Thursday, March 10, 2005

Terlena

Assalamualaikum wbt,

Saya sudah terlupa banyak perkara, dek kerana kesenangan dan kemudahan hidup yang dirasa.

Terasa seperti dikejutkan dari mimpi manis apabila mendapat dan mendengar du'a dr URL yang diforwardkan by a junior petang tadi.

http://desert.lvo.info/video/Dua.htm

The same du'a yang Hany ada sebut di blognya baru-baru ini, yang memang telah lama diterima sejak dulu lagi, dan kemudian ia kembali untuk mengetuk pintu hati, lekakah saya selama ini?

Saya mengaku, saya leka, lekanya saya dengan segala kesenangan dan kemudahan yang Allah berikan kepada saya, sehingga saya lupa dunia Islam hari ini sebenarnya lemah, masih banyak yang perlu kita lakukan untuk membangunkannya hingga tertegak mulia di bumi ini.

Banyaknya tanggungjawab kita belum tertunai, dan hati saya sudah takut untuk memikirkan apa nanti yang hendak dijawab di depan Tuhan..

Barakallahu fiik pada Adik Aiz.Barakallah krn mem'forward'kan URL tersebut pada akak.

Tersentak sebentar dari lena yang panjang.

Wassalam.

2 comments:

Anonymous said...

Renungan bersama: "Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah..."

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi hutan. Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan matanya. Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah perigi. Di mulut peri gi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar dia diselamatkan.

Tengah dok berfikir camner nak selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... camner ni. Pas tu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit! cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu. Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa buaya. Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya, tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg sedang bawa madu. Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni. Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah. Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah tu adalah kita semua.

Harimau yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita, so teringat-ingatlah.

2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan Nakir yg m enanti kita di alam kubur nanti.

Tali yg tempat si hamba bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu gigit tali tu.

Madu..., madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya, dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah. Astaghfirullah...

IeNa said...

Barakallah Muhtar, panjang sungguh analoginya :).

Anyway this story mmg menggambarkan suasana kita yg sering alpa dgn kesenangan dunia, terasa hidup sudah seperti bermain-main jer sekarang ni.

Inilah pentingnya kita selalu bermuhasabah, always look for the opportunity to think and evaluate ourselves on weekly basis kalau tak sempat daily basis supaya dpt menilai apakah kita sudah tersasar dari tujuan hidup atau pun tidak.

Again, barakallah :)