Tuesday, December 14, 2004

Dugaan datang lagi

Ya Allah,

Dalam kesibukan aku berlawan dengan masa yang bakal datang ini, rupanya aku masih berlawan dengan masa silam, yang aku kira sudah lama tamat.
Dengan rahmatMu kami dipertemukan dahulu, terpisah kemudian, dan kemudian bertemu lagi di dalam suasana yang tidak pernah tersangkakan, dan kali ini rasanya kami akan berpisah lagi, mungkin untuk selama-lamanya hingga ke akhirat.
Kau hanya pinjamkan dia untuk 7 tahun ini, bersyukurku ya Allah Kau kurniakan rahmat sebesar ini. Dan kiranya nikmat ini Kau tarik ya Allah, aku sudah lama redha kerana sedar aku bukan hambaMu yang baik dan taat seperti hamba2Mu yang lain.
Aku doakan dia sentiasa berbahagia dunia dan akhirat bersama dengan orang-orang yang dicintainya.
Baru kufaham erti maksud Ika, sekiranya kita mencintai seseorang, kita mahukan kebahagiaan buat dirinya, walaupun dia bukan milik diri kita. Moga aku menyayanginya hanya keranaMu ya Allah, dan bukan kerana sebab yang lain.

La tahzan wahai hati, perlu jadi kuat kalau nak jadi mujahidah.

Laisa hazha kazalik ya qalbi?

La'alla na'am, la'alla na'am.

Wassalam.


2 comments:

ieka said...

:)
I have nothing to say, just sabarlah. Dia lebih Maha Mengetahui.

IeNa said...

Ingatkan akan berpisah dengan seorang sahaja, rupanya Kak Iqin dijemput lebih awal.

Rasa sedih kehilangan Kak Iqin melebihi kesedihan kehilangan Abg Is.

Moga arwah tenteram di dunia sana.