Monday, December 13, 2004

Teambuilding best

Assalamualaikum wbt,
Bersua lagi kita :)
Alhamdulillah teambuilding di Perak was ok, cumanya kami tak sempat nak mandi sungai walaupun sungai tu betul betul di sebelah tempat kami menginap. Staff lelaki jer sempat terjun sungai sbb bilik derang mmg depan sungai. Pompuan jauh ke dalam sket. Hanya sempat meranduk sungai tu ketika jungle trekking, kena seberang sungai sebelum sampai ke checkpoint terakhir.
Kami bertolak pagi Rabu, sampai di sana pukul 2 petang. Kami pergi dengan 2 bas. Nasib baik sempat bawa novel, so dlm bas membaca. Seperti biasa Midun dan Zaki dgn perangai nakal derang kenakan Kak Fida, Kak Imah and me. Midun sat next to me sambil kacau Kak Fida and Kak Imah. Sempat tunjuk kad kahwin dia ngan Fara to me, saying that was his passport to sit next to me. Kalau belum kahwin dia tak berani nak duduk sebelah (mcm yer yer jer, padahal waktu kat Sabah Sarawak utk Program Customer Awareness dlm plane selamba jek duduk sebelah). Ada ker hujah mcm tu? Pastu time dia nak lelapkan mata, siap boleh bagi warning to me not to seduce him while he's sleeping!! Giler betul mamat nih. Tu tak campur lagi kalau geng-geng investigators lain ada (Zaki, Suhaini and Zulhabri), lagi saiko dibuatnya. Awat ler Tn Hj boleh tersuka kat derang sampai absorb derang dlm FMD ni. *Sigh*
Honestly in my life, tak pernah jumpa insan-insan nakal senakal derang 2 org nih. Dah kahwin pun perangai mcm tak rupa dah kahwin, dah jadi ayah org pun tapi perangai cam bebudak tahap naga. Pernah sekali i pukul Midun waktu kami naik flight sama ketika menuju ke KL dari Sarawak dek kerana geram sgt2 ngan dia, nakal sgt. Cuba bayangkan dia boleh buat assessment on stewardess2 dlm plane tu. Malu rasanya mendengar lelaki menilai tubuh wanita di depan mata sendiri. And kalau nak hitung dah baper kali terasa kaki ni rasa ringan jer nak kick bebudak dua org ni kat ofis sbb asyik kena usik, mmg dah tak terhitung dah, pk derang ni lelaki jek, kalau pompuan lama dah kena side kick atau front kick. Nakal gilos.
Tapi apa pun, they are my favourite buddies in the office. Nakal2 mereka pun, they are brilliant. Concern and always take care abt us. Always share their knowledge with us, always gamatkan office dgn hilai ketawa yang actually kalau nilai betul2 mmg ada rupa suara langsuir hehe. Bestlaa dgn derang, mmg tak kering gusi. Midun and Zaki ni mmg jenis nakal, tapi kalau time serius, mmg kagum dgn the way of their thinking. For me Midun is a wise man, he knows what he needs and wants to do in his life. Suka berbual dgn dia sbb byk dpt kutip idea yg kekadang tak pernah terpk. Waktu dalam bas sebelum dia tidur, we discussed abt Rich Dad, Poor Dad written by Kiyosaki on how to become rich in smart ways. Midun taught me how to make money without having even a single cent for capital. Mmg boleh jalan, tapi kena pandai convince org dan kena ramai network :)
Kat teambuilding, one of the faci was budak MMU junior Zahan. Ntah mcm mana dia tau yg i ni budak MMU, another faci yg tolong tanyakan. Terkejut jugak dpt tau dia budak MMU sbb tak pernah kenal walaupun muka cam familiar. Dapat tau dia tu junior pada malam terakhir kami kat sana. Haiyaa, kalau tau lama dah org buli budak tuh suh bagi my markah kumpulan tinggi sket hehe.
En. Budi jadi koordinator makanan, mmg dia chef berjaya walaupun dengan kaki bertongkat sbb jatuh 2 hari sebelum bertolak ke Perak. Tok Penghulu kami pilih dr kalangan Non-Executive, dan semua ketua kumpulan pun dr golongan Non-Executive. Nak bagi mereka peluang memimpin pulak. Tetiap pagi dan petang ada kawad kaki, mcm haper2 jek dah besar2 camni kena berkawad gak. Pastu kena jerit kuat2 lak tuh, kiri kanan kiri kanan. Yang ajar kitorang tu mmg bebetul askar, garang jugaklaaa. I brought my own sleeping bag, terasa mcm org Eskimo tidur dlm ais, mcm tu ler gamaknyakot kalau ambik photo time tido kat sana hehe. Sejuk!! Mmg tak tahan kalau tido tak berlapik kat atas lantai kayu tu. Nasib baik yang tak bawa sleeping bag ada bawa tikar, kalau tak mmg tak dpt bayangkan camner derang nak tidur.
Pengisian program best juga, kena buat bridge dan permainan mematuhi arahan. At first kitorang kena buat bendera kumpulan, motto dan lagu sendiri. Kena nyanyi pulak tuh. Nasib baik in my group ada 2 org yg mmg terer buat lagu dan seni kata, giler ah me and En. Mahmud gelak tahap naga biler En. Karim suh kitorang sumer buat bunyi metahorn (bunyi dia camnih, bom bom bom bom bom sampai habis lagu), biar dia jek yang nyanyi lagu tu sorang-sorang. Kelakar jek. So biler buat persembahan tu, me tak nyanyi pun, bantai gelak kat depan tu. Tak leh aaa, cam kelakar giler. Tapi mmg tak leh tahan aa gelak memula tu, especially tgk En. Mahmud gelak yg sebelum ni tak pernah tgk pun dia gelak camtuh punyer besar kat ofis. Mungkin sbb kami agak formal sket orgnya, so biler org suh buat bebende yg mcm terasa tak masuk akal tu, terus jek tergelak. Takpe aa, pengalaman. Tapi lagu kitorang tu mmg popular sepanjang program, sbb ada bunyi metahorn kitorang tu aaa hehe.
Ada sukanika tapi me tak pergi sbb sakit kepala dek kerana kepekatan kopi yg Zaki buat ptg tuh. Actually setiap kumpulan ada schedule sendiri kena masak untuk semua. So my group was assigned utk minum petang. Zaki nak buat kopi, kalau you guys tgk dia buat kopi, mmg mengucap. Pekat giler. Hitam sgt-sgt. Agaknya sbb tu kot kepala pening, tak pun sbb kena gerimis hujan waktu main IQ Game. Game ni kita kena pk mcm mana nak masukkan segala jenis bola dlm bakul menggunakan tali and tak boleh bercakap kecuali leader, and kemudian angkat bakul tu keluar dr petak permainan menggunakan tali. Nak tau bola apa yg kitorang kena angkat guna tali tu? 1 bola sepak, 1 bola jaring, 1 bola tenis, 2 bola kecil sket dr tenis, 3 bola ping pong. Bayangkan susah giler nak angkat bola guna tali, Khairul sampai dah naik marah2 dah time main tu. Dia panas hati giler sbb susah sgt nak masukkan bola.
Kami ada qiamullail jugak, Tn Hj yg lead. Best dia bawak Surah Al Waqiah and ada lagi satu surah tak tau apa. Boleh tahan jugak my GM nih rupanya. Nasib baik dia tak suh buat solat Tasbih, kalau yer mmg ada ler yg sujud tak bangun2 (including me ler tuh hehe). Ye ler, kitorang buat qiam pada malam hari kami pegi jungle trekking. Dahlaa mencabar giler trekkingnya. Mestilah penat giler. Dah ler qiamnya start kol 3 pagi. Me and semua ketua biro buat meeting post mortem ringkas sebelum tidur, habis meeting jek dah kol 12. Berapa jam jer tidur, huish mencabar sungguh.
Sebut pasal jungle trekking ni, kitorang kena cari several items dgn clue yg dah dibekalkan. Serius terasa jadi aktress Hindustan sbbnya biler nak turun bukit yg curam hampir 88 darjah tu, disebabkan brek kaki tak jalan, so biler turun laju tu mmg kena pandai tangkap pokok2 utk tahan diri dari jatuh. And me pulak setiap kali tangkap pokok terpaksa berpusing 360 darjah mcm citer Hindustan time tgh nyanyi lagu cinta kat pokok ekekeke, bergayut-gayut kitorang dibuatnya. Dahlaa i was the only pompuan in my group, paper derang mmg bagi attention lebih aa sket. Tapi tak jugak sebenarnya, sebab me kena bawa durian sepanjang jalan tu, kalaulah ditakdirkan tergolek, dengan durian2 tu sekalilah tergolek. Maunya luka. Waktu randuk sungai, batu-batu licin giler, nak tak nak kena pegang En. Mahmud. Maaf ler En. Mahmud, dah kira darurat dah tu, tu pun ok lagi dr Kak Norizah and Dz yang hampir hanyut, nasib baik teammates lain tahan, kalau idak tak tau ler apa citernya. Maunya bergolek2 kat sungai tu sbb arus deras.
Lastly waktu nak balik, salah satu bas rosak. Terpaksa sumbat 30 org bersama dgn segala beg dan hampers sekali dalam satu bas. Kalaulah apa2 berlaku time perjalanan menuju ke Tapah sebab bas gantian menunggu kat situ, mau gamaknya FMD tutup division sbb sumer staff have gone to the heaven! Hehe. Tapi alhamdulillah semua selamat. Apa lagi, bebudak nakallaa yg kena berdiri sebelum sampai ke Tapah tu, bising giler derang buat jokes and gelak. Balik kami singgah beli buah mangga and jambu di Tapah, before kami split up naik 2 bas. Khairul, Zahan and I naik bas yg sama. Bas MMU dulu. Zaki and Midun tak nak naik bas MMU sbb derang kata derang mana layak naik bas tu, derang bebudak UPM jek. Rasa nak sekeh pun ada bebudak nih.
Sepanjang perjalanan Khairul ajak me and En. Zul berbincang ttg persoalan iman, mcm mana nak hafal Quran, ttg konsep usaha dlm Islam etc. Bagus jugaklaa perbincangan tu, takdelah sia sia jek. Sampai ke KL kami dok discuss sampai me dah ternangis2 dah sbb ngantuk, tapi tak nak tidur sbb discussion best.
Sampai di ofis pukul 9.30. Kak Imah hantar balik ke LRT and terus balik umah. Sebab dah jamak Isya'k di ofis, makanya sampai terus mencari bantal utk tidur. The next day bangun alhamdulillah badan tak sakit-sakit. Mungkin sbb tak seteruk camping taekwondo dulu kot. Waktu my taekwondo camping tu, every morning and evening buat latihan, pastu ada latihan lasak dan permainan kombat etc. Tu yg balik 5 hari jadi robot atas katil. Sakit badan dibuatnya. Apa taknya, latihan lasak kena buat latihan mcm askar, panjat wall 5 and 10 metres, pastu bergayut sana sini, mmg mcm latihan askar betul. Waktu malam main kombat2 and trekking waktu malam. Giler tak trekking dlm hutan waktu malam? Tapi hutan tak curamlah,htan jenis landai, and lastly sebelum sampai checkpoint akhir kena randuk paya yang ada lintah!! Uwaaa, nasib baik tak kena. Azwan one of our group yang kena, taubat dia tak nak masuk paya lagi pas insiden tu hehe.
Semalam call Abg minta maaf sbb tak dpt hadir ke wedding ceremony dia. Bunyi dia mcm hampir merajuk. Mungkin sbb mak dia beriyer2 suh dia ajak my younger sis tidur rumah dia (i know Abg since he was my schoolmate, and my younger sis kenal kakak kpd Abg ketika di USM), ended up kami dedua tak pergi pun sbb di majlis belah pengantin pompuan serentak dgn majlis Ija, and waktu kenduri Abg i have to be at UIA for discussion sbb dah 3 hari di Perak. Takpelah, semuanya dah selamat, alhamdulillah :)
Tu jerlah kot, panjang sgt dah ni. Tapi takpe, sbbnya esok sampai Khamis ni i will not be in the office krn handle seminar di TTC, kemudian Isnin depan akan terus ke Penang sampai Khamis, dan akan terus ambil cuti sbb ada exam Econs Ahad tu. Kemudian mungkin akan ke JB pulak.
Banyaknya keje, banyaknya project to be submitted, and yet i'm still here! Hehe.
Ok guys, assalamualaikum wbt :)

4 comments:

Hany FF said...

jatuh chenta gak dengan nasyid Mu'allim nih
x) :D

ieka said...

Panjangnyer... heheh

IeNa said...

hehe, qadha' tak tulis blog for 5 days, tu yg panjang tuh hehe.

Hany dah jatuh chenta pada lagu yg sama? Best best, ramai geng camnih :D

Anonymous said...

Sami yusuf kan hua masihiyyan.. waslam fi uruuba.. dilwa'ti min duaat ma'ruufah..

kalau ader sape2 nk kirim beli Al Muallim - Sami Yusuf ni.. bleh je nk tlg belikan.. tapi kena bg duit le.. coz member2 le katakan.. apa2 kng daku dalam doamu.. wassalam.