Thursday, October 21, 2004

MERITOKRASI DR MARIAH

MERITOKRASI DR MARIAH

Akhbar THE SUN keluaran hujung minggu lalu dikira menarik kerana memuatkan wawancara pemberita terkemuka JOYCELYN TAN dengan tokoh wanita PAS, DR SITI MARIAH MAHMUD yang juga AJK PAS Pusat.Banyak isu yang telah disentuh dalam wawancara panjang lebar tersebut. Jelas dalam wawancara ini Dr Mariah telah menonjolkan suatu imej yang jarang-jarang didengari oleh orang-ramai khususnya rakyat Malaysia. Selama ini rakyat dimomokkan seolah-olah wanita PAS adalah warga kelas dua yang tidak mendapat tempat dalam parti tersebut. Melalui wawancara ini Dr. Mariah seorang profesional, pemimpin kanan PAS yang duduk sebaris dengan Presiden, Timbalan Presiden dan Naib-naib Presiden PAS di dalam JK Pusatnya, telah berjaya membuktikan betapa wanita di dalam PAS sebenarnya berperanan besar dan sentiasa bersama arus perdana parti tersebut.Satu isu yang menarik perhatian saya adalah apabila JOYCELYN menyoal berhubung isu pendidikan dan jurang antara penduduk bandar dan luar bandar, Dr Mariah telah dengan berani mengulas langsung isu meritokrasi yang menjadi isu perdebatan besar dalam masyarakat hari ini.

DR SITI MARIAH MAHMUD - AJK PAS PUSAT Kata Dr Mariah beliau bersetuju dengan meritokrasi sebagai suatu syarat di bidang pendidikan, namun meritokrasi itu tidaklah semata-mata bergantung kepada pencapaian akademik semata-mata tanpa mengambil kira faktor lain. Beliau melontarkan beberapa syarat tambahan yang perlu diambil kira, termasuklah jurang antara sekolah bandar dan luar bandar tadi, pendapatan ibu-bapa, taraf hidup dan seumpamanya yang perlu turut dijadikan garis panduan kepada perlaksanaan meritokrasi.Dr Mariah menyebut:So, a Malay in the urban area compared with a Malay in the rural area, definitely they are far apart. So, to me, in this set-up, if you want to look at meritocracy, it's not only grades. I do not agree with just grades. You have to have criteria for everything in education. For instance, academic performance, you give a certain weightage. Schools! Which school do you come from? If you are in VI [Victoria Institution] and someone else can score a better result in, say, Sekolah Menengah Pokok Sena, where I come from, which is very rural, definitely, we know who will perform better. So, the schools will also have to be graded. Urban, rural, family background. Come on, if I am a doctor and my children are hopeless, there's something wrong. There must also be family criteria. If my son can only get the same result as someone in the rural area, then the farmer's son deserves better than mine. Similarly, when you draw up these criteria of meritocracy, we have to look into all aspects to be fair. And weightage to be given, everybody sit down ... MIC, MCA, DAP, PAS ... everybody, all walks of life, sit down and together we make the weightage, the criteria, for meritocracy, not just academic. And from there, we stick to it. We will fight about it, never mind. We [can] sit down or throw chairs at each other and say how this should be... and if we all Malaysians can accept this sort of meritocracy and criteria, then everybody will be happier.

Bermakna disamping kecermerlangan akademik, murid di luar bandar dikenakan standard yang berbeza dengan yang di bandar, pelajar dari keluarga yang kaya dikenakan standard yang lebih tinggi dari yang miskin dan begitulah berikutnya.Saya kira idea ini sungguh bernas dalam situasi masyarakat berbilang kaum dalam negara kita. PAS perlu mengkaji cadangan ini dan dijadikan sebagai dasar perjuangannya berhubung isu pendidikan. Rakyat malaysia di luar menunggu-nunggu pandangan PAS berhubung isu-isu seumpama ini. Jangan persiakan pandangan baik ini.Jelas dalam wawancara tersebut JOYCELYN begitu tertarik sehingga bertanya adakah PAS akan mengemukakan tuntutan seumapam ini dalam isu meritokrasi.

posted by Roslan SMS 8:50 AM

Excerpt from msm yahoogroups.

8 comments:

IeNa said...

Kita bercerita ttg politik sket yer :)

Anonymous said...

yes, this is much true

NST highlighted this quite a long time ago, they even interviewed org asli people as this ethnic group seemed to be most affected. the org asli ppl who furthered their study are in declining figures as not many of them can excel unlike us who live in urban area.

last year, the figure drop down until only one ppl was able to further their study

much is needed to be done

mardhiah12

IeNa said...

Correct, kadang-kadang kesian dgn adik-adik kita di kampung-kampung,keputusan cemerlang, cuma tidak secemerlang mereka yang tinggal di bandar. Perlu diambil kira jugakan ttg kemampuan dan kemudahan mereka untuk belajar.

Kalau dah duduk kat bandar tapi still tak excel compared to those yg duduk di luar bandar, mmg patut kita utamakan yg luar bandar memandangkan effort mereka yg lebih drpd yang bandar.

Konsep adil perlu ada dalam proses penilaian meritokrasi ini. Yg sedia ada sekarang ni dah ok, cuma perlu dienhance dr beberapa sudut.

ieka said...

I think i have discussed about this during my economic class last time, but do not really remembered what I said at that time. Partially, i am agree with what Dr Mariah said. But on the other hands, (well sorry to say this, but i do have my other ideas) i believe it is not just about doing the weightage. As Dr Mariah said, if she's a doctor and her kids are hopeless then we should look into the root case-why? <--this i refer to current scenario dlm pendidikan negara where instead of melahirkan org yg beguna kepada agama, bangsa dan tanahair kite dah lahirkan ramai yg berguna kepada diri sendiri, tapi merbahayakan org lain:). one point to look into, how to tackle the national silibus and concept of learning:belajar utk lulus dan dpt keje/gaji besar atau belajar utk mendidik jiwa/pegangan in which kalau letak kat mana2 pun die boleh survive dan jadi seseorg yg berguna?

AND the most important thing, how to change the way some of the teachers are doing their job (doing the job for the sake of just working to earn salary) and the mindset of parents not to neglet atau pandang sebelah mata ttg pelajaran anak2.. i am not saying semua teachers ajar tak bagus sbb i did have few good teachers last time and not saying that semua parents tak ambil berat..but only few really take care of the children education.

Ok, 1st point utk perancangan masa depan. Macam mana utk sekarang? Here come the 2nd point. (1) Motivation to the teachers thru creative thinking in delivering their teaching and more flexible silibus modules for them. (my teachers did these and i am enjoying their classes verry much)(2) Average up the students performance (by not focusing on academic areas only, but other capabilities. Macam Dr Mariah ckp). (3) Motivate students luar bandar dgn cara tubuhkan badan R&D atau badan motivation dari kementerian sendiri (but of course they are profesiional and have good skills to do it). (4) Select students in furthering their studies not based on academic only (maybe IQ test??), but based on EQ test, praktikal test? atau selidik macam buat karangan utk master-tell me about urself, ur ambition etc etc. atau apa2lah yg boleh digunakan.

Erm, sorry, a lengthy comment. macam tulis blog plak. But, it's hard to stop when i talked about pendidikan. Maybe kite pun dulu tak dpt peluang sebaik MRSM or SBP students though the result was quite well. :) But Allah kasi dgn cara yg lain. Nak kate tak boleh? Keinginan manusia utk belajar dan memahami dengan belajar dan berjaya semata2 adalah berbeza.. Belajar & Memahami sbb dia mmg suka belajar. So, letak kat mana2 pun mmg akan belajar-so akhirnyer berjaya tu tetap dia dapat. Belajar, utk berjaya semata2- mungkin berjaya..tapi faham ke ape yg nak diterapkan sebenarnyer?:) wallahualam. sorry again, for taking too many space:) . no hard feeling keh. n.

IeNa said...

mak ai, panjang giler, takpe takpe..bagus bagus sahabatku :)

YB PM..pandangan anta selaku Yang Berhormat Sikat bagaimana? (Nak uji YB keluaran AYTR pulak ;)

IeNa said...

oo yer, tambahan isi kepada points miss ika, merujuk kepada konvensyen pendidikan nasional anjuran PKPIM tahun 2001 kot (tak ingat), sistem pendidikan negara ini kurang menekankan pendekatan rohani yang seimbang, tetapi lebih bercorak kepada peperiksaan.

Ketika pembentangan resolusi, i was very much attracted to one of the resolutions, which is to conduct high selection untuk profession guru2 ini, as mereka yang sepatutnya menjadi guru adalah mereka yang excel dlm exam, bukannya seperti di dalam suasana sekarang di mana mereka yang menjadi gurur adalah mereka-meraka yang tidak dapat melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi atau sebab tiada kerja lain, maka profesion guru adalah resort terakhir untuk mencari rezeki. Impaknya, guru2 ini tidak bersemangat di dalam mengajar, dan akan menjejaskan reputasi dan perkembangan anak murid.

Any comment mengenai isu ini?

ieka said...

siti, part of my point was taken from the konvesyen jugak.. hehehe and yes it was in year 2001 yg kite pergi tu:)

IeNa said...

oo ye ker? hehe, kita kan tak sama kumpulan kan tikot, aku group resolusi lain, ko group lain sbb wakil universiti sumer kena pecah2 group,kan?

semalam ter'browse' laman web PKPIM sbb nak cari info hotel,secretariat mereka aktiflaa :)