Assalamualaikum wbt,
Buat adik Yati, adik di kalangan adik2 yang paling kakak sayang..
Akak tahu Yati kecewa mendengar keputusan Petronas kerana tidak membenarkan Yati menyambung Master, tapi pastinya ada rahmat di sebalik semua peristiwa.
Tidak semua yang kita mahukan di dunia ni akan kita dapat, tapi sebagai hamba yang mengakui dirinya beriman atas ketentuan Tuhan, kita mesti bersyukur dengan segala apa yang kita punya dan yang tidak kita punyai, insya Allah ada hikmah yang masih belum tercerlang di depan mata, tapi insya Allah, pasti ada hikmahnya, mungkin bukan sekarang, tapi pasti ada.
Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu.Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.." Al-baqarah:216.
Hai orang-orang yang beriman jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar. (QS. 2:153)
So adik tersayang akak sorang ni, la tahzan k, berdoa byk2, insya Allah dipermudahkan segala urusan di dunia dan akhirat.
:)
No comments:
Post a Comment