Wednesday, March 02, 2005

You Raise Me Up

(1)

You Raise Me Up

When I am down and, oh my soul, so weary;
When troubles come and my heart burdened be;
Then, I am still and wait here in the silence,
Until you come and sit awhile with me.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.

There is no life – no life without its hunger;
Each restless heart beats so imperfectly;
But when you come and I am filled with wonder,
Sometimes, I think I glimpse eternity.

You raise me up, so I can stand on mountains;
You raise me up, to walk on stormy seas;
I am strong, when I am on your shoulders;
You raise me up… To more than I can be.


***********************************************************************************

Boleh tahan jugak lagu ni, no wonder ramai org suka lagu ni. To this person you-know-who-you-are, be strong always k, i will always pray for your happiness dunia wa akhirah. And dun worry, our naughty secret yesterday will safe with me (err..err..tapi kalau nak black mail ok,gak kan? Heheh)


(2)

Ika owes me one, wahai Lady Ika, nasib baik ler your reason tak dpt join gathering Farah semalam sbb sakit kepala, kalau tak, mungkin ada yg kena cekik pagi ni hehe.

Yesterday pegi gathering bezday Farah yang dibuat sekali utk Mala, Norli and Shaz. Ni sumer our juniors di MMU dulu, about 21 org turned up, and i was the only senior in the group. Haiyaaa..tu yg terasa seperti mau balik jek tak nak join gathering tu, tapi alang-alang dah sampai, join jek. We celebrated at Pizza Hut, Mid Valley.

Semua geng2 apartment kat MMu dulu ada, Deq No, Ina, Mala and her 2 frens, Shaz, Lisa, Nadia, Farah, Sok, Laili, Momay, Sarah Mamat, Norli and fiance, Zaza and bf, Nad and Yan. Ada lagi kot, tak teringat dah skang ni.

We were laughing at our lungs last nite, especially while i was talking to Sok. Betul2 heaven and kecoh bebudak ni buat gathering, mcm Laili cakap semalam ' Aku buat Pizza Hut ni mcm restoran aku pulak' ekeke. Huish, gathering my batch punyer ler bersopan and takde aa bising2 sgt, bebudak junior ni punyer, masya Allah, mcm nak runtuh Pizza Hut tu dibuatnya. Celebrate 4 org sekaligus, mana tak bising :)

Biler jumpa Shaz, terasa ya Allah rindunya ngan exco-exco usrah dulu. Dah lama tak bergurau senda mcm kami biasa buat biler ber'iftar' setiap Isnin dan Khamis dulu. And rasanya ramai giler exco yang lahir bulan 6, me, zarp, Abg Faris and ada lagi kot. Terjumpa Mar waktu di kenduri kahwin Kak Saf (uish, Kak Saf cun giler time kahwin tu, berubah habis muka :D), peluk Mar, rindu kat dia. Shafizan dah lama tak jumpa walaupun kami satu UIA buat Master, Sue, Amla, exco2 lelaki kecuali Mudin mmg lamaaaa sgt tak jumpa. Rindu kat Ise my little bro yg nakal mcm Mudin jugak, Kaduk,my bureau partner Abg Nafis, and the rest.. aiyaaa..missed them all. Kalau ada Shaz jer dulu, mesti kitorang gelak sakan punyer dlm meeting, sbb dia ni happy go lucky walaupun kadang2 serius dlm memberikan pendapat. She's good, really good. And same to the rest. Biler jumpa adik2 junior and see how they have become mature, become so independent, i was so happy. Ika and I were used to 'lepak' at their apartment dulu, and there were so much that we share together.

Tq to all my lil sisters di apartment dulu, really treasure our sweet moments dulu. Teringat lagi every evening kita tunggu sama-sama drama Cina pasal keluarga pahlawan perempuan kot rasanya. Best best.

Wish ya all the best for your future undertakings, insya Allah :)

Sempat menyinggah ke MPH bersama Nad mencari buku, i bought buku 1515 Faisal Tehrani sbb dah lama nak beli tapi tak terbeli, cari buku Tunggu Teduh Dulu tapi takde, jumpa buku2 Dan Brown yg sesat lagi menyesatkan, cantik2 sgt warna cover buku dia mcm buku Angel & Demons tu(tak ingat dah the exact title dia), cheaa..memula ingat nak beli, tapi rasanya nak pinjam kat Aini je ler. Bleh aa Aini, kita exchange buku, Aida jadi mediator hehe. Terjumpa buku Don't Be Sad (La Tahzan) in English version, the wordings are much simpler than the Malay translation, belek-belek kejap and fikir nak beli ker tak, hari tu ada terjumpa buku tu di rumah Abg Faizal and baca sket buku tu. Ok juga sebenarnya, tapi tak jadi nak beli buku tu tu sbb mmg tak plan nak beli yg English version, and memikirkan i have to save money utk my study fee. After dah bayar yuran baru boleh beli kot.Tak pun pinjam kat Ika atau my manager, my manager beli direct dr Indon and hard cover, cantik sgt. Hmm.. later later, habiskan dulu buku2 di rumah yang berlambak lagi tak terbaca hehe.



(3)

Luper nak story that actually me balik kampung kat Pedas, N9 rite after kenduri kahwin Kak Saf on last Saturday. Kak Saf and husband berpakaian hijau pucuk pisang (rasanya Ika berbara jek sbb tu warna kegemaran dia, dia kata dia nak kahwen pakai warna tu kot ihiks), time2 sampai jer tak ramai bebudak MMU time tu, yg ada Rahimi and Syuhairah, Abg Ismail and Kak Sarah, Kak Nisa' and Abg Nazrol, pastu adalah several people yg i don't know much.Ika dtg selang 5 minit. Sdg makan baru ler jumpa Liana, Ika and Kak Mamah. Pastu gi salam Kak Saf (tq Kak Saf sbb benarkan iena bawa makcik and sepupu twin iena :), ucap semoga berbahagia dunia dan akhirat dan melahirkan generasi soleh dan solehah pada pengantin, kemudian berpatah balik ke meja makan dan tetiba ternampak Mar,pegi peluk makcik sorang ni.Rindu betul kat dia.

Balik kampung, tgk tgk Pak Ngah sekeluarga dah ada and dah bersedia nak balik KL balik. Ler, org baru sampai, derang dah nak balik. Rupanya my little cousin akan terima anugerah di sekolah esoknya, so derang kena balik juga by that night.

Uwan masak lauk best, gulai ayam masak lemak cili api campur dengan keladi. Huhu, dah lamanya tak makan masakan uwan. Jie and Zainal pernah puji masakan uwan best, mmg ler best, tapi kena tahan ler pedas. Ekekek, ingat lagi mengangkut bebudak ni balik kampung, uwan masak sambal apa ntah yg pedas giler sampai berpeluh2 bebudak ni makan, tapi bertambah jugak nasi dan lauknya, makan non-stop. Ekekeke.

The next day berbual ngan atuk, atuk skang ni nampak kuat sikit ler dari dulu.Time tgh2 berbual tu boleh terlena pulak, hish teruk betul cucu dia sorang ni. Tak tahan giler ngantuk time tu, cuaca panas, lepas tu baru lepas makan pulak tu, mmg mengantuk ler hehe. Tapi best,hilang kerinduan kat kampung. Rasa bersalah sgt sbb during Chinese New Year i didn't go back sbb my parent ke Kelantan for several days. My task was to jaga my adik2 yg baru balik dr asrama dan UUM, takut derang tak study and nak kena memasak utk derang.Uwan bagitau that atuk sembelih 2 ekor ayam ingatkan me balik, aiyaaa..bersalahnya rasa. Tapi takpe, dah balik dah ni, makan jugak ayam yang atuk sembelih :D

Ok, later k.

Assalamualaikum wbt.

5 comments:

Anonymous said...

heheheh... jgn ler marah k iena.. mmg saya dah ajak k ika dulu.. tetiba last minute dier cancel sbb dier series tak larat.. sian gak sy dengo sore dier... kroni kitorang nih mmg giler sket kalu dah jumpa skalik.. takper la.. salah satu cara nak release tensen keje, stadi sumer la nih.. lagipun nih salah satu cara ngeratkan silaturrahim between kitorang sumer.. slalu saya ngan dak2 umah sy wat mkn2 kat umah.. tp kali nih tak larat & tak sempat nak masak2 so terpaksa la "wat pizza hut tuh cam restoran sendirik".. huhuhuhu...

Anonymous said...

k iena, kalu nak jumpa lagi adik2 junior lain mai le join usrah kitorang... wat 2 minggu skali.. slalu wat kat umah kitorang tak pon umah ahli2 lain/surau vista tuh... shafizan pon ader skali.. ;)

IeNa said...

oo luper korang ada usrah sendiri, biler sessionnya ek? mana tau kot kot balik dr kelas boleh join pulak your usrah, lagipun lama dah tak join usrah mana2, bz memanjang :)

inform ek biler korangnyer next usrah, kalau akak free akak nak join gak,akak ajak kak tikot nanti kalau dia nak :)

ieka said...

CT & Laili, i wish i could be there on that nite. Tapi mmg teruk sgt, sampai muntah2 beberapa kali. Huhu terrible, sib baik tak pergi. Kalau tidak menyusahkan korang plak.

CT.. hahahah weh bukan ko ke yg sibuk selalu?:P aku sebenarnyer dah tau, cuma setakat ni asyik 'terlepas' je waktunyer.. heheh tapi dah pesan kat org kuat iaitu momay utk inform je bile2... i guess ko takleh dtgler kot..diorang sellau buat sabtu pagi:)

IeNa said...

Sabtu pagi? eh bulih, apa pulak tak bulihnya...my class on Saturday belah petang, bukannya belah pagi hehe.

Ajak jgn tak ajak nanti k, insya-Allah akan dtg kecuali kalau ada urusan lain yg lebih mendesak cthnya nak siapkan assignment etc :)