Tuesday, December 28, 2004

Terima Kasih (from Abg Faizal)

Assalamualaikum w.b.t

Bagi pihak keluarga Allahyarham Nor 'Ashiqin Mohd Ali, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua atas ingatan,kehadiran,ucapan,sedeqah,pertolongan dan juga Doa yang dikirimkan kepada allahyarham dan keluarga. Moga moga dengan segala "sokongan" tersebut Insya Allah akan menambahkan lagi keselesaan dan ketenangan beliau di alam sana.

Kepada yang sempat/pernah mengenali allahyarham, mohon maaf bagi pihak beliau kiranya ada salah silap dari segi tutur kata dan perbuatan, bagitu juga sekiranya ada sebarang hutang yang perlu diselesaikan/dihalalkan harap dapat dihalalkan atau diselesaikan seberapa segera dengan saya selaku waris beliau.

Semoga Allah merahmati kita semua dan menetapkan kita di atas jalanNya.

Wassalam..

Faizal

No comments: