Friday, December 03, 2004

Pergantungan Hanya Kepada Allah

Assalamualaikum wbt,

Ni sajak that i've created in 2001. Bunyi dia sedih sket, sbb mmg tgh sedih sgt time tu. Sajer post kat sini sbb takut kertas catatan sajak ni hilang. So before dia hilang, mari kita abadikan di dalam web blogku ini, ihiks :D


**********************************************************
Pergantungan hanya kepada Allah

Di kala hati sedang dirundung pilu
Aku teringat satu barisan kata
'pergantungan hanya kepada Allah'.

Allah Yang Maha Mengetahui
atas apa yang terjadi
Allah Yang Maha Mendalami
atas apa yang telah
disuratkan ke atas diri

Entah tangisan ini untukMu
Kadang kadang hati
sendiri menjawab tidak tahu

Entah redhakah aku
Hanya hati
yang bisa menjawab!


Iena
2001
Cyberjaya.

*********************************************************

Dun ask me what had happened that led me became so sad during that time. But it was the most tragic experience for me until now in life. Apa pun now i've become stronger and become more mature, insya- Allah :)

Seperti acuan cawan, dalam hendak membentuk cawan yang cantik, cawan tersebut perlu dibakar dan sebagainya, sakit bukan? Tapi hasilnya adalah sebentuk cawan yang cantik. Begitu juga dengan manusia, dalam hendak membentuk peribadi yang unggul, perlu banyak cubaan dan dugaan agar kita terbentuk menjadi manusia kuat dan berdaya tahan. Seperti Rasulullah, baginda juga diuji dengan pelbagai mehnah sebelum diberikan kemenangan. Semuanya tarbiyyah dr Allah :)

Besides, bukankah hidup ini hanya sekejap cuma? Live life to the fullest, according to Islam :D

Wassalam



2 comments:

nursaiful said...

bunyinya sedih kan...? mesti ada problem beso time tu kan...?

IeNa said...

:)

Sedih Cpol, sedih sgt2 and rasanya mcm tak mampu lagi nak hadapi saat-saat tu, na'uzubillah.

Tapi apa pun, semuanya ujian dan dugaan Allah. Hendak tak hendak kena juga terima walaupun sekiranya diberi pilihan, mahu sajer ditukar sejarah silam menjadi sesuatu yang menggembirakan.

Apa pun, syukuri segala nikmat yang kita miliki dan yang tidak. Allah lebih Mengetahui :)

Oo yer, apsal lama sangat menghilang? Tgh sibuk kat site ek?