Assalamualaikum wbt,
Missed me? Hehe, you better did, and i know all of you did, ekeke (perasan!)
Ok, alhamdulillah my exam was over, and we will have 3 weeks break before continuing for a new semester. Kelakar jek biler habis exam and nak balik, sumer pakat bagi ucapan farewell semoga berjumpa lagi 3 minggu lagi, isk, terasa mcm org nak grad pulak. Baru tak jumpa 3 minggu, ucapan farewell mcm tak akan jumpa 3 tahun lagi hehe. My Arabic exam will be on this becoming Wednesday. Percaya tak apa pun tak study lagi sbb bagi komitmen kat paper MBA :)
Alhamdulillah paper MBA were ok, after reramai berkampung di UIA 2 3 hari before the real exam took place. Tak tahulah kenapa i never been so immersed into my study during my degree dulu. Takde ler nak sit and have discussions like we did for MBA ni, exchange past year final exam papers, buat latihan sesama, jumpa Dr and Prof mcm nak rak sbb nak make sure jawapan and presentation betul. Serius terasa lagi rajin dr di degree dulu. Exam MBA ni rasanya, mcm nyawa kot, bebetul nak secure result. Dulu waktu degree, jgn harap ler nak discuss jawapan atau spot exam questions before 2 3 hari nak exam. Masing-masing dgn buku masing-masing, dapat jawab ker tidak, it was up to your own effort. But guys, believe me, the new style of study that i'm encountering ni is more fun and more effective coz each of you are trying to make the best of others, share the knowledge together, assist for those who weak in certain area. And yeah, it was so much fun in there!
Yg pentingnya di sini, betapa manisnya berbuat sesuatu bersama-sama, and in Islamic term, secara berjemaah. Betul terkesan dengan keberkesanannya. Tak sempat study semua pun, other people will back you up. Kalau tersedih sbb result mid term tak berapa excel, other people will console you and encourage you to perform more. That's what i feel, and really happy for that. Alhamdulillah :)
Kalau dlm berbuat kebaikan dan mencegah kemungkaran di muka bumi ini kita berbuat bersama-sama, Insya-Allah terasa ringan. Kadang-kadang lidah kita ini sekadar mengucap sesuatu, hanya sekadar di lidah kerana belum terkesan oleh pengalaman. Tapi sekali sudah merasa, kata-kata yang keluar dari lidah kita itu lebih bermakna, kerana disokong oleh perasaan sudah merasa!
Belajar dalam kelas Arabic and ustaz suka sgt sebut ayat Quran ini (tak ingat dlm Surah apa)
Adakah yang lebih baik tutur katanya bagi mereka yang mengajak kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran, dan mengaku bahawa kami adalah di kalangan orang Muslim.
Ustaz ulas, pengakuan yang paling baik adalah apabila kita mengaku sebagai orang Muslim, dan bukannya mengaku kita ni PAS, Abim, Jim,UMNO,tabligh dan sebagainya, tapi cukup sekadar mengaku bahawa kita ini muslim.
Ketika mendengar ulasan ini, teringat lagi ulasan ustaz pada kelas-kelas sebelumnya.
Memegang Islam dengan kukuh di zaman ini adalah seperti menggenggam bara api.
Faham maksud ana?
Mengaku kita Islam di ketika banyak cabaran menduga ini, yang bukan sedikit-sedikit, terasa bahangnya. Tapi itulah ujian bagi kita,kan? Sejauh mana kita ingin bersama Islam. Kalau orang yang tak fikirkan iman, mungkin sudah lama meninggalkan Islam kalau ingin mendapatkan pengiktirafan dan "approval" dunia untuk melakukan sesuatu.
Berpegang kuatlah kita dengan tali Allah sehebat mana cabaran yang bakal mendatang. Mungkin akan ada yang lebih teruk dari sekarang ini. Moga-moga iman kita cukup kukuh dan kuat bagi menghalang sebarang godaan yang menghasut kita untuk berpaling dariNya.
Peliharalah kami ya Allah. Peliharalah kami.
Wassalam.
No comments:
Post a Comment