Tuesday, March 15, 2005

Suratul Maryam

Assalamualaikum wbt,

(1)

Mendapat sedikit pengajaran ketika membaca Suratul Maryam yang menceritakan Nabi Zakaria memohon zuriat daripada Allah sedangkan diri baginda sudah tua dan isteri baginda tidak berupaya melahirkan zuriat.

Allah memperkenankan doa baginda namun baginda hairan, mana mungkin diri baginda yang sudah tua dan isterinya yang mandul boleh melahirkan zuriat?

Tercatat di dalam Kitabullah:


[19:0] In the name of God, Most Gracious, Most Merciful

[19:1] K. H. Y. `A. S.* (Kaaf Haa Yaa `Ayn Saad)

[19:2] A narration about your Lord's mercy towards His servant Zachariah.

[19:3] He called his Lord, a secret call.

[19:4] He said, "My Lord, the bones have turned brittle in my body, and my hair is aflame with gray. As I implore You, my Lord, I never despair.

[19:5] "I worry about my dependants after me, and my wife has been sterile. Grant me, from You, an heir.

[19:6] "Let him be my heir and the heir of Jacob's clan, and make him, my Lord, acceptable."

[19:7] "O Zachariah, we give you good news; a boy whose name shall be John (Yahya). We never created anyone like him before."

[19:8] He said, "My Lord, will I have a son despite my wife's sterility, and despite my old age?"

[19:9] He said, "Thus said your Lord: `It is easy for Me to do. I created you before that, and you were nothing.' "


We were nothing when Allah created us, we are totally NOTHING!

Pengajaran yang dpt ana timba dr ayat2 ini:

1. Allah itu Maha Berkuasa, pohon sajer segala keinginan hati,insya Allah Allah sentiasa mendengar.Sama ada cepat atau lambat sahaja, yang pasti Dia mendengar.

2. Siapa kita untuk berlagak di dunia ini sedangkan we are nobody/nothing ketika diciptakan. Bongkak itu sifat Tuhan, bukan sifat kita sebagai makhlukNya. Tak perlu meninggi diri.

3. Jangan melawan cakap ibu sebab disebutkan dalam surah yang sama:

The Infant Makes a Statement(perihal Nabi Isa bercakap ketika masih bayi)

[19:29] She pointed to him. They said, "How can we talk with an infant in the crib?"

[19:30] (The infant spoke and) said, "I am a servant of GOD. He has given me the scripture, and has appointed me a prophet.

[19:31] "He made me blessed wherever I go, and enjoined me to observe the Contact Prayers (Salat) and the obligatory charity (Zakat) for as long as I live.

[19:32] "I am to honor my mother; He did not make me a disobedient rebel.

[19:33] And peace be upon me the day I was born, the day I die, and the day I get resurrected."


Hehe, saya anak yang degil dan keras hati, sendiri mengakui dan ibu bersetuju, katanya saya mewarisi sifatnya yang keras hati dan tidak mudah mengalah, tidak seperti ayah yang lembut hati. Saya mmg jenis yang akan mempertahankan pendapat sendiri apabila yakin benar, dan ibu juga bersikap demikian. Makanya apabila dedua berselisih pendapat, masing-masing nak tegakkan benang sendiri, hasilnya terhasillah satu perdebatan ala ala Dewan Parlimen bersidang hoho.

So lepas ni tak boleh ketegaq lagi (Hany selalu guna istilah ni :D ), tapi best debat ngan ibu, siap boleh tubuh satu team pembangkang kat rumah, Ibu vs Iena & Adik-adik, biasanya ibu kalah ler ngan kami and end up kami gelak ramai-ramai setelah tamat perdebatan yang biasanya hangat. Kalau bebetul ibu marah, kami senyap kibarkan bendera putih, kalau kami menang, ibu akan gelak mengaku kalah.

Despite of perdebatan ini juga, kami menjadi lebih rapat, selesa berkongsi cerita yang dulu kami tidak alami kerana kami semuanya dulu duduk di asrama dan kemudian ke universiti.

Sayang my ibu!! :)


(2)

Menghabiskan 2 hari membaca 1515 karangan Faisal Tehrani, mmg berbara hati membaca plot di mana menceritakan org2 Islam dimurtadkan selepas penaklukan Melaka. Tak tau ler betul ke tidak kisah yang sebenarnya, tapi kalau betul, mmg bergolak rasa hati ni cuba membayangkan apa yang terjadi.Marah sungguh sungguh dibuatnya.

Quite confuse juga dgn cerita ni, entah yang mana satu versi kisah yang ingin dihighlightkan sebagai benar-benar berlaku atau yang sebaliknya. Dengan nama watak-watak yang sama, mmg agak sedikit mengelirukan. Tapi yang pasti, novel ini berharga untuk dibaca :)

Susah peritnya berjuang mempertahankan negeri yang dilanggar orang, sukarnya ingin mendapatkan kembali hak yang dirampas,baru kini saya faham perasaannya. Dan insya Allah lebih memahami penderitaan saudara2 kita di Palestin yang sedang berjuang mendapatkan kembali hak yang terlucut.

Doakan saudara-saudara kita di sana dan di mana jua sentiasa mendapat pertolongan Allah dan mendapat kejayaan.

Wassalam.

No comments: