Assalamualaikum wbt,
Yesterday, di dalam kesibukan menguruskan makanan VIP di TTC untuk Seminar Pegawai Penyiasat, Ika menelefon dan kemudian dituruti Zainal memberitahu supaya ke Hospital Putrajaya kerana Kak Shiqin accident, dan mungkin sudah tiada.
Di dalam kekabutan mengejar masa utk makanan VIP, agak samar-samar messagenya, tapi yg jelas, aku kena ke Hospital Putrajaya. Dan kemudian bateri telefonku habis sejurus sahaja bercakap dengan Najibah mengenai perkara yang sama. Berlari untuk charge bateri di dalam dewan, dan kemudian Aida menelefon memberitahu. Sehabis sahaja urusan VIP, aku mohon balik awal untuk ke Putrajaya, dengan hati yang terasa seperti kosong tidak tahu hendak menunjukkan reaksi apa. Terkejut, rasa tidak percaya, rasa tidak yakin semuanya bercampur dalam satu. Dan En. Budi memahami dan membenarkan aku pulang awal, walaupun sedikit terasa bersalah kerana kelmarinnya juga aku pulang awal dari seminar untuk berkejar ke UIA untuk kelas Marketing.
Mengikut Kak Izan dari CMU MSC, aku bergegas hendak ke Hospital Putrajaya, dan dalam perjalanan Hany menelefon jenazah sudah dibawa ke Bangi. Aku turuti Kak Umamah di sana kembali di rumah sambil menunggu Kak Lin, Kak Asiah dan Kak Wiyah dari Shah Alam untuk pergi sekali melawat jenazah. Lama menunggu sehingga Maghrib, sempat berbual-bual dengan mak Kak Umamah, and dia menenangkan kami di sana. Ada pengganti ibu Amiir nanti insya-Allah, Shiqin tu baik, Allah sayangkan dia, bawak bersabar banyak-banyak. Aku hanya sekadar mengangguk dan mendoakan.
Aku masih tidak menangis lagi ketika itu, sehingga saat aku menelefon Ustazah Nora untuk memberitahu ttg pemergian Kak Iqin. Tersekat kerongkongku untuk menyatakan pesan Kak Iqin pada beliau bahawa arwah pernah berpesan sampaikan salamnya pada Ustazah Nora dan menyatakan kerinduan yang amat padanya. Tak mampu nak kukeluarkan kata kecuali air mata. Tersekat-sekat dan akhirnya aku hanya SMSkan sahaja pesanan arwah kepadanya.
Kami bertolak ke Bangi selepas solat Maghrib, dan sampai di sana kami temui ramai org di perkarangan rumah arwah. Ketika sampai aku berjumpa dgn Aini dan husband, berbual sedikit ttg peristiwa, dan kemudian aku ternampak kumpulan juniors dan Ika. Sambil memeluk seorang demi seorang junior aku sudah tidak dapat menahan air mata, dan dgn Laili pelukan aku lama dan kejap. Tersedu aku di situ kesedihan. Ika was there with me, nasib baik dia kurang menangis, kalau tidak mungkin aku akan lebih sedih. We were close to Kak Iqin, apa sahaja event, pasti kami di kalangan adik-adik yang tak dilupakan untuk dijemput bersama.
Ramai MMUrians dan muslimat PAS di sana yang kami temui. Aku sempat SMS Dr Lo' Lo' ttg pemergian Kak Iqin, tapi she was in the middle of something, begitu jga dgn Ustazah Nora. Terkilan sedikit kerana tak sempat nak lihat jenazah kali terakhir, tapi Ika sempat cium jenazah. Cukuplah dia sekadar wakil. Jenazah dikebumikan selepas Isya'. Tak sempat nak berjumpa dgn Abg Faizal pun. Aku harap dia tabah. This my big bro, i could not imagine of what did he feel over pemergian Kak Iqin. I really hope dia tabah.
Kembali dr rumah jenazah, aku menumpang Laili, Momay dan Ina kembali ke rumah Ika. Berbual lama dgn Eza housemate baru Ika mengenai Mardhiyah Lim krn mereka sama-sama UTP. Ketika Ika bersolat, aku pula menadah tangan pada Allah mohon roh Kak Shiqin sentiasa dilindungiNya, ditempatkan di kalangan mereka-mereka yang beruntung kerana arwah adalah seorang yg sangat baik, contoh muslimat di kalangan kami sebenarnya.
Sebelum tidur, sempat menghantar SMS pada Abg Faizal supaya dia bersabar, dan kemudian merenung kembali saat-saat aku bersama Kak Iqin. Terputar kembali kenangan kami bersama di sekolah pondok dahulu selama seminggu terutama ketika aku jatuh demam yang teruk menyebabkan mereka yang bersama bersusah payah menjagaku saat itu, saat-saat aku menceritakan peristiwa sedihku kepadanya kerana dia turut mengalaminya sebelum aku, saat-saat dia membawa masuk aku ke dalam Nisa', saat-saat kami bergembira bersama di jambori Nisa', saat-saat kami bersama-sama berpergian ke muktamar bersama Abg Faizal, menjaga gerai dan sebagainya. Kami turut bersama-sama bertukar fikiran untuk memperbaiki Nisa', dan kehilangannya merupakan kehilangan yang besar bagi kami.
Sebenarnya, penglibatanku di dalam banyak aktiviti adalah hasil dorongan arwah. Keputusanku untuk belajar bahasa Arab di UIA, penglibatanku di dalam jemaah dan Nisa' sedikit sebanyak adalah kerana usahanya membawa aku untuk mengenali dan memberikan sumbangan kepada Islam. Moga-moga apa sahaja yang kebaikan yang kulakukan selepas ini, arwah juga akan mendapat ganjaran kerana beliau turut memainkan peranan menunjukkan jalan. Sumbangannya kepada diriku bukan sedikit, yang berjaya men'transform'kan diriku menjadi seperti diriku pada hari ini. Menjadi Zurina yang dulunya pernah mengimpikan peluang untuk menyumbang di dalam Islam, dan terpenuh hajat itu dgn hadirnya Kak Iqin dalam kehidupan yang sering mengajak kepada sebarang peluang untuk kami berbuat demikian.
Pasti aku akan merindui beliau dan catatannya selepas ini. Catatannya terakhir adalah mengenai majlis Aidilfitri di Taman Melewar, tergambar keseronokan dan kebahagiaan arwah bersama husband dan anak. Antum boleh lawati blog arwah, just click over Kak Nuun-Ummu Amiir's Point of View di senarai blog sahabat-sahabat ana.
Al Fatihah untuk Kak Iqin, seorang kakak yang amat memahami dan amat baik. Beliau pergi dengan restu suami, seorang sis yang solehah, berilmu tinggi dan penuh berakhlak. Moga berjumpa kita di akhirat nanti, moga-moga kita semua ditempatkan yang di kalangan mereka yang dikurniakan rahmat di Yaumil Mahsyar nanti.
Selamat kembali menemui Kekasih yang Abadi Kak Iqin, saya sentiasa doakan akak berbahagia di dunia sana. Semoga pusara Kak Iqin menjadi salah satu taman-taman syurga, dan semoga sumbangan Kak Iqin di dalam dunia Islam sentiasa mewangi insya Allah.
Ameen.
7 comments:
Sedihnya tak dpt nak terucap.
Allahu Akbar! Berikan kami kekuatan atas kehilangannya, moga dia sentiasa di bawah lindungan rahmatMu.
Ameen.
innalillah . Ana first time baca blog arwah 17 hari bulan lepas walaupun tak kenal arwah. Terkejut bila coretan kat blog mardhiah12 tentang berita ni. al fatihah.
:)
Sampai sekarang mcm tak percaya arwah dah pergi, tak dpt nak bayangkan pun jenazah arwah.
Tersedar sekejap bahawa dunia ini hanya pinjaman untuk kita sekejap cuma, tak tahu biler kita akan dijemput pergi.
Sebelum ni biler dgr org meninggal, jarang terfikir apa yg bakal berlaku di dalam kubur nanti, tapi dgn pemergian arwah, hati asyik berkira-kira bagaimanakah arwah di sana, tapi insya-Allah arwah seorang muslimat yang baik, byk berikan sumbangan tak ternilai bagi kami, moga Allah sentiasa merahmatinya.
:) Sabarlah siti. Kita sayangkan dia, tapi sayang ALlah itu lebih lagi. Bak kate mudin, after all death is the only way to heaven. Cuma aku tak mampu nak tulis apa2 lagi pasal Allahyarham sbb nanti start nangis balik. Kita tak tahu masa kite pula, mungkin sebenarnyer sekejap je lagi. DUnia hanya pinjaman, insya-ALlah di 'sana' kita bertemu kembali yer.
YANG HAK telah menyempurnakan HAKNYA... maka bersabarlah dan redhalah.
"Allah berikan kita nikmat matahari,tapi tiba2 Dia tarik nikmat itu,dia gantikan dengan guruh, kilat.kita menangis mencai matahari.tapi Allah maha pengasih.dia gantikan dengan pelangi.."
tiada kata lagi nak diucap ..kelu lidah untuk terus berkata..kau hadir skejap cuma..pinjaman dariNya..sampai masa pasti pinjaman harus dipulangkan..sesekali..terasa bahagia mengingatimu..peribadimu yang indah mengubahku yang banyak tersasar..kau sulam dengan kasih sayang dan kelembutan dalam menasihatiku..kau tak pernah memarahi apatah lagi memaksaku tatkala aku enggan ..
memang padanlaa kau dengan abangku yang amat ku sayang dan hormati..keduanya berperibadi mulia..benarlaah janji Allah.wanita yg baik untuk lelaki yang baik..denganmu..aku banyak belajar ttg hidup..denganmu aku belajar menghormati..denganmu juga aku belajar memasak..(sesuatu yang suka arwah ajarkan untukku walau dia sendiri tidak terror)..dan yang paling manis..aku belajar hidup dengan kelurga yang ramai..meyertai usrah dan berkenalan dengan kawan2 arwah yang tentunya baik -baik belaka
jika dulu..seminggu tak mendengar suaramu..aku dah jadi rindu-rinduan..tapi malu untuk mengakuinya..selalunya..kita akan bergaduh di telefon.aku suka sekali tanyakan mu.."tak rindukah akak pada naa..?""akak tel ni ,rindu kat naa ke?"tapi tak sekali kau akui..maka bermulalah pergaduhan yang aku kira buatkan rinduku panyamu makin menggunung..
minggu terakhir arwah..setiap hari dia menalefonku..mungkin untuk meninggalkan kenangan terakhir buatku..sempat lagi dia jokes dgnku(menyamar peg maybank) ttg maybank card ku yg ditelan atm sedangkan akaun maybank pun aku tak ada.
emmmm...akak..berbahagialah kau disana..akan ku selalu doakan mu..amir husaini akan menjadi org yang mulia nanti..insyaAllah..aku akan tetap merinduimu kak..walau ada yang datang mengganti..pasti tidakkan sama denganmu..
akak..sungguh rinduh padamu..cikna's amir
Assalamualaikum cikna amir,
Ni Diana adik Abg Faizal ker ni? :)
Post a Comment