Thursday, March 24, 2005

Hukum Bersolat dalam Gereja

Assalamualaikum wbt,

Actually sehari 2 ni sdg concentrate tahap Ultraman (tukar istilah tahap naga sbb tau Cpol mesti nak kenakan me lagi kalau guna istilah naga tu :P ), menyiapkan laporan overall performance of FMD to be presented in our monthly management meeting this morning. Alhamdulillah, dapat pujian ngee ngee :D

Yati, i dun feel satisfied you guys nak buka co berlima jek, ooo..mana aci camnih!! Lagi 3 org mana mau campak (Shelly, Zarid and me huhu). Kena bukak berlapan jugak kalau nak buka audit or consultancy company hoho.Tapi nampak gayanya, cuma Halim and Mafus jek yang mengejar cita-cita, yang lelain bidang ntah ke mana2 :)

Kak Saf, hoho iena mcm iklan Horlicks?? Hehe, iena tiru Ika jek, dia yg selalu sebut hoho, iena pun dah terikut2, kan Ika kan? ;D (Daku rindu samamu, mesti bangga giler me ckp publicly rindu kat dia, so pelagi Tikot? Biler mau jumpa? Aku hutang ko 2 treats nih, satu utk Econs, satu utk apa ek? Luper dah :)

Tikot, biasa ler aku, kalau time idea mencurah2 aku tulis ler, kalau takde, biar jek ler blog ni kosong hehe.Cakap org jek ek, dia tuh pun sama jugak, siap boleh tulis satu cerita Kasut lak lagi hoho :P

Aini, takpe ler, ko kalau nak sambung master, baik pi oversea, lagi best :)

Now to my YTR geng yang lama tak jumpa Miss Rubaiti Afti Rusli (hoho, sajer jek mention your name penuh2 afti, bagi glamer sket, insan power YTR nih hoho), this is the answer for your question abt hukum bersolat dalam gereja. Meh kita belajar sesama :D


Hukum Bersolat di dalam gereja

1) Apakah hukum menunaikan solat di gereja?

Jawapan:

Dalam permasalahan ini, Dr Yusof Al-Qardawi dalam Kitab Fatawa Muasarah jilid 1 telah menyatakan bahawa harus bagi seseorang Muslim untuk menunaikan solat di dalam gereja berdasarkan pada hadis Nabi (SAW) yang bermaksud: “Telah dianugerahkan padaku lima perkara yang tidak diberikan kepada seorang pun sebelumku- Nabi (SAW) menyebut salah satu dari lima perkara tersebut ialah: dan dijadikan bumi ini bagiku tempat sujud; suci lagi menyucikan. Maka mana-mana lelaki dari kalangan umatku apabila solat menjadi wajib keatasnya, hendaklah dia solat”.

Dari hadis ini diiktibarkan seluruh bumi atau tanah (yang suci dari najis) sebagai tempat sujud bagi seseorang Muslim dan merupakan tempat untuk sujud dan solat padanya. Tempat ini termasuklah gereja dan seumpamanya tetapi adalah lebih aula(baik/ afdal) dijauhi daripada solat di tempat-tempat seumpama ini kerana takutkan syubhah. Jika sekiranya tidak didapati tempat selain gereja atau seumpamanya maka dibolehkan solat padanya,maka ketahuilah bumi ini adalah milik Tuhan dan seluruh bumi ini tempat sujud bagi orang Islam. Dan sesungguhnya Umar Al-Khattab itu hampir-hampir menunaikan solat di gereja yang bernama Al-Qiyamah ketika dikatakan padanya: “sembahyanglah olehmu” . Maka dia menjawab: “Tidak , aku tidak akan tunaikan solat di sini sehinggalah tidak datang orang-orang Islam selepasku lalu mereka berkata: “ di sini (Al-Qiyamah) Umar telah tunaikan solat”. Lalu mereka mengambilnya sebagai tempat sujud bagi orang Islam.


Secara ringkasnya, diperbolehkan untuk bersolat, tetapi adalah digalakkan utk tidak berbuat demikian, this was what my ustazah had mentioned to me dulu jugak ttg isu bersolat dalam gereja :)

Moga dapat manfaat k.

Afti, biler mau dapat kad jemputan ni? ;)

4 comments:

Anonymous said...

Afti: Assalaamualaikum Iena dearie, thanks for the jawapan yang sungguh banyak substance dia. At least kita tahu apa yang boleh dan tak boleh so we can beribadat better in future. Ye dak? Anyway, as for the invitation, invitation untuk apa ni? Ehehe...confused jap. Hope to see u at AYTR's AGM next month yah! lama dah tak nampak batang hidung u. sure bz giler eah?

Anonymous said...

Afti again: nik is ok, soosan nak kawin bulan depan ke dua bulan lagi tak ingat dah. salena lak, EVERYONE's been wondering the same thing: WHERE IS SALENA?...ehehe...so ive no answer to that. Nik pun tak tau...ehehe...

Anonymous said...

Afti lagi (ive no life 'til next week really): Anyway, i reread ur solat dlm gereja posting before this one n just realised that the imam tu perempuan kan??? Amina...that's a woman's name! Sorry for being so blur but I'm so out of touch with reality sejak resign hari tu. Anyway, THAT IS SO WRONG!!! Now I see y u were so pissed off. I'm pissed off oso now.

IeNa said...

Afti, me baru dpt wedding invitation from Soosan last week, hopefully boleh pegi insya Allah :)

AGM next month? i hope i can go also, skang ni biler dah start study, sometimes i have to let go certain program ler afti, tak boleh nak skip kelas, nanti susah nak catch up hoho.

yup, ttg kes prof amina wadud mengimamkan solat tu, actually Azharians dah keluar statement mengatakan solat tidak bersah berimamkan perempuan sekiranya makmum bercampur antara lelaki dan perempuan. mmg patut pissed off pun, so skang ni dah ada masjid yang dikhususkan untuk perempuan jerlah pulak.

Apakah hanya kebiasaan perempuan memasuki pintu masjid di belakang menandakan taraf seorang wanita adalah rendah? I think they have to study again on how women status was being upgraded when Islam came di zaman Jahiliah dulu. We are given rights to study, choice to select our own husbands and etc, and yet these dissatisfied people dun come to realize about the truth and asking for more which is ridiculous.

Really, it shows hari sudah mau sampai ke penghujungnya :)