Monday, October 11, 2004
Rama-rama Dan Cinta Lelaki..
Wahai wanita, anda adalah perhiasan.
Dunia ini menjadi indah kerana adanya anda yg bernama wanita.
Tanpa anda dunia pasti diselubungi sugul.
Para lelaki yg mendiami bumi ini akan ketandusan kasih.
Dunia pasti tidak menarik untuk didiami.
Rasanya dunia akan penuh dengan kekejaman dan perbuatan2
'sampai hati' sesama sendiri
Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg mengindahkan lagi alam.
Anda telah menyempurnakan keindahan bunga.
Sempurnalah keindahan apabila bunga dikitari sang rama-rama.
Namun anda yg bernama wanita,
mengapa ramai sekali yg sengaja merosakkan diri
di tengah2 kebuasan lelaki.
Memang keinginan untuk berteman fitrah insan,
tapi tak usah mangsakan diri anda
untuk lelaki yg kurang perasaan.
Tamsilkanlah diri anda sebagaimana rama-rama.
Keindahan anda mudah terlerai sebagaimana
mudahnya rama-rama terlerai daripada keindahannya
apabila ia disentuh.
Tatkala rama-rama sudah hilang keindahan,
tiada siapa akan pedulikannya lagi.
Memang ramai wanita berasa bangga
apabila digilai ramai lelaki.
Tapi wahai wanita, sayap anda yg indah itu
pasti luntur sedikit demi sedikit,
melekat di jari lelaki tatkala dia menyentuh anda,
sebagaimana sayap rama-rama
berpindah coraknya ke jari anda
tatkala anda menyentuh serangga yg kecil itu.
Apakah anda tidak berasa rugi?
Apakah anda tidak berasa apa2 yg hilang?
Jika anda seorang wanita sejati,
anda patut berasa rugi sebab ketahuilah,
lelaki amat berbangga sekali
apabila dia dapat meletakkan tangannya
ke atas tubuh anda sedangkan dia tahu,
dia tidak berhak berbuat begitu.
Bezanya lelaki dengan wanita,
lelaki tidak kehilangan apa2
biar berapa ramai wanita yg berada di sekelilingnya,
tapi anda pasti rugi setiap kali ada tangan2
yg tidak berhak hinggap di tubuh anda.
Hanya dengan sekali sentuh
corak rama-rama sudah boleh musnah,
kalau dua kali sentuh mungkin seluruh coraknya tiada,
kalau tiga kali sentuh tidak mustahil
sayap yg asalnya indah itu terkoyak.
Jatuhlah sang rama-rama di atas tanah
tanpa siapa mempedulikannya lagi.
Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini.
Agar dengan itu anda dapat memelihara diri
daripada menjadi habuan sang lelaki
yg hanya ingin mencalitkan noda ke atas diri anda.
Apa untungnya digilai dan diminati,
kemudian berkorban sesuatu
apabila ditagih atau diragut dengan kasar,
kemudian anda ditinggalkan pergi.
Dimanakah nilai anda setelah jatuh ke tanah
dan kedua2 belah sayap anda telah tiada.
Wahai wanita, kasihilah diri anda
dengan menjadikan diri anda berharga.
Nilai anda tentu terletak pada harga diri
yg hanya sanggup dibayar
oleh seorang lelaki dengan harga kejujuran.
Apalah ertinya digilai kalau yg menggilai
hanya lelaki yg tidak tahu diri.
Anda sama sekali tidak berharga
biarpun tinggi nilainya di mata lelaki
yg tahunya melihat anda sebagai `alat'.
Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit
di mata seorang lelaki yg jujur.
Memang sukar sedikit untuk mencari mereka.
Biar terlewat, sebab bersikap pemilih daripada tersalah pilih.
Lelaki terbaik tidak mudah ditemui di mana2.
Dia satu dalam seribu.
Sudah tentu untuk mencarinya payah.
Itu lebih baik daripada bertemu insan yg salah,
sudahnya hanya mencemarkan hidup anda.
Biar hidup sendiri dan selesa membina pahala
daripada hidup berdua
tetapi menjadi pencetus dosa ke neraka.
Biar hidup seorang dan berenang menuju TUHAN
dengan selesa dan bahagia,
daripada hidup berdua dan merasakan
diri masih menggoda untuk semua.
Biar hidup sendiri dan masih kekal serinya
daripada dikelilingi lelaki
tetapi telah hilang maruah diri.
Biar lambat bertemu jodoh tetapi tinggi peribadi
daripada cepat jodohnya
tetapi tidak lama ditinggalkan pergi.
Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya yg terang dan indah
daripada sang kelkatu yg menerjah api.
WAHAI WANITA, HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN…
Note: Wanita dijadikan dari tulang rusuk kiri,bukan dari tulang kepala untuk memerintah lelaki dan bukan juga tulang kaki untuk menghamba diri pada lelaki,tetapi tulang yang dekat dengan jantung lelaki...untuk merasai setiap degup jantung lelaki yang mencintainya dengan penuh kehormatan dan kasih sayang." --> this is not a hadeeth, please note that. Tq.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
:)
Seingat ana dahulu, belajar di UIA takkan ada cabaran yang akan menguji perihal 'kebebasan pergaulan' antara bukan mahram, tapi rupanya ana silap.
Sdg membetulkan langkah, dan harapnya berjaya sampai bila-bila insya-Allah :)
Post a Comment