Tuesday, December 28, 2004

Berita Kak Iqin di Harakahdaily today

KUALA LUMPUR, 28 Dis (Hrkh) - Penggerak Nisa’ wal Banat Pusat, Nor Ashiqin bt Mohd Ali, 25 tahun, telah pulang ke rahmatullah akibat kemalangan jalan raya di lebuhraya Puchong-Kajang (berhampiran IOI) pada 16 Disember 2004. Jenazah arwah telah selamat dikebumikan di Bangi pada malam kejadian.

Beliau meninggalkan seorang suami dan seorang anak lelaki Amiir Husaini bt Ahmad Faizal yang baru berusia 7 bulan.

Bekas Pengarah Nisa’ wal Banat Pusat, Dr Lo’ Lo’ Mohd Ghazali berkata, jasa Nor Ashiqin kepada Amal Nisa’ adalah amat besar.

Allahyarhamah banyak memberikan sumbangan tenaga dan idea di dalam membantu perkembangan serta perlaksanaan aktiviti Nisa’ wal Banat Pusat. Antaranya pernah terlibat di dalam penganjuran Jambori Nisa’ di Templer Park dan Pertandingan Sayembara Nasyid An-Nisa’ wal Banat pada tahun 2003.

Allahyarhamah juga gigih di dalam membantu aktiviti-aktiviti Nisa’ wal Banat yang memerlukan tenaga beliau secara langsung dan tidak langsung.

Pihak waris Allahyarhamah memohon agar mana-mana pihak yang mengenali beliau agar dapat memaafkan segala kesalahan Allahyarhamah yang mungkin terbit daripada tutur kata mahupun tingkah laku.

Seterusnya sekiranya ada sebarang hutang yang belum sempat diperjelaskan harap dapat menuntutnya secara terus kepada pihak waris beliau. - zs
************************************************************************************
Alhamdulillah, syukran kpd Kak Aza atas bantuan yang diberikan di dalam menyiapkan artikel ini semalam. Tak sangka begitu cepat editor Harakah meng'post' artikel kami since only this morning saya menghantar e mail kepada beliau mohon diuploadkan berita ini. Nak mengarang artikel bukannya mudah, ditambah dengan faktor-faktor lain yang menyebabkan kelambatan namun alhamdulillah Allah hantar Kak Aza pada saya untuk beri bantuan memperelokkan bahasa.
Semoga semuanya selamat, di sini dan dunia sana.
Assalamualaikum wbt.
P/S: Nak view artikel boleh refer di sini:

No comments: