Tuesday, August 23, 2005

Kerehatan yang tidak sepatutnya

Assalamualaikum wbt,

Mencoret sebentar sebelum menunaikan solat Zuhr, kerana tiba-tiba idea banyak mencurah di kepala.

Pernah merasa diri anda rasa bersalah kerana merasa anda punya kerehatan yang tidak sepatutnya?

Kini saya merasakannya, sejak bulan lepas. Dan semakin bertambah apabila bersemuka dengan insan seperjuangan pada Jumaat lepas, di dalam keadaan yang tidak sepatutnya.

Walaupun saya menyambung study dan sibuk dgn segala tuntutan yang berkaitan dengannya, entah kenapa saya rasa saya hilang sesuatu dalam hidup saya. Especially selepas saya berehat sementara dr bergiat dgn Nisa'.

I lost my way already, my focus in life has been diverted to somewhere else.

And now i realized that clearly, which i didn't before for the past several months.

Pertemuan dengan seseorang pada Jumaat lepas menyedarkan kembali saya, ke mana arah tujuan hidup saya perlu dihalakan.

Dan saya lupa sebentar ttg itu, kerana keseronokan study dan pelbagai isu hidup barangkali.

Ah, terlupa saya kita punya misi.

Dan saya sudah jauh ketinggalan dari sahabat-sahabat yang lain.

Kini perlu memfokuskan kembali diri, pada matlamat yang satu.

Hanya yang satu itu.

Wassalam.

1 comment:

sakinah said...

Untukmu sahabat sejatiku

Ya ALLAH
Aku bahagia senang sekali
Kerana sahabatku sahabat sejati
Faham syari'at faham kehendak Ilahi
Walaupun hati sedih sekali
Ya Robbi
Sahabatku sahabat sejati
MendahulukanMu dari segala segi
Jiwaku girang kasih di hati
PadaMu kami menyerah diri
Ya Robbi
Hati pasrah padaMu Ilahi
Bila dikurniai ni'mat hakiki
Suka duka bersatu hadapi
MengadapMu nanti bertaut hati
Mengucap salam di syurga Firdausi
Tersenyum simpul berseri-seri
Duduk berhadapan dikelilingi bidadari
Ya Robbi
Indahnya dikurniai sahabat sejati
Fabiayyialaaa irobbikuma tukazzibaan!