BAITULMAQDIS, 17 Mac - Golongan ekstremis Yahudi merancang untuk mengambil alih tapak suci Makam Nabi di Baitulmaqdis sebagai satu usaha untuk mensabotaj pelan pengunduran tentera Israel dari Gaza.
Sebuah rakaman video yang disiarkan oleh stesen televisyen Israel Channel Two menunjukkan, sekumpulan perancang termasuk golongan rabai (ketua kumpulan agama) dan ekstremis bersayap kanan mengadakan pertemuan bagi membincangkan perkara tersebut.
Menurut stesen itu lagi, pertemuan tersebut diadakan di sebuah lokasi rahsia di bandar lama Baitulmaqdis yang melibatkan wakil daripada 30 buah kumpulan.
``Kita mesti menguasai Makam Nabi jika mahu menghentikan pelan pengunduran tentera Israel dari Gaza.
``Sekiranya 50,000 orang berarak ke Makam Nabi, saya yakin Tuhan yang ada di syurga akan melihat kita, begitu juga dengan semua institusi di Israel tidak boleh bersikap tidak ambil peduli (terhadap perkara ini),'' kata seorang peserta.
Laporan Channel Two juga difahamkan, kumpulan ekstremis Yahudi terbabit akan mengadakan raptai penuh di sekitar Makam Nabi dalam tempoh tiga minggu akan datang.
Sehingga kini, para peserta yang hadir masih belum memutuskan sama ada untuk mengambil alih kawasan berkenaan sebelum atau selepas kerajaan Israel mengundurkan tentera dan penduduknya dari Gaza.
Proses pengunduran tentera Israel sepenuhnya dijangka bermula Julai ini. - AFP
************************************************************************************
Memang dasar Yahudi yang tak habis-habis dengan tipu muslihatnya. Kalau ler sekarang ni ada teknologi membunuh tanpa dapat dikesan, mmg Sharon akan dibunuh dulu, pastu Bush, pastu org2 White House, pastu sekutu2 lainnya.
Why laa we are so weak today, if the plan to overtake Makam Nabi tu bebetul hendak dibuat, kita akan bersenyap diri sahajakah?
Wassalam.
No comments:
Post a Comment