Monday, December 06, 2004

Mubassyirun (Gembira)

Assalamualaikum wbt,

Tika ini masih di ofis, niatku untuk menyiapkan assignment dan tugasan, dan entah bagaimana ter'browse' blog Faisal Tehrani, membaca cerpen-cerpen beliau.

Lagu Al Mu'allim yang kujumpai di blog kasutt_tterbang menjadi halwa telingaku sejak dari pagi tadi tanpa henti-henti, sungguh aku amat menyukai lagu ini. Sekali aku dah tersuka, tak henti-henti aku akan mainkan, sama nasibnya seperti lagu Al Mu'tamm yang kujumpa di blog Faiz, untuk beberapa bulan ofismate sebelah tempat duduk terpaksa bersabar mendengar lagu yang tak henti-henti aku putarkan :)

Masya Allah, kukagumi seorang yang bernama Faisal Tehrani ini. Bukunya Kombat1115 telah lama kukhatami, dan aku amat puas dgn buku itu. Buku yang tinggi nilainya, teramat tinggi bagi aku yang buta akan sastera, tapi mesejnya yang mendalam di situ membuat aku tidak akan tega membenarkan sesiapa mengambil buku itu tanpa izin.

'Penjelajahan' hasil-hasil tulisannya di blog beliau membuat aku tidak kering air mata, apatah lagi diselangi dgn lagu sayu Al Mu'allim ini. Bacalah kisah 'Kucing Montel di Masjid Biru' dan 'Nenek Negro di Kota Mekah', antum pasti terkesan hati.

Ahh, aku sudah semakin sensitif pabila membaca cerita, dan mungkin aku sememangnya seorang yang sensitif. Tapi bukankah setiap rasa itu anugerah Tuhan?

Syukurku dikurniakan rasa tersentuh yang kuat, dariku dijadikan wanita berhati batu, keras, pejal yang sukar ditebak hatinya, entah kerana karat dosa, atau mmg sekeras bata dr awalnya.

Seorang sister yang pernah menjadi tutor di UIA yang kukenali dan kemudian sekarang berada di UK untuk Phdnya memajukan satu site Nasyeeds yang ada Mp3 Al Mua'llim, kukira hari ini rezekiku amat murah, teramat murah.

Alhamdulillah. Seribu syukurku panjatkan pada Yang Esa.

Membuka Quran petang tadi sejurus solat Asar, dan aku terjumpa kalimah Tasneem dan 'Illiyin di dalam Surah Al Muthaffifin (Orang-orang yang Curang) dan Suratul Insyiqaq (Yang Terbelah).

Tasneem ialah mata air di syurga untuk al muqarrabun (org-org yang dekat dengan Allah) dan 'Illiyin adalah kitab catatan kebaikan. Abg Nazrol namakan anak perempuannya dgn Ainul Tasneem, dan aku pernah terjumpa seseorang yang bernama Nur' Illiyin. Sedapkan nama mereka?

Amat gembira hari ini, amat gembira. Terasa pada tika ini, sudah memadai dgn segala nikmat yang diberi, sekiranya ditambah aku lebih gembira, dan jika tidak, aku sudah puas hati. Moga aku sentiasa menjadi orang yang sentiasa bersyukur.

Terima kasih sahabat-sahabatku, kalian menjadikan hidupku bercorak warna pelangi di dalam pengembaraan insan menuju Tuhan. Barakallahu fiikum pada adik-adik tersayang, pada kakak-kakak dan abg-abg tercinta yang banyak beri sokongan. Kiranya satu hari aku tak sempat menitipkan rasa terima kasihku pada kalian, anggap saja ini sebagai 'advance' . Maaf sekiranya ada yg pernah menjeruk rasa dengan karenahku selama ini :)

Alhamdulillah, alhamdulillah wa alhamdulillah.

:)

1 comment:

IeNa said...

The url for the nasyeeds is http://free.hostultra.com/~islamglobe/Nasheeds.htm

Happy listening :)