Assalamualaikum wbt,
Kaifa haal antum? Khayr?
Ana alhamdulillah, di bulan Ramadhan ini terasa hati lebih tenang, masya Allah :)
Semalam bermesyuarat di rumah Zainal bersama Kak Aza, Mudin, Ustaz Md Noor dr Melaka dan seorang bro dr Kolej Yayasan Melaka (tak tau saper nama dia), alhamdulillah, byk perkara yg dikupaskan dan dipelajari. Lama dah tak join usrah Tokcik, tu yg sekali join tu, seronok rasanya. Ingat lagi ketika di SRC, setiap minggu ada usrah selepas Subuh and wajib hadir, kalau tak kena keluar surat tunjuk sebab naper tak hadir hehe. Gembira bertambah bila di dalam perjalanan pergi ada rezeki yang hadir tak disangka-sangka, dan di dalam perjalanan pulang, berjumpa dgn geng rapat yang sama nama, Zurina grad Accounting UIA, alhamdulillah :)
Di sebalik kegembiraan tak tersangka-sangka tu, ada juga dugaan yang menimpa. I was having running nose yang agak heavy juga sampai menghabiskan tisu rumah Zainal dan memaksa dia membeli tisu baru (extra 3 kotak tisu lagi tu untuk ana) sbg supply tambahan. Hehe. Takpelah,kan..tak dpt jamu minuman, jamu tisu pun ok ler hehe. Having heavy flu sampai kepala pening, balik umah terus tidur tak prepare juadah berbuka pun :) Betullah di dalam bulan Ramadhan, kesabaran hati lebih menebal. Nak marah orang, biler ingat kita sdg berpuasa, tahan jer hati supaya jgn marah. Kalau di bulan-bulan biasa, mmg senang jer nak terpamer kemarahan tu samada melalui mulut ataupun di hati.
Semoga kita semua mendapat rahmat, kemuliaan dan keampunan Allah di bulan mulia ini. Siapa yang tidak takut jika ini adalah Ramadhan terakhir kita? Banyak lagi dosa yang tidak terbasuh, maka sama-sama kita berusaha mengejar kebaikan dan rahmat di bulan mulia ini, insya-Allah.
Pagi-pagi lagi bro Tomie kenalan dr Mesir memberitahu bahawa sahabatnya meninggal dibunuh di Mesir. Membaca berita di Utusan, astaghfirullah, zaujah dan anak-anak turut menjadi mangsa. Di bulan Ramadhan, masih tergamak untuk membunuh orang? Allahualam, manusia sudah semakin hilang kewarasannya, apatah lagi apabila melibatkan harta dan wang.
Apa pun, semoga roh mereka mendapat keampunan dr Allah.
Doakan juga saudara-saudara kita yang sedang di dalam perang dan cabaran agar mereka tabah di dalam menghadapi Ramadhan ini. Kita yang mampu beribadat tanpa sebarang rasa takut dan halangan besar di Malaysia ini, perbanyakkanlah syukur. Selagi ada kudrat, pergunakannya untuk Allah dan Islam.
Moga kita menjadi di kalangan mereka yang terpelihara, dunia dan akhirah, insya-Allah.
Akhirul kalam, wassalam :)
No comments:
Post a Comment