Apa yang kita hadapi sekarang sudah pernah dilalui oleh umat atau generasi yang sebelum kita, dan ini juga akan dialami oleh generasi yang selepas kita nanti. Jadi kita dituntut supaya mengambil pengajaran dari peristiwa lampau atau kejadian pada generasi terdahulu, supaya kita dapat memperbaiki keadaan yang sedang dan akan berlaku.

Allah s.w.t. berfirman:

Maka ambil iktibar (pengajaran), wahai orang-orang yang mempunyai penglihatan. (Surah al-Hasyr: 2)

Begitu manusia berganti dan masa berubah, namun watak dan kecenderungannya tetap juga serupa. Maka, memandang ke belakang, sejarah manusia yang panjang itu, melahirkan kebijaksanaan. Cara ini akan dapat menembus masa lalu sambil memperhatikan pelbagai peristiwanya, membahas nasihat-nasihatnya, dan mengambil bekal dari percubaan-percubaan orang-orang terdahulu, lalu kita tahu bagaimana mereka menjauhkan diri mereka dari kesesatan. Inilah pandangan seorang mukmin yang bijaksana.

Allah s.w.t. berfirman , yang maksudnya: Maka apakah mereka tidak berjalan di muka bumi, lalu mereka mempunyai hati yang dengannya mereka dapat memahami atau mempunyai telinga yang dengannya mereka dapat mendengar? Kerana, sesungguhnya bukanlah mata itu yang buta, tetapi yang buta ialah hati yang di dalam dada.

(Surah al-Hajj:46)


Satu daripada pengajaran yang diberikan oleh Allah kepada mereka adalah supaya mengalihkan pandangan mereka ke masa depan dan memalingkan fikiran mereka dari masa lalu, serta mencegah mereka dari terpaku menangisi keruntuhan masa lalu yang telah pergi, dan tidak akan berulang kembali. Sikap menangisi nasi yang sudah menjadi bubur bukanlah sikap yang terpuji.

Berikut ini marilah kita perhatikan suatu kisah yang dapat dijadikan iktibar kepada kita;

“Apabila sampai pada suatu pagi, semua murid dalam kelas disuruh masuk ke makmal. Tidak berapa lama setelah itu, seorang guru datang dengan membawa segelas susu yang kemudian diletakkan di atas meja yang ada di hadapannya. Semua murid memandang kearah gelas yang berisi susu itu dan bertanya-tanya dalam hati: Apa pula gerangan hubungan susu dalam gelas itu dengan pelajaran yang akan diterangkannya kali ini? Guru itu berdiri serta merta dari kerusinya, lalu tangannya tersentuh gelas berisi susu tersebut hingga ia jatuh berkecai dan isinya tumpah ke tanah. Kemudian, dengan suara yang hampir berteriak, beliau berkata kepada murid-muridnya:

"Jangan tangisi susu yang tertumpah!”

“Kemudian guru itu meminta semua muridnya melihat pecahan-pecahan gelas dan cairan susu yang telah meresap ke dalam tanah itu, lalu ia berkata: “Cuba lihat baik-baik, saya ingin kamu meresapkan pelajaran ini kedalam hati untuk selama-lamanya. Susu tadi telah hilang seperti yang kamu lihat, meresap kedalam tanah. Tidak ada satu kekuatanpun yang mampu mengembalikannya walau hanya setitis. Barangkali, jika kita mahu berfikir dan berhati-hati, mungkin kita dapat mengelakkan kejadian tersebut, tetapi kini segalanya telah terlambat. Apa yang dapat kita kerjakan sekarang adalah mengelapnya dan melupakannya. Lalu, kita teruskan pekerjaan lain yang masih tersisa, yang perlu diselesaikan.

Alangkah tepatnya pengajaran tersebut, dan hal yang hampir sama disebut dalam hadis yang berikut ini: Minta tolonglah kepada Allah dan jangan menjadi lemah. Jika engkau ditimpa sesuatu maka janganlah mengatakan: “Seandainya aku mengerjakan begini maka akan menjadi begitu!” Tetapi katakanlah: “Itu semua adalah takdir Allah, apa yang dikehendaki-Nya dibuat-Nya.” Sebab, perkataan: “seandainya…” itu akan membuka pintu buat syaitan.

Keberanian untuk melepaskan masa lalu, maka kita, dengan izin Allah, mampu meneruskan perjalanan hidup kita dengan penuh semangat dan harapan semoga di lain kali berjaya………….


Being happy doesn’t mean everything’s’ perfect, it just means you’ve decided to see beyond the imperfections………..

*******************************************************************************

Assalamualaikum wbt,

Such a lovely article, would you agree with me? :)

My exams alhamdulillah went fine, and i had already obtained result for one of the papers. Alhamdulillah my marks was beyond my expectation, million thanks to Allah.

UIA sdg berconvest, byk jubah yg best2 kat UIA, sesaper nak bershopping jubah silalah ke UIA k.

Tak sabar pulak rasanya nak berconvo, my convo will be in next 2 years, lambatnya :(

Ain, Aniza,Sam,Rahimi and Fahmee Gorgom sure tgh happy giler dah habis master skang ni. Me jugak yg lambat habis. Takpe takpe, study in UIA is fun, and i dun even regret for pursuing my MBA in UIA :)

Semalam jumpa Halim and had a drink sekejap before balik rumah, he showed me his ACCA result. He passed!! Hehe, now i have 2 friends yang dah ada ACCA cert (Mafus and Halim), Shuba and Aleen tak sure dah lepas ke belum.

Congrats pada Azrin yg convo semalam, moga lepas ni jadi cikgu yang baik k ;) Simpan bebaik hadiah akak tau! :D

Ahad lepas pergi berjalan ke Convest bersama Azrin dan Kak Ika, beli jubah 3 pasang, carikan Azrin hadiah convo, and lepas tu berjalan ke cultural exhibition by UIA foreign students. Best best, habis semua bende kami tanya kat students yg buka booth, siap ambil gambar ngan real pedang lagi.Seronok betul :)

Ok guys, later k. I need to concentrate on Business Plan 2006 pulak skang ni.

Assalamualaikum wbt :)

No comments: