Monday, December 06, 2004

Rindu

Assalamualaikum wbt,

Sekarang sedang menikmati lagu yang terpasang di site kasutt_tterbang (tak kenal siapa ownernya tapi afiz yang forwardkan url, jazakallahu khairan fiz :)

Suka sgt dengan lagu ini, lagu yg kadang-kadang aku dgr di radio IKIM tapi tak tahu siapa penyanyinya, aku assumekan Kumpulan Debu, but not so sure. Browse net tadi baru tau siapa penyanyinya, Sami Yusuf (never heard his name before this). But very nice to listen to this song, tenang jer hati rasanya. Teringat kenangan ketika di Masjid Nabawi, pusara baginda telah kulawati, tapi benarkah kucintai baginda sepenuh jiwa dan hati? Melihat perangaiku yang tak serupa orang ini terasa seperti malu sendiri. Banyak sunnah baginda yang tidak aku praktikkan dlm kehidupan, layakkah aku mengaku aku mencintai baginda? Aku harap aku dibangkitkan di dalam golongan yang akan berdiri di belakang baginda di Yaumul Akhir nanti (praying hard for that, please pray for me too ya).

Dan sekarang ini aku rindu hendak ke kelas Arab, rindu yang menggunung kerana di kelas itu aku byk mempelajari banyak perkara, sepanjang perjalanan ke kelas Arab biasanya ketika itulah aku akan merenung diri, menikmati puas-puas zikir keseorangan walaupun ditemani oleh Mak Teh dan Kak Rin yang biasanya akan bercakap berdua di tempat duduk hadapan meninggalkan aku 'terbang' keseorangan meneroka dan menjelajah ruang bersendiri, berfikir sendiri, dan merenung diri.

Kiranya aku tidak ikuti kelas Arab lagi, pasti kurindu masjid UIA PJ yang sering kami singgah utk solat, pasti rindukan karenah ustaz-ustaz yang pelbagai, dan yang pasti aku akan rindukan classmatesku yang sungguh baik. Kak Zuraidah dgn keberaniannya, Kak Nadia dgn manis dan ketenangah wajahnya, Kak Maria yang sgt rajin dan pandai, Dato' Sujak yang sering buat aku ketawa dengan soalan-soalan yang aku rasakan funny kepada ustaz, Uncle Bahrin accountant berjaya, Uncle X (luper lak nama dia time nih) yang sgt2 pandai dan berani tanya dlm kelas, in a way bantu kami yang malas nak tanya soalan ni, dan Dr Y (pun dah lupa nama) yang sering travel dan sering ketawa apabila menjawab soalan kalau tak confident. They are my best buddies. Eventhough i'm the youngest in the class, they treat me very well and nice, always listen to my opinions and stories. Love them very much!

Semalam Ija kahwin, kacak dan tinggi zawwijnya, nampak baik jer (ye ler, dah student Mesir, mesti ler baik), tak sempat nak cakap apa2 dgn Ija. Kak Nuun, iena hanya sempat kirimkan salam dan doa akak pada adiknya krn tak dpt bertemu pengantin semalam :)

Selepas balik dari rumah pengantin, singgah di rumah sedara ibu yang rumahnya mmg berhampiran dgn rumah Ija, dan kemudian terus ke rumah Induk (my makcik). Dari pukul 5.30 ptg dijamu dgn nasi tomato dan nasi impit, boleh pulak disambung dgn sesi 'mengeteh'. Memula tak faham istilah ni, rupanya istilah untuk sesi minum teh. Hehe,memacam istilah :D

Tak boleh lama di sini, perlu menyiapkan kerja dan assignments before bertolak ke Perak Rabu ni. I have 1 assignment Econs, 1 presentation and report for the same subject, 1 assignment for Marketing, and lastly assignment Systemic Thinking sbb Fazrul dah minta Sabtu lepas. Tak campur lagi assignment dr Abg Is suruh review buku Fathi Yakan. Hmm...banyaknya urusan yang perlu dibuat.

******************************************************************************
Ya Habibi Ya Muhammad, Ya Shafi'e Ya Muhammad
Ya Mustafa Ya Imam al mursaleen
Ya Mustafa Ya Shafi'e al 'alameen
* di antara bait-bait lagu Al Mua'llim yang dinyanyikan oleh Sami Yusuf :)

Berkunjung ke laman site kumpulan Debu tadi, dan aku cemburu membaca lirik lagu mereka. Lirik lagu mereka menggambarkan tahap kecintaan penulis yang tinggi pada Allah, terasa rendah diri yang teramat.Teramat!

No comments: