Monday, March 21, 2005

Pengisian hidup over last weekend

Assalamualaikum wbt,

Huh, dunia ini sudah berpusing giler lagaknya apabila segolongan kecil di Amerika Syarikat diketuai oleh Professor Amina Wadud, seorang Professor Pengajian Islam di Virginia Commonwealth University mengerjakan solat jumaat (dalam gereja) diimamkan oleh Aminah sendiri pada Jumaat lalu. Tak tau apa nak komen dah ttg ni.

Alhamdulillah weekend ini terisi sungguh dgn aktiviti2 bermanfaat.

Jumaat lepas ada sedikit diskusi dgn Abg Faizal yang memaksa hati ini re-consider back my decision yang memberat untuk memberikan perhatian kepada aktiviti yag dirasakan lebih disukai berbanding dgn tanggungjawab yang sedia ada digalas sekarang.
Antara keinginan dan keperluan, setelah ditimbang tara, lebih baik mengutamakan keperluan dari keinginan, apatah lagi keinginan itu masih ada alternatif lain, sedangkan keperluan itu kalau difikirkan dalam situasi semasa, amat diperlukan walaupun saya hanya mampu berbuat sedikit.Malu saya kalau menarik diri sekarang sedangkan org lain sedang bersusah payah berusaha dan saya bertindak meninggalkan mereka, hanya semata-mata mengejar keinginan yang sebenarnya punya banyak alternatif lain (mesti org tak faham apa yg saya cerita ni, tapi takpe, ini catatan hati saya, hanya mereka-mereka yang memahami sahaja mengetahui :).

Alhamdulillah Sabtu lepas saya berpeluang bersolat di Masjid KLCC, dalam banyak2 masjid kat KL ni, masjid KLCC merupakan masjid kesukaan saya. Suka dgn ketenangan masjid ni, biasanya kalau tamat kelas pada hari Sabtu atau Ahad, saya suka singgah di masjid ini untuk bersolat dan kemudian baru pulang ke rumah. Semester lepas saya tidak berpeluang untuk singgah di masjid ini kerana selalunya bersolat di UIA atau singgah di Masjid Jamek sebelum balik, tapi pada Sabtu lepas entah kenapa hati terdetik utk singgah di KLCC. Cuba bayangkan pakai baju kurung pegi KLCC, rasa janggal sungguh. Mmg dari kecil kalau pegi shopping complex tak biasa pakai baju kurung, kalau pakai jubah pun biasanya pakai jubah seluar,tapi pakai baju kurung??Huhu, dalam mimpi jer bulih kot. Hehe, ingat lagi dulu waktu Pre-U geng2 ajak pegi Jusco di Melaka lepas kelas pun, kalau time pakai baju kurung mesti rasa nak tolak utk join, tapi biasanya akan kena pegi jugak sbb geng2 PAKSA, especially biler dah duduk satu rumah kat Taman Dahlia ngan Aida, Aini, Ayu, Jie, Siha, Husna, Aze and Paie (guys, rindu ngan korang sumer). Derang ni sumer alim-alim belaka, pegi kelas pakai baju kurung and tudung labuh, me and Siha jek brutal pegi kelas pakai seluar and T-shirt hoho. Kawan ngan derang ler baru belajar sikit jadi baik, pegi shopping complex pakai baju kurung huhu.

Alhamdulillah lepas solat pergi me'round2' KLCC (kagum dgn diri sendiri sbb mampu nak round pakai baju kurung huhu), cari kasut flat heel sbb kasut lama dah rosak, yang tinggal sumer high heels yang menyakitkan kaki jek kalau jalan jejauh, pastu sbb tak sempat nak singgah Kinokuniya (my favourite place kalau pi KLCC), maka singgahlah satu store yang jual magazines kat sebelah kedai jual Roti Boy kat ground floor. Selak-selak magazine science and tetiba jumpa magazine Wireless World, huhu, seronok giler, terus pegi beli. Rasa relief jumpa magazine sbb dia banyak citer ttg trend komunikasi dunia skang ni, my job kan skang ni kena strategize ttg telecommunication fraud, so kena ler ambil tahu ttg trend communication dunia skang ni. Alhamdulillah terjumpa magazine ni, senang sket nak buat analysis and forecasting.

Terjumpa juga satu majalah Islam 'Islamica', bagus contentnya menyentuh ttg permasalahan dunia umat Islam sekarang ni, cumanya harganya mahal sikit, RM 35. If you guys rasa nak luaskan skop pembacaan islam yang lebih serius, try to look at this zine.I think it's worthwile rasanya, i didn't buy it sbb cash tak cukup time tu sbb dah beli kasut and magazine Wireless World, and malas pula nak menapak balik mencari ATM machine. Next time kalau singgah KLCC balik ingat nak beli.

Tgh menyelak magazine Islamica ni, Kak Mas ketua Nisa' call. Katanya saya dan Kak Wiyah senyap jek sebulan 2 ni. Hehe, terpaksa admit bahawa saya 'beruzlah' dari sebarang aktiviti Nisa' sejak 4 minggu terakhir semester lepas di mana saya berada di dalam keadaan tertekan menghadapi projects dan exams. I had to becoz ketika itu keutamaan saya adalah untuk lulus dan tamatkan semester saya berbanding di Nisa' di mana saya percaya sahabat2 Nisa yang lain masih boleh bergerak sbb saya mmg tak punya peranan besar di sana , tapi skang ni alhamdulillah skang ni sudah bertukar work scope membuat business planning and analysis, maka saya sudah banyak masa terluang sekarang berbanding dulu ketika saya bertugas di unit legal, banyak masa saya diperuntukkan untuk kes-kes Corporate Customers, outstation, kes undang2 dan tribunal serta Fraud Account. Untuk MAPS baru2 ini, ex-manager mengakui pada officemate yang dia memberikan markah tinggi pada saya sebab dia kata saya deserve kerana sepanjang saya bekerja di bawah dia, saya lebih banyak buat kerja dan planning berbanding dia.Alhamdulillah, saya sendiri tak sangka manager and GM boleh markah setinggi itu, tapi Aini jgn sedih sbb your MAPS kurang sgt2, rezeki kita berbeza2. Rezeki anti lebih murah kerana dikurniakan husband and keluarga yang bahagia, my rezeki belum lagi ke tahap itu.Apa pun,suka diingatkan kita kena sentiasa bersyukur. Saya suka berpegang dgn kata2 ini, 'Let us be grateful for what we have and what we dun have' :)

Sejak dah bertukar unit Business Control ni, saya mempunyai lebih masa for quality time with family, saya sudah kerap pulang awal sampai adik hairan kenapa saya selalu pulang awal sekarang ni, paling lewat pun selepas Maghrib sbb nak tunaikan solat kat office before balik. Naper tak balik lepas kol 5.30? Hehe, kalau balik umah seawal itu, rasanya lebih byk masa saya akan berada di depan TV, jadinya lebih baik stay di office buat assignment, baca newspaper etc etc.Insya Allah minggu ni, dah start untuk balik awal, sharp at 5.30 sbb ada project khas bersama Eqa (my younger sis)di rumah huhu.

Semalam pergi melawat Farah Wahidah, bayangkan dr pagi berada di UIA Gombak (kawasan dlm Selangor), balik dari kelas menuju pula ke Bangi (kawasan dalam Selangor lagi satu) merentasi KL huhu. Jauh sungguh langkah semalam. Sepatutnya berkumpul dgn sahabat2 di rumah Abg Faizal, tapi sbb balik dr UIA pun dah lewat sbb ada discussion Finance, and of course akan sampai lewat juga ke rumah Abg Faizal, makanya straight away pegi melawat Farah kat hospital. Farah dapat baby boy, Ahmad Mu'az namanya. Waktu bertanya kat Farah apa nama baby and Farah jawab Ahmad Mu'az,dalam hati berkata "Ya Allah ya Tuhanku, naperlaa geng2 aku ni suka sgt rebut nama yang aku suka huhu". Ingat lagi kami berebut nama Anas (time tu Farah baru kahwin tapi belum pregnant pun), tetiba Kak Lin pulak yang ambil. Frust betul kami time tu, pastu last Friday i told myself, kalau ada baby boy nanti nak letak nama Mu'az pulak. Suddenly Farah bagitau yg anak dia nama Ahmad Mu'az, haiyaa..keciwa daku. I said to her, naper ambil nama tu, i had reserve that name for my baby (cheaaa, kahwin pun blom dah berangan cop nama baby hehe, tak kire ler,persediaan di masa hadapan keke).Farah jawab,husband dia yg suka nama tu.

Takpelah,bukan rezeki saya, however at this moment i have 2 other reserved names in my mind that i won't tell anyone, tapi kalau nama2 ni kena ambil jugak, mmg merana ler sket huhu. Rasanya kena kahwin cepat supaya cepat dpt baby, pastu letak nama favourite so that tak yah berebut dgn anak org lain hoho (nakal giler idea nih, takpe aa kan,bukannya berdosa pun hehe)


Ok ler, panjang sgt dah ni, later k. Paper pun, i did feel happy and grateful for i had a very good pengisian hidup over last weekend, and hopefully sepanjang minggu ini pengisian hidup saya akan lebih baik, doakan k.

Wassalam.

6 comments:

Anonymous said...

heheh kak iena.. kan saya dah cakap ari tuh.. blom kawen jgn pk nama apa2.. cari calon bapak nyeh dulu.. huhuhuuh.. ker dah ada??? ehemm ehemmm...

IeNa said...

Takde lagi ler leli, carikan untuk akak bleh? ;)

Anonymous said...

hehehe.. mau ka??? kasik la dier nyeh specifikasi.. leh la saya tolong usha2kan.. huhuhu...

IeNa said...

Carikan akak seorang yang baik dan beriman, bulih? :D

Anonymous said...

Iena, actually solat ni di mana2 kita leh laksanakan. bila tiada ruang, kalau dah gereja je yg ada, i heard it's ok. ikut niat kita. bukan ke in our religion, niat tu paling penting. that's what i heard la. im sorry, tp im no expert in this. kalau silap, pls betulkan. just wanted to share my view. cos i think last week a fren of my close fren kat uk, he said, masa solat aidiladha aritu, area dia takde masjid, jadi diorang guna the church for solat cos it's big enuff for a congregation. saja nak share. oops, it's afti btw. malas nak log in. ehehe...oh n i got a new job as a consultant ngn ey. begin 4th april. no more auditing. yeay! Alhamdulillah.

IeNa said...

Waa afti, congrats congrats, pasni leh treat me ek? ;P

Your question will be answered in my next posting.

Haaa afti..ni dah bertunang ker blom ni? Mcm ada instinct dah jek? ;D

Kim salam kat Jai keh!Tak tau ler apa citer Nik, Soosan and Sal.Soosan biler nak kahwen?