Monday, August 08, 2005

Lurus



Lurus

Semahu itu lurus jalanku
Sedamba itu lurus hatiku
Secuba itu lurus akalku

Bagai serasa mahu
merungkai pakaian dunia ini
mulus menuju
ke arah satu jalan
selurusnya
betul betul
mahu selurusnya

tanpa ada persimpangan
tanpa ada jalan bengkok

nun di sana
ada nur pastinya

nun di sana
ada bahagia janjinya

tapi apakan daya

jalan hidup ini
jarang yg lurus betul
selalunya

kembara lagi kita
menjejak jalan
mencari ihsan
moga sentiasa sasa
bertapak

di jalan lurus itu.

Wassalam.

4 comments:

sakinah said...

wargh...sodap laa bait sajak nih...ori kan? hehehe.... asalkan expresi diri di garisan lurus akhlak yang ALLAH mahu..teruskan berkarya!

"hantu" sajak

IeNa said...

iena tak terer kak yumni, hanya sekadar meluahkan rasa isi hati :)

kak yumni lebih puitis orgnya, boleh ajar iena? ;)

sakinah said...

nak ajr camner?mmg semulajadi akak ni kuat "berkhayal" laa deq..hehehhe...bahsa tunggang langgang..cumanya mmgnya keluarga darah sastera...dr kecil asik2 "ter"baca buku sastera...mungkin melekat bait2 di benak tanpa sedar...jadi bila mahu expresi diri ..bait2 itu muncul satu demi satu..tidak tahu dr lubuk mana...tp akak rs bahagia (syok sendiri) sebab medium ini indah dan dipermudahkan akak tuk berekspresi...alhamdulillah..just b yourself...slowly and steadily the most important thing is try to find your true self...

IeNa said...

:)

Syukran Kak Yumni,syukran :)